Friday, August 19, 2016

103 - PENGAGIHAN DIVIDEN

KELAS SAHAM 103

PENGAGIHAN DIVIDEN

Dalam syarikat ZZFY Sdn Bhd yang FY ceritakan sebelum ini mendapat keuntungan 20% atau RM20,000 lantas diagihkan kepada 3 pelaburnya.
Dalam hal ini adakalanya tidak semua syarikat mengagihkan keseluruhan keuntungan dalam bentuk dividen tetapi mereka menyimpannya dalam bentuk retained earnings atau tabungan.

Tujuan keuntungan disimpan adalah untuk ;

⁃ Mengembangkan syarikat
⁃ Sebagai simpanan dan pada tahun tahun perniagaan syarikat lembab maka ia masih boleh lagi memberikan dividen menggunakan retained earnings yang telah disimpan sebelum ini.

Katalah kita berniaga sebuah gerai R&R di Nilai dan secara purata kita dapat penjualan sebanyak RM30000 sebulan atau 360000 setahun maka secara amnya syt kita tu dah tepu. Itulah jumlah penjualan yang bakal kita dapat tahun demi tahun dengan sedikit kenaikan sesuai dengan kenaikan jumlah kenderaan yang masuk lebuhraya. Tak banyak yang boleh kita lakukan untuk menaikkan jumlah jualan tersebut.

Melainkan kita usaha untuk mengembangkan syt dengan mencari dan menambah satu lagi gerai.

Faham yer?

Kalau dalam Bursa Malaysia,

Syarikat yang sudah matang dan tepu perniagaannya seperti Bank dan syarikat telekomunikasi maka ia tak perlu menyimpan keuntungan tersebut maka ia akan mengagihkan keuntungan tersebut dalam bentuk dividen. Syt begini dinamakan syt pendapatan.

Syarikat growth atau pertumbuhan seperti syt Oil n Gas Skpetro contohnya perlu mengambil keuntungan ini untuk terus terusan mencari gali minyak maka kurang atau tiadalah dividen yang boleh diagihkan.

Dalam hal ini memilih saham pendapatan adalah lebih selamat tetapi memilih saham pertumbuhan akan membawa keuntungan dari segi kenaikan harga saham kelak.

Masa pengagihan dividen pula adalah samaada ;

⁃ Setiap 3 bulan
⁃ Setiap 6 bulan
⁃ Setiap tahun.

Dividen ini tak semestinya diberikan dalam bentuk tunai adakalanya ia diberikan dalam bentuk bonus saham iaitu saham percuma.

Dividen ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank komersial yang anda berikan semasa membuka akaun CDS.

Itu sahaja kali ini. Setakat ini faham tak? Ada yang tak faham?

Like dan share andai bermanfaat.

Kalau anda ketinggalan dan inginkan kelas perkongsian pelaburan saham ini dari mula anda boleh layari blog www.faizalyusup.net. FY ada memaparkannya di situ.

Anda nubis dan ingin belajar melabur saham dari zero di Wasap bersama FY? WASAP NAMA PENUH anda ke 0166667430.

Sekian.

FY
www.faizalyusup.net

No comments: