Monday, October 3, 2011

Soal Jawab Saham di Bursa Malaysia



Kenyataan 1 :
Saya pernah melabur dan saya sudah serik / saya dah cuci tangan!

Saranan 1 :
Sebenarnya saya juga pernah berkali-kali berada di situ. Namun demikian setiap kali jatuh kita akan mempelajari sesuatu darinya. Terus terang dari kajian saya yang saya lakukan kebanyakan pelabur yang melabur tak punya ilmu serta pengalaman dalam bidang pelaburan atau dalam ertikata lain melabur dalam keadaan BUTA. Keadaan inilah yang menyebabkan kita mengalami kerugian.

Kalau kita ambil strategi pelaburan Warren Buffet pelabur terkaya di dunia kita akan mendapati yang beliau akan membeli saham yang mana perniagaannya kukuh dan berpotensi kemudian akan memegangnya untuk satu jangkamasa yang panjang.

Apapun di sini dalam blog ini saya akan cuba membantu sedikit sebanyak untuk memberikan kefahaman serta ilmu melabur ini dengan harapan ia akan dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak dan berhemah sebelum melabur.

Satu yang perlu saya nyatakan di sini ialah dari kajian, fakta sejarah dan pengalaman mereka yang pakar, Analisis Fundamental dan Financial selalunya akan lebih menguntungkan kalau dibandingkan dengan Analisis Teknikal. Ini kerana semua institusi kewangan di dunia ini menggunakan analisis Fundamental dan Financial ini untuk membuat keputusan dalam pelaburan.

Kenyataan 2 :
Saya ada stok lama dalam akaun dan saya dah tak tengok pun.

Saranan 2 :
Bila kita membeli saham kita mestilah mengawasinya. Apapun kalau anda masih ada saham yang lama yang masih aktif tetapi syarikat tersebut tidak lagi membuat keuntungan maka saya sarankan agar kaunter saham itu digantikan dengan kaunter saham yang lain. Lakukan Switch atau Swap.

Analoginya seumpama menukarkan kuda tua dengan kuda yang baru. Saham lama itu bermungkinan besar tak akan bergerak lagi jadi gantikanlah ianya dengan saham baru yang belum pernah naik ke tahap yang tertingginya.

Saham yang lama itu kalau ia bergerakpun pastinya akan ada begitu banyak pelabur-pelabur lain seperti anda yang ingin menjualnya dan ini menyebabkan kenaikan saham itu penuh dengan pelbagai halangan.

Saham lama yang baik pastinya boleh disimpan kerana ia akan tetap memberikan pulangan dalam bentuk dividen serta ganjaran-ganjaran yang lainnya dan sekiranya asas perniagaannya kukuh maka kemungkinan harganya akan naik semula tetap ada.

Soalan 1 :
Apa itu Remisier?

Jawapan 1 :
Remisier adalah perkataan Perancis yang membawa maksud “orang tengah” dan untuk pengetahuan anda remisier hanya wujud di Bursa Peranchis, Malaysia dan Singapura.

Seorang remisier juga dikenali sebagai Commissioned Dealer's Representative atau Wakil Peniaga adalah seorang agen kepada prinsipalnya iaitu sebuah syarikat Broker Saham. Berbeza dengan Paid Dealer’s Representative mereka mendapat komisyen bagi setiap transaksi saham yang dijalankan oleh pelanggannya. Paid Dealer pula adalah merupakan wakil peniaga berlesen yang bergaji dengan syarikat Broker Saham.

Seorang remisier merupakan seorang peniaga yang bertugas melaksanakan transaksi saham yang dijalankan oleh pelanggan-pelanggannya. Seorang remisier yang baik akan dapat memberikan pandangan serta khidmat nasihat akan saham-saham yang ingin dilaburkan oleh para pelanggannya bagi mengelakkan risiko kerugian. Dalam hal ini mereka mestilah mempunyai kelayakan, ilmu serta pengalaman dalam bidang ini.

Selian membantu dalam kecairan pasaran saham dengan melakukan transaksi harian / day trade malah mereka juga merupakan agen yang penting bagi menerangkan dan mendidik pelabur runcit serta orang awam amnya mengenai saham dan kaedah melabur yang berhemah.

Bagaimana nak transfer / pindahkan saham yang didagangkan di Bursa Malaysia?

Soalan 2 :
Saya mempunyai saham di Maybank Securities, saya telah berpindah, bagaimana saya hendak memindahkan saham tersebut ke Kenanga Investment Bank Berhad yang letaknya berdekatan dengan rumah saya?

Jawapan 2 :
·         Dalam hal ini anda perlu membuka akaun CDS yang baru dengan Kenanga Investment Bank Berhad. Dapatkan nombor akaun CDS yang baru di Kenanga.
·         Kemudian pergi ke broker asal dan isikan borang pindahan (berwarna biru)
·         Masukkan maklumat pindahan dari no akaun CDS Maybank ke no akaun CDS Kenanga.
·         Yuran RM10.00 akan dikenakan bagi setiap kaunter saham yang dipindahkan.

Nota* Saham tak boleh dipindahkan sekiranya ada kerugian tertunggak yang masih belum dijelaskan.

Soalan 3 :
Boleh tak saya buka lebih dari satu akaun CDS?

Jawapan 3 :
Membuka akaun CDS lebih kurang macam membuka buku akaun bank. Anda boleh membuka sebanyak mana yang anda mahu dari broker-broker yang berlainan.

Soalan 4 :
Saya membeli saham X di Maybank Securities, boleh tak saya menjualnya melalui Kenanga Investment Bank Berhad?

Jawapan 4 :
Tak boleh, sebab saham itu tiada di Kenanga Investment Bank Berhad. Saham yang dibeli di Broker A mesti juga dijual di Broker A juga melainkan ia telah dipindahkan.

Semoga artikel ini membawa manfaat bagi anda. Saya cuma tahu apa yang saya tahu dan tak tahu apa yang saya belum tahu. Kalau anda lebih tahu harap beritahulah.

Sekian dulu,


PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

No comments: