Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Oleh sebab kesempatan masa maka FY cuma dapat update beberapa perkara sahaja di sini ;
- GST bermula hari ini 1 April 2015. Brokerage dan Clearing Fees dalam transaksi saham juga akan dikenakan GST mulai hari ini.
- IPO Qualitas ditangguhkan penyenaraiannya hingga diberitahu kelak. Kepada pelabur yang sudah mendapatkannya di MITI dan membuat pembayaran maka pihak Bank Penasihat akan memulangkan kembali duit anda.
- IPO Bio Alpha yang berharga 20 sen telah dibuka permohonannya. Pelabur boleh memohonnya dengan menggunakan kaedah Online Banking, ATM mahupun dengan mengisi borang tetapi FY menyarankan penggunaan kaedah Online Banking kerana ia lebih baik dan berkesan. Kenanga Research memberikan Harga Sasaran sebanyak 24 sen untuk kaunter ini. Permohonannya akan ditutup pada jam 5 petang 2 April 2015. Mohonlah. InsyaAllah ada keuntungan dari pelaburan Bio Alpha ini memandangkan banyak juga sahamnya dipegang oleh pihak Kementerian Kewangan. Ia akan disenaraikan pada 14 April 2015.
- MCT Berhad yang dalam usaha pengambilalihan GWPlastic telah menetapkan harga new placement shares pada harga RM1.28 dangan sasaran menjana modal sebanyak RM384 million.
- Malakoff dijangka disenaraikan Mei nanti. Permohonan di MITI telah ditutup dan keputusannya dijangka keluar tak lama lagi. Hubungi FY sekiranya anda berminat untuk membeli saham ini dengan blok minima RM250K.
- Kursus Analisa Teknikal akan diadakan pada hari Sabtu 4 April 2015 ini di Shah Alam. Hubungi Zuhri Zain 012 6290407 untuk tujuan pendaftaran.
- Seminar Super Investor FY akan diadakan pada hari Sabtu 25 April 2015 di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur. Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran. Pihak kami juga dalam usaha untuk mengadakan seminar Super Investor ini di Kota Kinabalu, Sabah Jun nanti. InsyaAllah.
- Seminar saham PERCUMA anjuran SIDC anak syarikat Suruhanjaya Sekuriti dimana FY menjadi speakernya akan diadakan pada hari Sabtu 11 April di Tower Regency Hotel, Ipoh, Perak. Hubungi Mohamed Farith 03 62048471 atau Zulkarnain Zulkifli 03 62048575 untuk keterangan lanjut. Anda juga boleh memuat turun modul seminar FY itu di laman web www.investsmartsc.com.my
- Personal Coaching Saham bersama FY diadakan setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis di pejabat FY di Petaling Jaya. Kepada yang masih mengalami kerugian melabur jemputlah datang. Yurannya ialah RM900 untuk sesi sehari. Buat temujanji anda dengan Dealer FY, En Ramzi di talian 0173730513.
- Website terbaru FY http://faizalyusup.my sudahpun siap. Anda boleh melayarinya untuk mendapatkan input saham dengan cara yang lebih tersusun dan santai. Ebook saham percuma juga boleh anda muat turun dari laman tersebut.
Sekian dulu buat kali ini dalam kesempatan yang pendek ini.
FY
016 6667430
No comments:
Post a Comment