Assalamualaikum dan salam sejahtera. FY dijemput sebagai Panel bagi membincangkan Practical Issues When Investing in The Stock Market pada Hari MITI yang berlangsung siang tadi 17 Oktober 2016. Mari kita sertai FY dalam kronologi bergambar sepanjang event hari ini.
FY sampai di MITI Kuala Lumpur tepat jam 10 pagi segar dan siap sedia dengan topik yang bakal dibincangkan. FY mengambil sudut pilihan atau choices kali ini bagi membentangkan isu ini.
MITI Day ini dijalankan setahun sekali bagi menemukan pelanggan MITI dengan pihak MITI agar mereka dapat beramah mesra serta mengetahui akan pelbagai peluang-peluang pekerjaan, pelaburan mahupun perniagaan yang disediakan oleh pihak MITI.
Untuk pengetahuan anda selain AP kenderaan Import pihak MITI juga merupakan agensi yang mengagihkan peruntukan saham khas bumiputera IPO bagi syarikat yang ingin tersenarai dalam Bursa Malaysia dimana kita sebagai pelabur individu boleh memohonnya.
Segmen FY sebagai panel bermula pada jam 10:30 pagi bersama Moderatornya En Khairul Ridzuan dari pihak SC, serta ahli panel yang lain dari SIDREC juga dari Bursa Malaysia. FY mewakili pihak Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia.
Pentas sudahpun sedia, Aksi akan bermula tak lama lagi.
Ramai orang telah berpusu-pusu datang untuk melihat dan mengalami sendiri segala apa yang ditawarkan di sini pada hari ini.
Giliran FY tiba setelah pengenalan oleh pihak SC, Investors Disputes oleh pihak SIDREC dan Investors Information oleh pihak Bursa Malaysia. FY membawa topik Choices yang mana para pelabur baru yang ingin melabur mesti tahu memilih alternatif pelaburan yang betul, Broker yang betul, Akaun CDS yang betul, Platform Online yang betul, Remisier yang betul, Strategi yang betul, Analisis yang betul kerana pilihan yang salah boleh membawa padah!
Selesai event, FY sempat bertemu dengan Presiden serta kawan-kawan ahli exco Persatuan Remisier Bumiputera yang datang menyokong. Kemudian kami melawat booth-booth di sana sebelum melangkah pulang untuk tugasan yang lain pula.
Sekian dulu catatan hari ini,
FY
www.faizalyusup.net
No comments:
Post a Comment