Monday, April 13, 2026

LANGKAH PERTAMA PELABUR BEGINNER

4 FASA PELABUR ZERO

Dalam bab ini FY akan huraikan 4 fasa yang akan dilalui oleh seorang pelabur zero dalam perjalanannya untuk menjadi seorang Full Time Trader.

 

LANGKAH PERTAMA - PERSIAPAN MENJADI PELABUR

 

Dalam fasa pertama ini ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan iaitu persiapan ilmu, modal pelaburan dan pembukaan akaun saham. Sebagai jalan pintas kita boleh menggunakan khidmat remisier atau wakil peniaga @ Dealer’s Representative di Broker saham untuk membantu.

MENCARI ILMU

Dewasa ini ilmu pelaburan saham boleh didapati dari banyak tempat. Ebook dan buku pelaburan saham, internet, media sosial, kelas, woksyop, seminar juga banyak. Saranan FY mudah sahaja, anda cuma perlu menyertai seminar saham From Zero To Hero yang FY jalankan untuk mendapatkan ilmu lengkap pelaburan saham di Bursa Malaysia ini. 

MENYEDIAKAN MODAL PELABURAN

Oleh kerana pelaburan saham umpannya duit maka kita perlu ada duit lebihan sebelum kita melabur. Duit tabungan yang kita tidak gunakan. Minima RM500 hingga ke RM1000 sudah memadai untuk kita mula membeli saham di Bursa Malaysia. Lagi besar modalnya lagi bagus. Modal ini nanti akan dimasukkan ke dalam Akaun Trading di Broker untuk tujuan pembelian saham kelak.

MEMBUKA AKAUN SAHAM

Antara akaun yang perlu dibuka ialah akaun CDSAkaun Trading dengan Broker Saham. Kalau dengan FY dengan Broker Kenanga Investment Bank Berhad. Kemudian membuka Platform Online Trading, kalau di Kenanga namanya Kentrade supaya kita boleh menjalankan urusniaga pembelian dan penjualan saham secara dalam talian.

Semua ini akan FY jelaskan dengan lebih mendalam dalam artikel yang akan datang.

Follow. Like. Subscribe dan Share andai bermanfaat.

Sekian dulu,

Terima kasih.

Haji Faizal Yusup @ FY

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.


Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!
Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!
Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY nie…
Tekan jer link bawah ni ;

#seminarfzth

#faizalyusup

No comments: