Assalamualaikum,
Semalam FY bertemu dengan pihak Yayasan Peneraju
Pendidikan Bumiputera dan di sini mereka memohon agar FY dan Persatuan Remisier
Bumiputera mempromosikan beberapa program
pendidikan yang mereka anjurkan khas untuk Bumiputera.
Program pertama ialah untuk golongan profesional
yang ingin mendapatkan kelayakan CFA atau Certified Financial Analyst.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program
ini anda boleh melayari laman sesawang ini –
PROGRAM
CFA
Salah satu ciri yang unik program ini adalah
bahawa pihak Yayasan mempunyai peranan mentor di mana pelajar akan mempunyai
mentor mereka sendiri dan mentor akan bertindak sebagai agen motivasi kepada
pelajar.
Program ini secara tak langsung boleh meningkatkan
kerjaya yang lebih baik ke arah menjana pendapatan yang lebih tinggi.
Syarat-Syarat Permohonan :
·
Pekerja profesional Bumiputera Malaysia
·
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam
Perakaunan atau Kewangan atau yang berkaitan dengan CGPA sekurang-kurangnya 3.0
·
Graduan baru atau individu yang berusia tidak
lebih 40 tahun pada tarikh tutup permohonan.
·
Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman
bekerja, sebaik-baiknya dalam bidang Perakaunan, Kewangan atau yang berkaitan.
Calon-calon yang berminat boleh memohon secara
online di –
Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 November
2013.
Sekian dulu bagi pihak Yayasan Peneraju Pendidikan
Bumiputera. FY akan mempromosikan program-program lain di bawah Yayasan ini
selepas ini. Harap anda dapat mewar-warkan program-progam ini kepada
calon-calon yang berminat.
Terima kasih.
FY
No comments:
Post a Comment