Friday, October 21, 2011

Pasaran Saham Merudum



Semalam untuk pengetahuan anda KLCI menjunam 70 mata antara jam 4.40 hingga 4.50 petang. Pun begitu ia kembali naik dan ditutup jatuh hanya 2.35 mata. Ia melibatkan "a basket of shares" saham-saham seperti PBB, HLFB, DIGI, Airport dan lain-lain. Sime contohnya yang didagangkan sekitar RM8.50 jatuh ke tahap RM7.00 pada waktu itu, IOI jatuh ke tahap RM3.75 dan kembali ditutup pada harga RM5.00, KLK jatuh ke tahap RM15.30 sebelum ditutup pada RM20.48. Maka beruntunglah mereka-mereka yang dapat membeli saham-saham ini bak kata orang putih "smiling to the bank" kerana mendapat durian runtuh.

Apapun dengarnya ia merupakan kesalahan sebuah broker yang menggunakan sistem DMA sistem automatik yang trigger pembelian atau penjualan saham secara serentak pada satu-satu ketika. Sebenarnya keadaan yang sama pernah berlaku di Dow Jones satu ketika dahulu bila ia jatuh 1000 mata pada satu ketika sebelum ia kembali naik disebabkah oleh sistem ini. Jadi janganlah marahkan Bursa Malaysia kerana ia boleh berlaku dimana-mana sahaja mungkin tidak di Laos kerana ketika ini hanya ada DUA saham sahaja yang disenaraikan di Bursa mereka.

Mungkin ramai yang tidak perasan akan kejatuhan ini memandangkan KLCI ditutup pada 1438.83 jatuh hanya 2.35 mata namun bagi remisier seperti FY ia mengejutkan dan dalam sejarah penglibatan FY dalam pasaran saham ini merupakan pengalaman kali pertama. 

Sekian dulu.

No comments: