Wednesday, November 27, 2013

Kisah Saham IPO Titijaya Land Berhad

Assalamualaikum serta salam sejahtera.

Hari ini merupakan hari yang baik buat para pelabur IPO memandangkan saham IPO Titijaya Land yang disenaraikan membawa keuntungan yang baik buat pelaburnya.

Saham Titijaya Land Berhad merupakan syarikat Property Development. Ditawarkan pada harga RM1.50 ia dibuka pada harga RM1.80, naik ke peringkat tertinggi sehingga ke paras RM1.92 sebelum ditutup pada harga RM1.67.

Nampaknya kebelakangan ini harga saham-saham IPO terbang melepasi harga sasaran atau Fair Value dan ia pada FY ia sesuatu yang agak pelik. Ini kerana selalunya saham IPO yang naik begitu tinggi pasti ada sindiket saham dibelakangnya. Iaitu mereka-mereka yang memanipulasi harga saham-saham tersebut untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Selepas FY membuat kajian dan analisis FY rasa FY tahu apa yang terjadi. Kemungkinan besar sebabnya ialah kehadiran pelabur-pelabur baru dalam pasaran. Pelabur runcit yang baru dalam pasaran memang dialu-alukan namun demikian kalau melabur tanpa ilmu maka kerugianlah yang bakal diperolehi.

Biar FY bagi contoh kenapa dan mengapa.

Mereka yang membeli IPO Berjaya Auto pada harga tertinggi penyenaraiannya iaitu pada harga RM2.20 pasti mengalami kerugian kerana ia sekadar ditutup pada harga RM1.55 iaitu pada harga sasarannya atau harga Fair Valuenya. Harga tawarannya pula cuma RM0.70.

Mereka yang membeli IPO Titijaya pada harga RM1.92 siang tadi juga akan mengalami kerugian kerana ia ditutup pada harga RM1.67 juga sekitar harga sasarannya iaitu antara RM1.65 hingga RM1.75. Harga tawarannya pula cuma RM1.50.

Analoginya begini. Sebuah kereta Mercedes terpakai mempunyai harga purata pasaran RM155,000.00 sedangkan ada yang sanggup membelinya pada harga RM220,000.00. Bukankah itu satu keputusan yang kurang bijak? Lainlah kalau kita dapat membelinya pada harga pada harga RM140,000.00 atau lebih rendah dari itu.

Harga sasaran adalah harga yang telah disasarkan oleh penganalisis saham profesional dan jarang sekali mereka akan membeli ada harga yang lebih tinggi dari itu. Harga sasaran setiap saham IPO ini juga selalunya dipaparkan dalam suratkhabar Cina pada hari penyenaraiannya jadi jarang sekali pelabur Cina yang terjebak untuk membeli saham-saham IPO ini pada harga yang lebih tinggi dari itu. Ini telah dibuktikan dalam banyak penyenaraian saham-saham IPO sebelum ini.

Selain dari itu pelabur yang bijak dan tahu nilai sesuatu saham itu juga tak akan membeli pada harga over value atau terlebih nilai. Ia umpama membayar harga kereta Mercedes tetapi sekadar mendapat kereta Kancil.

Seterusnya pelabur Institusi juga takkan membeli pada harga terlebih nilai kerana mereka lagilah tahu akan harga sasaran setiap IPO sebelum ia disenaraikan.

Jadi yang tinggal hanyalah sindiket saham dan pelabur baru yang tidak tahu, tidak membaca suratkhabar Cina atau membaca blog FY ini.

Bagi sindiket saham, selalunya saham yang dimanipulasikan itu kecil sahaja Modal Pasarannya dan ia selalunya dijalankan oleh broker-broker yang tertentu yang diketahui merupakan tempat beroperasinya sindiket-sindiket saham ini. Jadi kalau bukan mereka siapa lagi?

FY cukup yakin ia merupakan kerja pelabur runcit yang kurang ilmu pasaran saham. Jadi ituah sebabnya kenapa dalam artikel FY semalam FY sudah menjangkakan yang keadaan ini akan berlaku. Harga saham IPO naik melepasi harga sasarannya dan kemudiannya ditutup dalam rangkuman harga sasaran.

Apapun pelabur-pelabur pelanggan FY bergembira hari ini kerana dapat menjual saham-saham IPO Titijaya tersebut pada harga yang tinggi. Lebih tinggi dari nilai sebenarnya dan kalau ia jatuh pada harga yang baik di bawah harga sasarannya mungkin kami akan membelinya kembali.

Apapun jemputlah datang ke Seminar Super Investor FY dimana FY terangkan semua ini dengan lebih menyeluruh dan terperinci. Ini kerana kebelakangan ini FY Nampak banyak seminar yang tumbuh bagai cendawan serta mengenakan yuran penyertaan yang begitu tinggi namun adakah ia berbaloi dengan pengisian yang disampaikan? Adakah pesertanya mendapat keuntungan dari pelaburan yang mereka buat selepas seminar tersebut?

Fikir-fikirkanlah. Duit susah cari dan janganlah ia dibuang dengan sia-sia begitu sahaja.

Sekian dulu. Semoga ia membawa manfaat buat anda.

FY

PS – Seminar Super Investor bersama FY yang seterusnya ialah pada bulan Januari 2014. InsyaAllah.

No comments: