Sunday, July 14, 2013

Membuka Rahsia Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam Sejahtera...

Hari ini FY ingin bercerita sedikit.

Setakat ini FY telahpun punya 17 tahun pengalaman dalam industri saham ini dan bila dicampur dengan diploma Analisa Pelaburan dari UiTM dan Ijazah Analisa Pelaburan dari Unversity of Nebraska di Lincoln USA menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 23 tahun.

Pelbagai yang telah FY pelajari dari semua ini baik dari segi teori mahupun dari segi praktikal pengalaman dalam memahami dan dalam usaha untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham. Itu tak dikira betapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung demi untuk mempelajarinya.

Di awal penglibatan sebagai seorang remisier terus terang ramai juga pelanggan FY yang mengalami kerugian. Pada masa itu pelabur ada modal tapi tak tahu saham apa yang ingin dilaburkan. FY juga belum mahir dan hanya mengikut apa yang mereka mahu beli. Acapkali juga saranan saham yang FY buat menuju ke laut lantas merugikan pelanggan mahupun FY sendiri.

Namun demikian FY belajar dan terus belajar dari kesilapan itu dan tahukah anda dewasa ini keadaan telah jauh berubah. Bila kita tidak berputus asa mencari akhirnya dengan izin Allah Taala segalanya berubah. Alhamdulillah Dewasa ini FY telahpun ditemukan dengan ilmu yang memadai untuk FY menjana keuntungan buat diri mahupun buat ramai pelanggan yang melabur dengan FY.

Sekarang FY jauh lebih matang dan tidak lagi membuat keputusan pelaburan yang teruk yang merugikan. Dewasa ini InsyaAllah keuntungan akan datang kalau tak cepat ia akan mengambil sedikit masa. Ia hanya memerlukan sedikit kesabaran.

Berikut ini FY sertakan jadual keuntungan bulan Mei lalu salah seorang pelanggan FY baik dari akaun tradingnya mahupun dari akaun marginnya. Pelabur ini sering datang dan memberikan testimoninya dalam seminar-seminar saham yang FY jalankan. Datanglah ke Seminar Super Investor sekiranya anda ingin bertemu dengannya.




Beliau mendapat keuntungan melebihi RM36,000.00 pada bulan tersebut dan terus-terusan menjana keuntungan untuk bulan Jun sehingga kini.  

Akhirnya semua yang FY pelajari serta pengalaman dalam Bursa Malaysia ini berbaloi. Ini kerana FY akan dapat membantu meningkatkan ekonomi ummah dengannya. Terus terang FY telahpun dikurniakan ilmu untuk mendidik anda menjadi pelabur saham yang berhemah malah ilmu untuk membantu anda menjadi trader saham yang bijak. FY juga boleh membimbing dan memberi garis panduan kepada para pelabur yang membuka akaun sahamnya dengan FY.

Apa lagi yang anda tunggu? Belajarlah ilmu pelaburan saham, bukalah akaun saham anda dengan FY, InsyaAllah anda akan dapat meningkatkan ekonomi keluarga dengan pendapatan pasif yang anda terima dari pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Cuma ada perkara yang harus anda ingat. Jari manusia tak sama panjang, maka rezeki kita tak sama. Ada yang lebih rezekinya, ada yang banyak rezekinya ada yang cepat rezekinya namun demikian ada yang sebaliknya.

InsyaAllah sekiranya Bursa Malaysia sihat dengan momentum menaik dan volume pasaran harian melebihi 1.5 Bilion setiap hari maka ia akan menjadi agak mudah untuk menjana keuntungan darinya.

Begitulah ceritanya.

Harapan FY satu hari nanti akan dapat dana modal yang bernilai jutaan ringgit untuk dikendalikan. FY yakin FY boleh membantu mengembangkan dana tersebut dengan ilmu pengetahuan yang ada ini. Kepada anda yang diluar sana yang membaca artikel ini dan anda ingin mencari kepastian dengan apa yang FY nyatakan di sini, FY mengalu-alukan kehadiran anda dan FY yakin FY boleh membuktikan apa yang FY tulis dalam artikel ini.

Sekian dulu buat kali ini. Wassalam

FY

No comments: