STRATEGI BOTTOM FISHING.
Setelah kenaikan pada tahun 2021 pasaran saham Bursa Malaysia turun dan turun sehingga ke paras terendah 1380 mata sebelum pembubaran parlimen. Setelah pembubaran itu ia naik kembali ke 1450 mata.
Inflasi di Malaysia nampaknya terkawal. Kenaikan interest rates juga nampaknya dah priced in dalam pasaran dewasa ini. Kenaikan USD juga sebenarnya membawa kebaikan kepada exporter dan Malaysia untung dari sentimen ini kerana kita lebih banyak export dari import. Hutang kerajaan dalam USD juga rendah.
Dalam hal ini kebanyakan saham-saham di Bursa sudah undervalue dan murah. Penularan Covid juga pasti akan menguntungkan syt-syt Healthcare di Bursa.
Yang tinggal adalah senario politik yang InshaAllah akan selesai tak lama lagi. Sesiapapun yang bakal memerintah tetap akan mengamalkan dasar liberal yang mementingkan ekonomi dan kewangan.
Oleh itu FY percaya pasaran akan kembali naik nanti. Jadi bottom fishing atau mencari saham-saham yang baik dalam pasaran yang rendah ini adalah strategi yang baik. Strategi kedua ialah menukarkan saham-saham yang terbenam dengan saham-saham yang baik, saham-saham IPO yang berpotensi tapi masih belum naik adalah antara saham-saham yang baik untuk kita ambil perhatian. Saham yang tak bagus yang lebih kurang sama harganya kita tukar dengan saham-saham baru yang berpotensi ini. InshaAllah ia bakal menguntungkan anda nanti.
Dari segi sektoral yang mendapat minat pelabur didahului oleh sektor;
1. Healthcare/Glove:
Sentimen peningkatan kes Covid - 19. Kebanyakan saham rebound dari Low downtrend. -Supermx/Carepls.
2. Energy:
Harga minyak mentah dunia stabil pada harga USD90 dan minggu ni berganjak keatas sekitar USD95 per barrel dan berpotensi untuk mendaki ke USD100. -Dialog/Hibiscs
3. Saham Breakout 52 weeks high (High in 1 year).
Kebanyakan saham kategori ini memang telah uptrend dari beberapa minggu atau hari atau baru memulakan uptrend. - Dayang/Syscorp/SDS
4. Saham Perbankan dan Saham Export yang mendapat faedah dari kenaikan kadar faedah bank pusat dan juga kekuatan US Dollar. - Bank Islam/CIMB/Ecomate/Cscenic.
5. Saham berkaitan parti politik. Sentimen PRU 15. - Myeg/Dsonic/Opcom/Iris/ASB.
Kita sebagai pelabur boleh rebut peluang ini untuk melabur pada sykt beprestasi tinggi pada kadar harga yang lebih murah pada waktu ini.
All the best!
FY Al Haj
Pemenang 5 Anugerah Bursa Malaysia.
Remisier Kenanga.
SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/
No comments:
Post a Comment