Wednesday, February 24, 2016

APA ITU TEKNIK TAVA DALAM PELABURAN SAHAM?

APA ITU TEKNIK TAVA DALAM PELABURAN SAHAM?

Kita sering mendengar istilah ini dalam pelabuan saham. Apa itu TAVA sebenarnya?

Kalau dalam cabang mazhab-mazhab yang FY terangkan sebelum ini ia termasuk dalam mazhab Intraday, boleh juga dalam sub mazhab Technical Analysis mengikut cara kegunaannya. Rujuk pada link berikut ini untuk keterangan lanjut - http://www.faizalyusup.net/2016/02/mazhab-mazhab-dalam-pelaburan-saham.html

TAVA ini membawa maksud Trading Above Volume Averages. Apa yang dimaksudkan di sini ialah mengambil tindakan beli atau jual bila kelihatan kenaikan dalam volume atau jumlah dagangan kalau dibandingkan dengan puratanya.

Selalunya kenaikan volume ini akan diikuti dengan pergerakan harga saham tersebut. Ia boleh naik, tidak berubah mahupun turun. Kenaikan harga selalunya disebabkan adanya rumors atau berita baru yang positif mengenai syarikat tersebut. Harga yang tak berubah pula menunjukkan ada pihak yang membeli dan mengumpul saham tersebut atas sebab-sebab tertentu. Harga yang turun pula selalunya disebabkan oleh berita negatif yang keluar.

Apapun kenaikan tinggi volume menunjukkan minat pelabur terhadap saham tersebut dan pastinya ia akan membawa kepada pergerakan harganya.


Kalau kita lihat kepada carta saham MIKROMB ini kenaikan volume melebihi puratanya itu membawa kepada kenaikan harga sahamnya.


Kalau kita lihat carta saham IRIS ini pula kenaikan volume purata ini juga membawa kepada kenaikan harga saham tetapi ia cuma bersifat sementara kerana bilamana fakta mengenai pengguguran status syariahnya keluar pada penghujung November harga sahamnya mula menurun.

Seperti yang pernah FY katakan dahulu teknik Intraday atau teknik TAVA ini sesuai untuk trader yang duduk di depan komputer 24 jam sehari dari market buka hingga market tutup atau full time trader. 

Sebenarnya ada software di luar sana yang menggunakan teknik TAVA ini dimana ia punya screener setiap hari saham mana yang ada kenaikan mendadak dari segi volumenya untuk kita pilih bagi membantu kita dalam membuat keputusan pelaburan.

Namun demikian perihal software ini akan FY perkenalkan dalam artikel yang akan datang. Tunggguuuuu...

Sekian dulu buat kali ini.

FY
016 6667430


PS – InsyaAllah FY akan ke menjalankan seminar lengkap basic dan advance di Kota Bahru, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam tahun 2016 ini supaya pelabur di luar sana tak perlu datang belajar personal coaching bersama FY di Kuala Lumpur.

No comments: