Tuesday, April 14, 2026

KESILAPAN PELABUR NEWBIE EPISOD 10 - ELAKKAN EMOSI

KESILAPAN PELABUR ZERO SIRI 10

Oleh Haji Faizal Yusup

Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

BAB 10

Menjadi Pelabur Yang Lebih Sedar, Berdisiplin & Berprinsip

Setelah melalui keseluruhan artikel kesilapan pelabur ini, satu perkara sepatutnya difahami; kegagalan dalam pelaburan saham jarang berpunca daripada satu kesilapan besar. Ia lebih kerap berlaku akibat gabungan kesilapan kecil yang dibiarkan berulang iaitu niat yang kabur, ilmu yang separuh jalan, perancangan yang longgar, emosi yang tidak terkawal dan pengaruh luar yang tidak ditapis.

Artikel-artikel ini bukan untuk menunjukkan siapa betul dan siapa salah. Buku ini ditulis untuk mengajak pembaca melihat ke dalam diri sendiri. Kerana dalam pelaburan, musuh paling sukar ditewaskan bukan pasaran, tetapi diri sendiri.

Menjadi pelabur yang sedar bermaksud memahami apa yang sedang dibuat, kenapa ia dibuat dan apa risiko yang sanggup ditanggung. Kesedaran ini menjadikan anda lebih tenang apabila pasaran tidak memihak dan lebih rasional apabila pasaran kelihatan menggoda.

Disiplin Mengatasi Kepintaran

Ramai pelabur bijak gagal bukan kerana mereka tidak tahu, tetapi kerana mereka tidak patuh kepada apa yang mereka tahu. Mereka ada pelan, tetapi tidak mengikut pelan. Mereka tahu risiko, tetapi mengabaikannya. Mereka faham emosi, tetapi tunduk kepadanya.

Dalam hal ini disiplin mengatasi kepintaran. Dalam jangka panjang, pelabur yang sederhana tetapi berdisiplin akan mengalahkan pelabur yang pintar tetapi tidak konsisten.

Disiplin bermaksud berani keluar apabila salah, berani menunggu apabila betul, dan berani tidak bertindak apabila tiada peluang atau set up yang jelas.

Pelaburan Adalah Proses Jangka Panjang

Pasaran saham bukan pecutan. Ia maraton. Mereka yang tergesa-gesa selalunya kehabisan tenaga lebih awal. Mereka yang sabar dan konsisten akan sampai ke garisan penamat.

Turun naik adalah sebahagian daripada perjalanan. Keuntungan tidak datang setiap masa dan kerugian bukan tanda kegagalan mutlak. Yang penting ialah kelangsungan dalam permainan.

Pelabur yang bertahan lama akan mengumpul pengalaman, kematangan dan akhirnya, keuntungan.

Prinsip Memberi Arah Ketika Pasaran Mengelirukan

Dalam keadaan pasaran yang bising, prinsip menjadi penenang. Apabila semua orang bercakap, prinsip membantu pelabur memilih apa yang perlu didengar dan apa yang perlu diabaikan.

Pelaburan yang selari dengan nilai hidup memberi ketenangan yang sukar diukur. Pelabur tidak mudah terikut-ikut, tidak mudah panik dan tidak mudah menyesal.

FY percaya keuntungan yang datang bersama ketenangan jauh lebih bernilai daripada keuntungan besar yang datang bersama kegelisahan.

Follow. Like. Subscribe dan Share andai bermanfaat.

Sekian dulu,

Terima kasih.

Ikhlas,


Haji Faizal Yusup @ FY

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.


Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!

Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!

Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY sekinranya anda ingin maklumat terkini mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia…

Tekan jer link bawah ni ;

Group WhatsApp

#seminarfzth

#faizalyusup 

No comments: