Friday, August 19, 2016

105 - PERIHAL HARGA PAR

KELAS SAHAM FY 105

PERIHAL HARGA PAR

Kebiasaannya harga par ialah RM1.00 sesaham.

Namun demikian bilamana sesuatu syarikat ingin disenaraikan maka mereka menambah jumlah saham dengan cara splitting the shares.
Kaedahnya mudah sahaja. 

Bagi syt ZZFY

RM100000 untuk 100000 saham pada harga par RM1.00 sebelum ini.

Pegangan dalam syt ZZFY ketika ini adalah seperti berikut ;

FY 60% atau RM60K Modal atau 60000 unit saham pada harga par RM1.00.
ZZ 20% atau RM20k Modal atau 20000 unit saham pada harga par RM1.00.
XX 20% atau RM20k Modal atau 20000 unit saham pada harga par RM1.00.

Kalau saham split 1:1 bermakna setiap 1 unit saham yang dipegang akan mendapat saham tambahan 1 lagi menjadi 2;
RM100000 untuk 200000 saham pada harga par RM0.50

Oleh itu pegangan dalam syt ZZFY akan berubah kepada berikut ;

FY 60% atau RM60K Modal atau 120000 unit saham pada harga par RM0.50.
ZZ 20% atau RM20k Modal atau 40000 unit saham pada harga par RM0.50.
XX 20% atau RM20k Modal atau 40000 unit saham pada harga par RM0.50.

Kalau saham split 1:4 bermakna setiap 1 unit saham yang dipegang akan mendapat 4 lagi saham tambahan menjadi 5.
RM100000 untuk 500000 saham pada harga par RM0.20.

Harga par turun, jumlah modal pelaburan tetap sama tapi jumlah saham meningkat berkali ganda.

Oleh itu pegangan dalam syt ZZFY akan berubah kepada berikut ;

FY 60% atau RM60K Modal atau 300000 unit saham pada harga par RM0.20.
ZZ 20% atau RM20k Modal atau 100000 unit saham pada harga par RM0.20
XX 20% atau RM20k Modal atau 100000 unit saham pada harga par RM0.20.

Dalam hal ini jumlah modal yang dimasukkan baik FY, ZZ dan XX tetap sama cuma jumlah saham atau jumlah pegangan ekuitinya yang meningkat.

Saham DIGI par valuenya cuma 1 sen, MALAKOFF 20 sen, FGV RM1.00. Kiraannya begitulah! Leverage begini akan menggandakan keuntungan bila saham itu diapungkan nanti. Tapi itu cerita dalam kelas yang lain yer.

Itu sahaja buat kesempatan ini. Setakat ini faham tak? Ada yang tak faham?

Like dan share andai bermanfaat sebagai tanda sokongan kepada usaha FY membantu membangunkan ekonomi ummah.

Kalau kita share ilmu yang bermanfaat maka makin banyaklah ilmu yang bakal kita dapat!

Sekiranya anda ketinggalan dan inginkan kelas perkongsian pelaburan saham ini dari mula anda boleh layari blog www.faizalyusup.net. FY ada memaparkannya di situ. Ia bermula dengan kelas 101.

Anda newbie dan ingin belajar melabur saham dari zero di WhatsApp bersama FY? WhatsApp NAMA PENUH anda ke 0166667430.

Sekian. Terima kasih...

FY

www.faizalyusup.net

No comments: