Monday, January 5, 2015

SEMINAR SAHAM 2015

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Salam Takziah buat para sahabat yang dilanda banjir di Pantai Timur baru-baru ini. Semoga Allah Taala kurniakan ketenangan dan ketabahan yang jitu dalam menjalani dugaan yang begitu berat itu.

Pasaran saham dewasa ini begitu sunyi sejak kejatuhannya beberapa bulan yang lalu. Ramai pelabur yang mengalami kerugian mahupun sideline menanti sehingga petanda pasaran pulih sebelum kembali memasuki pasaran.

Sebenarnya ada banyak cara untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham antaranya dalam pasaran PRIMARY iaitu pasaran IPO atau saham terbitan awam yang belum di senaraikan di mana-manan papan dalam Bursa Malaysia. Langgan IPO Awam, IPO di MITI mahupun Private Placements boleh memberikan pulangan yang baik kepada pelabur yang berjaya mendapatkan saham-saham ini.

Kemudian ada banyak cara juga untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham SECONDARY iaitu pasaran saham-saham yang telah tersenarai di Bursa Malaysia. Baik menggunakan kaedah Fundamental dan Financial Analysis, Technical Analysis mahupun strategi-strategi jangkamasa panjang, pendek mahupun yang berkala. Apa yang penting di sini ialah kita punya ilmu yang cukup mendalam mengenainya.

Dalam hal ini selain masa, pengetahuan, pengalaman, modal dan sebagainya ada dua perkara penting yang juga perlu kita ketahui. Ianya adalah TIMING dan STOCK SELECTION. Kalau salah satuya BETUL maka keuntungan bakal menjadi milik anda. Kalau kedua-duanya salah maka kerugianlah yang bakal menimpa.

Jadi untuk mempelajari semua ini jemputlah datang ke Seminar Saham Super Investor yang bakal diadakan pada 31 Januari ini di Bangunan Lembaga Getah Asli. Layari www.seminarsaham.com.my untuk mengetahui lebih lanjut lagi.


Sekian dulu buat kali ini.

FY
016 6667430

No comments: