Friday, July 24, 2015

GERAKKAN RM1.00 ANDA KEPADA AHMAD REZA SAMSUDDIN

Assalamualaikum... Salam Sejahtera dan Salam Lebaran.

Artikel kali ini bukan mengenai pelaburan saham tetapi ia berkenaan kisah yang menjadi viral dua minggu lalu. Kisah Ahmad Reza Samsuddin yang balik beraya dari Seoang ke Pulau Pinang dengan bersama 3 orang anaknya yang berumur 3 hingga 8 tahun membonceng motosikal kapcai. Entah kenapa FY terpanggil untuk menulis dan melakukan apa yang terdaya demi membantu mereka. Ikuti kisahnya.

Kisah ini bermula dua minggu yang lalu bila gambar di bawah ini tersiar di laman sosial dan dengan kehendak Allah Taala ia menjadi viral.


Dari situ, rakyat Malaysia yang prihatin mula datang dan menghulurkan bantuan. Menghulur duit raya, menjalankan kutipan derma dan yang terbaru seorang ahli perniagaan menghadiahkan sebuah kereta kepada beliau.



Begitu juga luahan dari Reza atau nama sebenarnya Ahmad Reza Samsuddin, 38. Pada beliau, sesiapa sahaja akan melakukan perkara yang sama jika bergelar seorang bapa.
“Sesiapa sahaja yang mempunyai naluri seorang bapa pasti akan melakukan tindakan sama seperti saya tetapi tidak sangka pula ia mendapat perhatian.”
Menceritakan tindakannya itu, Ahmad Reza yang juga duda, berkata dia sendiri tidak sangka mampu menempuhi perjalanan kira-kira 16 jam dengan jarak 392 kilometer dari rumah keluarganya di Salak Tinggi, Sepang, ke rumah sewanya di Permatang Damar Laut, Batu Maung, Pulau Pinang.
“Awal Ramadan lalu, saya dan anak kedua, Rafique, yang menetap bersama saya di Pulau Pinang, menaiki motosikal ke Sepang untuk menyambut Ramadan bersama dua lagi anak bersama ibu bapa saya di sana (Sepang) selepas bercerai dua tahun lalu. Selepas beberapa hari di Sepang, dua lagi anak tiba-tiba merengek mahu ikut kami pulang ke Pulau Pinang. Ketika itu dalam poket saya cuma ada RM50,” katanya.
Menurutnya, dalam keadaan terdesak, dia akhirnya nekad membawa bersama dua anaknya itu dan menyerahkan segalanya-galanya kepada kuasa Allah SWT untuk melindungi perjalanannya empat beranak.
“Kami bertolak selepas sahur dan sepanjang perjalanan, kira-kira 10 kenderaan berhenti melahirkan simpati termasuk ada yang menawarkan untuk menumpangkan tiga anak saya itu. Namun, saya menolaknya dengan baik dengan mengatakan ini semua adalah ujian Allah SWT buat saya. Mereka akhirya memberikan duit raya kepada saya dan anak-anak. Alhamdulillah perjalanan kami dipelihara Allah SWT dan kami selamat tiba di Pulau Pinan, kira-kira 10 malam,” katanya.
Menurutnya, dia tahu ramai begitu bersimpati sehinggakan ada yang bercadang kumpul duit untuk membeli kereta buat dia sekeluarga.

Beliau sudah bercerai dua tahun yang lalu dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anaknya.

Gambar Ahmad Reza bersama tiga anaknya, Rafael Haikal, 8, Rafique Danial, 5, dan Danish Bunyameen, 3, yang menaiki Honda EX5 menjadi viral awal Ramadan lalu ketika empat beranak itu dalam perjalanan dari Sepang ke Pulau Pinang.
Allahuakbar. Alhamdulillah Allah temukan aku dengan family ni tadi otw balik kerja. Family ni yang viral di FB sebab balik 4 beranak balik kampung dari Sepang ke Penang. Ini aku jumpa dorang otw balik ke Sepang. Aku dah perasan family ni dari USJ lagi tapi tak sempat nak tahan dorang sebab kereta banyak. Aku teruskan perjalanan sampai exit Putra Heights dan aku berenti bawah flyover dan tahan motor dia dengan niat nak kasi duit raya dekat budak budak ni. 

Tapi ayat pertama keluar dari mulut brother buat aku sebak..

        "Motor abis minyak ke bang? Saya ada minyak lebih." 

Dalam keadaan kita tgk dia bersusah payah balik kampung dengan 3 orang anak dan barang penuh motor pun dia boleh keluar ayat nak tolong orang. Semoga anak anak abang ni jadi anak soleh sebab ada ayah yang hebat. Insyaallah sama sama kita jadi orang yang ringan tangan bantu orang. 

Dipetik dari FB Abdullah Firdaus Baharuddin


“Saya bukan tolak rezeki. Tapi, tak perlulah bersusah payah sampai begitu. Bukan niat saya untuk meraih simpati orang ramai dengan cara menunjukkan kesusahan hidup kami empat beranak,” katanya dipetik laporan myMetro.

Terima kasih rakyat Malaysia

Sepang: "Saya menganggap kereta ini sebagai pinjaman dan berjanji kepada pemiliknya akan menggunakannya sebaik mungkin.
“Jika saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya," kata Ahmad Reza Samsuddin, 38.
Bapa tiga anak itu ditemui Harian Metro selepas wartawan mengaturkan pertemuan dengan seorang peniaga yang menyumbang kereta Proton Iswara selepas tersentuh dengan kisah kepayahan hidup Ahmad Reza yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, wartawan dan peniaga yang enggan dikenali terpaksa mengambil masa selama hampir dua jam untuk memujuk Ahmad Reza supaya menerima kereta terbabit.

GERAKAN RM1.00 AHMAD REZA SHAMSUDDIN

Kisah Ahmad Reza ini juga mengerakkan FY untuk membantu aa yang terdaya. Jadi dengan blog yang FY yang dikunjungi ramai pelabur-pelabur saham yang pastinya punya lebihkan kewangan, marilah kita sama-sama membantu meringankan beban bukan hanya kepada saudara Ahmad Reza tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Ini kerana dalam zaman moden yang serba mencabar ini. Ahmad Reza adalah Gerakkan RM1.00 yang pertama, InsyaAllah FY akan menjalankan kempen yang serupa bagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan di masa-masa yang mendatang.

 Apa yang anda perlu lakukan ialah untuk memasukkan minima RM1.00 atau lebih ia terpulang kepada keikhlasan anda ke akaun berikut ;

CIMB Ahmad Reza Samsuddin
0714 0143 8265 28 

RM1.00 dari 1,000 orang akan menjadi RM1,000.00
RM1.00 dari 10,000 orang akan menjadi RM10,000.00
RM1.00 dari 100,000 orang akan menjadi RM100,000.00

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Lagi ramai yang menderma lagi banyaklah yang bakal dikumpul dan InsyaAllah sumbangan ini akan dapat meringankan beban sesiapa sahaja yang memerlukan. Hanya dengan SATU RINGGIT sahaja.

Izinkan FY mulakan dengan sumbangan tersebut sebagai permulaan kepada kempen gerakan RM1.00 ini. 

Hanya Allah Taala yang dapat membalas jasa dan budi anda semua.

Sekian.

FY
www.faizalyusup.net

No comments: