APA ITU RISIKO PASARAN?
Risiko pasaran adalah salah satu risiko yang yang perlu dihadapi para pelabur saham di dunia ini. Risiko ini berkaitan dengan kenaikan dan penurunan pasaran saham disebabkan oleh faktor-faktor semasa. Kejatuhan harga minyak mentah di tahun 80an, Kejatuhan pasaran dan penurunan nilai RM disebabkan oleh Asean Financial Crisis pada tahun 1997-1998 yang memperlihatkan kejatuhan KLCI di bawah 300 mata, kemudian kejatuhan pasaran pada tahun 2007 disebabkan oleh krisis sub prime di Amerika Syarikat melihatkan sekali lagi KLCI jatuh ke tahap 800 mata.
Ketahuilah mereka-mereka yang berada dalam pasaran pada tahun-tahun kejatuhan itu pasti merasa peritnya.
Sekarang nampaknya ia berlaku lagi, kejatuhan harga komoditi dan penurunan nilai RM juga secara langsung menyebabkan kejatuhan harga-harga saham dalam Bursa Malaysia. Keadaan ini menyebabkan para pelabur yang baru melibatkan diri dalam pasaran menjadi panik. Ramai yang takut kejatuhan seterusnya maka mereka mengambil keputusan untuk menjual pegangan-pegangan saham mereka.
Pada ketika ini soalan FY kepada pelabur saham, adakah anda panik?
Janganlah panik! Nak tahu kenapa?
Cuba lihat carta KLCI di bawah ini.
Soalan FY apakah yang terjadi selepas kejatuhan tahun 1997 itu? Pasaran saham naik hingga ke tahap 1500 mata! Apakah yang terjadi selepas kejatuhan tahun 2007 itu? Pasaran saham naik hingga ke tahap mendekati 2000 mata! KLCI bolehlah dikatakan indeks yang adil kerana ia merangkumi semua leaders dalam setiap industri dan secara tak langsung ia mencerminkan setiap industri dalam negara ini.
Cuba lihat carta Dow Jones ini pula. Carta sejarah 110 tahun dari tahun 1900 hingga tahun 2010, apa yang dapat kita lihat? Memang kita akan dapat melihat kejatuhan dari masa ke semasa namun demikian dari segi jangkamasa panjangnya ia menaik dan terus menaik. Bukankan KLCI juga sebenarnya menunjukkan prestasi yang sama. KLCI baru 50 tahun, masih muda, masih mentah. Percayalah dalam jangkamasa panjang ia juga akan menaik dan terus menaik.
Bank semakin lama semakin membesar, begitu juga dengan sektor dan industri yang lain semakin lama semakin maju dan semakin membesar. Kenapa begitu? Sebabnya penduduk dunia semakin lama semakin ramai, aktiviti ekonomi semakin lama semakin banyak, creation of wealth terus-terusan terjadi melalui semua sektor ekonomi, duit dicetak dan terus dicetak baik berkadar langsung dengan kenaikan GDP sesebuah negara mahupun sebagai stimulus ekonomi dan sebagainya.
Malaysia adalah sebuah negara yang bertuah kerana ia punya begitu banyak bahan mentah, punya industri, punya produk dan perkhidmatan yang baik, punya kedudukan geografi yang bagus hingga merancakkan sektor pelancongan, punya keadaan politik yang stabil dan sebagainya. Semua ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang baik untuk tujuan pelaburan. Jadi di sini tiada apa yang perlu dirisaukan.
Adakah kejatuhan harga minyak akan berpanjangan? Pastinya tidak kerana ia bahan mentah yang terhad dan tak boleh diperbaharui. Dalam hal ini lambat laun harganya akan kembali naik dan pastinya akan membantu pandapatan negara kelak.
Dalam hal ini, sebenarnya tiada apa yang perlu dirisaukan dengan risiko pasaran ini kerana hakikatnya ia tidak menjejaskan pelabur jangkamasa panjang. Sebab itulah pelaburan nilai kaedah Warren Buffet bersifat jangkamasa panjang dan menguntungkan. Yang terjejas adalah pelabur jangkamasa pendek.
Salah satu lagi kaedah mengatasi risiko pasaran ialah untuk mempelbagaikan pelaburan dan tidak hanya berada dalam pasaran saham semata-mata. "Don't put all eggs in one basket". Kalaupun anda berada dalam pasaran saham, mungkin kejatuhan harga saham minyak dan kelapa sawit menjejaskan portfolio anda tetapi saham berasaskan produk getah, semiconductor dan syarikat berasaskan ekport menaik memandangkan mereka mendapat keuntungan dengan kenaikan nilai USD. Persoalannya adakah kita punya cukup modal untuk melabur dalam saham-saham yang pelbagai itu? Jawapannya tidak bagi kebanyakan kita.
Jadi kalau kita hanya punya saham berkaitan minyak dan kelapa sawit dewasa ini apa yang boleh kita lakukan. Kalau kita tak mampu untuk menukarnya maka FY sarankan tunggu. Sebab FY pasti ia akan naik kembali nanti sepertimana yang dibuktikan oleh carta pasaran yang telah FY huraikan tadi. Oleh berikan ia masa. Pelaburan mengambil masa.
Terus terang ramai yang masih baru dalam pasaran, belum cukup season, pengalaman pun kebanyakannya tak lebih 10 tahun, tak cukup cyclenya. Tak cukup dengan itu, modalpun ciput dan hanya mampu beli satu dua saham sahaja. Tak cukup untuk diversify dalam kelas asset yang berbeza-beza. Inilah hakikatnya.
Jadi sabar yer. Kita berikan masa dan lepaskan keadaan pasaran yang tak menentu ini buat setahun dua.
Sekian dulu buat kali ini.
FY
016 6667430
PS – InsyaAllah FY akan ke menjalankan seminar lengkap basic dan advance di Kota Bahru, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam tahun 2016 ini supaya pelabur di luar sana tak perlu datang belajar personal coaching bersama FY di Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment