Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Dengan izin Allah Taala Seminar saham From Zero To Hero bersama FY telah diiktiraf Bursa Malaysia sebagai seminar yang menyampaikan pengisian pelaburan syariah.
Ia merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan yang besar. Umpama seorang pelakon yang mendapat Academy Award atau seorang penyanyi yang dianugerahkan dengan Grammy Award. Untuk pengtahuan semua, di negara ini hanya ada dua badan yang menyelia keseluruhan perjalanan Pasaran Modal iaitu Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.
Suruhanjaya sekuriti atau Securities Commission telah mengiktiraf FY sebagai Subject Matter Expert dan menjadi speaker mereka sejak tahun 2015 lagi dan pada tahun 2019 ini Bursa Malaysia pula mengiktiraf seminar From Zero to Hero FY sebagai seminar yang diyakini dan berintegriti.
Ini kerana seminar FZTH ini menyampaikan ilmu pelaburan saham yang lengkap lagi menyeluruh yang tiada dalam mana-mana seminar di negara ini dengan yuran yang berpatutan. Kalau difikirkan pasti pelakon dan penyanyi yang mendapat anugerah maka harga bagi menjemput mereka akan menjadi mahal. Namun demikian sejak dahulu lagi seminar FZTH mahupun FY walau sudah diiktiraf masih belum dinaikkan harga sehingga kini.
Sebagai tambahan sebelum itu pada tahun 2014 FY mendapat anugerah dari pihak broker iaitu Kenanga Investment Bank Berhad sebagai Top Performing Remisier.
Jadi jemputlah datang ke seminar yang berintegriti dan diiktiraf ini kalau anda serius nak melibatkan diri dalam pelaburan saham. Anda pasti berada di tempat yang betul!
Hubungi Hjh Azila 01666641755 untuk mendapatkan jadual yang terdekat.
Sekian dulu.
Faizal Yusup Al Haj
www.faizalyusup.net
No comments:
Post a Comment