Monday, February 15, 2016

9 STRATEGI PELABURAN NILAI GAYA WARREN BUFFET

Assalamualaikum...



Malam ini FY ingin berkongsi tentang 9 garis panduan pelaburan saham yang boleh dipetik dari buku Buffetology Workbook karya Mary Buffet. Ia adalah seperti berikut ;

1.       Adakah syarikat tersebut punya kuasa monopoli pengguna?
2.      Adakah kita faham operasi syarikat tersebut?
3.      Adakah syarikat tersebut akan bankrap dan digantikan dengan syarikat yang lain dalam jangkamana 20 tahun?
4.      Apakah sejarah Earning Per Shares syarikat tersebut?
5.      Adakah syarikat membawa pulangan yang tinggi berasaskan ekuiti pemegang saham.
6.      Adakah syarikat tersebut dibiayai secara konservatif?
7.      Adakah syarikat membeli balik saham-saham mereka secara aktif?
8.     Adakah syarikat boleh menaikkan harga jualan mengikut kenaikan inflasi dengan mudah?
9.      Adakah perniagaan tersebut mudah difahami?

Baiklah biar FY terangkan lebih lanjut akan semua garispanduan ini untuk memudahkan kefahaman semua.

1.      Adakah syarikat tersebut punya kuasa monopoli pengguna?
Dalam hal ini syarikat MYEG yang memegang monopoli pengguna dalam operasi perniagaan pembaharuan cukai jalan mahupun TAKAFUL yang memegang monopoli yang nyata dalam perlindungan insuran syariah merupakan contoh yang jelas.

2.     Adakah kita faham operasi syarikat tersebut?
Apakah produk dan perkhidmatan yang dijual, apakah kos dan keuntungan yang bakal syarikat terima, siapakah pembelinya dan sebagainya perlulah kita fahami. Contohnya mudah kita ambil syarikat KFC. Secara mudahnya mereka menjual ayam goreng dan mendapat keuntungan dari penjualan ayam-ayam tersebut di restoran-restoran francise milik mereka.

3.     Adakah syarikat tersebut akan bankrap dan digantikan dengan syarikat yang lain dalam jangkamana 20 tahun?
Syarikat yang sedang kita analisa itu mestilah syarikat yang kukuh. Contohnya syarikat F&N mahupun syarikat NESTLE, syarikat yang mengeluarkan produk pengguna yang telah bertahan bertahun lamanya, maka kemungkinan ia akan bertahan untuk satu jangkamasa yang lebih lama lagi. Inilah sebabnya Warren Buffet tidak melabur dalam saham-saham industri Teknologi memandangkan perubahan trend perniagaannya yang begitu cepat.

4.     Apakah sejarah Earning Per Shares syarikat tersebut?
Earnings Per Shares atau EPS ini dikira dengan membahagikan jumlah keuntungan yang tahunan bersih syarikat dengan jumlah terbitan saham syarikat tersebut. Katalah ianya membawa kepada 20 sen dan dengan andaian yang saham tersebut adalah pada harga RM1.00 sesaham, maka ini bermakna yang syarikat tersebut mampu menjana 20 sen atau 20% pulangan terhadap saham yang kita pegang itu dan ini hakikatnya adalah satu jumlah yang baik bagi sesebuah syarikat tersenarai.

5.     Adakah syarikat membawa pulangan yang tinggi berasaskan ekuiti pemegang saham.
Sekiranya dari tahun ke tahun terdapat peningkatan dalam EPS syarikat yang dianalisa itu maka itu adalah bukti yang menunjukkan syarikat tersebut diuruskan dengan baik juga mencerminkan pertumbuhan dalam perniagaan dan keuntungan. EPS ini perlu diterjemahkan kepada pulangan dalam bentuk dividen kepada pemegang sahamnya. Pulangan dalam bentuk dividen ini adalah satu faktor penting yang perlu dititikberatkan dalam analisa pemilihan saham syarikat yang akan kita laburkan.

6.     Adakah syarikat tersebut dibiayai secara konservatif?
Dalam aspek ini pula apa yang perlu kita lihat ialah adakah syarikat ini merupakan cash cows yang punya banyak lebihan tunai dan aset yang boleh membiayai operasi dan perkembangan syarikat. Syarikat yang banyak hutang mahupun banyak meminjam pastinya bukanlah syarikat yang baik.

7.     Adakah syarikat membeli balik saham-saham mereka secara aktif?
Pembelian balik saham-saham mereka atau dinamakan saham perbendaharaan akan secara tidak langsung mengurangkan jumlah apungan saham tersebut. Ini adalah satu perkara yang baik kerana jumlah apungan yang rendah akan memudahkan peningkatan harga saham tersebut disamping menstabilkan harganya dalam jangkamasa panjang.

8.    Adakah syarikat boleh menaikkan harga jualan mengikut kenaikan kadar inflasi dengan mudah?
Syarikat yang boleh menaikkan harga jualan produk dengan mudah dengan kenaikan kadar inflasi, ia petanda yang baik kerana perniagaan syarikat tersebut akan dapat beroperasi dengan keuntungan dari tahu ke tahun tanpa masalah. Selalunya syarikat berciri monopoli sahaja yang boleh berbuat demikian. Syarikat yang punya persaingan yang tinggi akan menghadapi kesukaran untuk meningkatkan harga produk dan memindahkan kenaikan kos kepada pengguna.

9.     Adakah perniagaan tersebut mudah difahami?
Warren Buffet cukup suka kepada syarikat yang menjual produk fizikal dengan model perniagaan yang mudah difahami dan mudah dianalisa. Dewasa ini terdapat banyak  banyak syarikat yang punya model perniagaan yang kompleks dengan diversification yang pelbagai. Disamping itu terdapat banyak juga syarikat teknologi dan perkhidmatan yang mana sukar untuk dibuat analisa dan penilaian.

Warren Buffet mengatakan yang sekiranya ianya boleh dihuraikan kepada seorang kanak-kanak dalam masa 5 minit maka ia boleh dipertimbangkan.

Demikianlah strategi pelaburan nilai yang dijalankan oleh Warren Buffet pelabur terkaya dunia yang mengembangkan modal permulaan sebanyak USD100k meningkat menjadi lebih USD50 Billion.

Untuk belajar lebih lanjut akan aplikasi semua ini dalam pasaran Bursa Malaysia maka FY menjemput anda semua untuk datang ke kursus-kursus yang FY jalankan baik seminar, woksyop mahpun personal coaching dari masa ke semasa.

Yang terkini Sabtu ini 20 Februari 2016 di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur. Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran atau hubungi Puan Azila di talian 016 664 1755 untuk menempah tempat anda.

Untuk sesi personal coaching pula anda cuma perlu menghubungi En Ramzie di talian 017 3730513 untuk tujuan tempahan tempat duduk. Ia diadakan pada hari bekerja.



Sekian dulu buat kali ini.

FY

No comments: