Alhamdulillah FY memenangi anugerah Bursa Malaysia atas pencapaian tahun 2025 dalam majlis yang diadakan di Hotel St Regis pada hari Jumaat 17 Mac 2026 anjuran Bursa Malaysia beru-baru ini. Anugerah ini merupakan anugerah yang ke 8 walaupun FY menghadapi pelbagai dugaan dan kesukaran sejak setahun dua kebelakangan ini. Namun Allah SWT Maha Tahu dan apa yang pasti rezeki tak salah alamat.
InsyaAllah FY akan terus bangkit dan meneruskan usaha untuk membangunkan ekonomi ummah melalui pelaburan di Bursa Malaysia mahupun membangunkan ummah melalui program Minda Akhirat yang FY jalankan selagi hayat dikandung badan.
Sama-sama kita doakan agar ekonomi negara dan Bursa Malaysia naik dan terus naik supaya kita semua mendapat keuntungan darinya. Amiinn.
Terima kasih kepada semua atas segala sumbangan dan sokongan… Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasabaik tuan puan itu.
Anda nak belajar melabur saham dengan FY? Jemputlah sertai seminar saham From Zero to Hero yang FY jalankan hampir setiap bulan dengan yuran penyertaan yang berpatutan. Maklumat lanjutan ada di bawah.
Follow. Like. Subscribe dan Share blog ini andai bermanfaat.
Sekian dulu,
Terima kasih.
Ikhlas,
Haji Faizal Yusup @ FY
“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 8 Anugerah Bursa Malaysia.”
“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”
Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.
=================================
Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!
Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!
Tekan jer link bawah ni ;
Apapun FY boleh dihubungi terus di talian 0166667430.
www.mindaakhirat.com
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment