Friday, November 8, 2013

PERBEZAAN ANTARA TRADER DAN INVESTOR

PERBEZAAN ANTARA TRADER DAN INVESTOR

Sebenarnya terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan untuk melabur dalam pasaran saham. Ia juga bergantung kepada banyak aspek. Salah satunya ialah jangkamasa pelaburan. Ada yang menggunakan kaedah “scalping” untuk menjana keuntungan dalam jangkamasa yang sangat pendek. Mereka ini merupakan day trader atau trader kontra yang menjalankan transaksi saham kontra dalam jangkamasa 3 hari. Namun ada juga trader yang jangkamasanya pelaburannya mungkin hingga 3 bulan dan ada juga pelabur atau investor yang jangkamasa pelaburannya ialah 3 bulan ke atas.

Namun dalam aspek ini juga ada yang tak tahu langsung apakah strategi yang mahu mereka gunapakai dalam menjalankan pelaburan mereka. Dalam ertikata lain main ikut kata hati atau melabur dalam keadaan buta. Tanpa ilmu, tanpa pengetahuan yang mana akhirnya membawa kepada kerugian. Duit susah untuk dicari namun kenapa begitu mudah ia dibuang begitu sahaja?

Oleh itu, dalam bab ini FY ingin menerangkan mengenai perbezaan antara Trader dan Investor ini secara ringkas.

Jangkamasa Pelaburan

Bagi seorang Trader jangkamasa pelaburan mereka pendek. Mereka hanya membeli saham untuk dijual mungkin pada hari yang sama mahupun dalam tempoh kontra iaitu 3 hari bekerja dengan harapan mereka dapat buat keuntungan atas angin. Pada FY paling lamapun mereka menyimpannya untuk jangkamasa sehingga 3 bulan.

Bagi seorang Investor pula jangkamasa pelaburan mereka lebih lama. Ia adalah 3 bulan ke atas. Ini kerana mereka selalunya menunggu sehingga penyata kewangan keluar iaitu setiap 3 bulan. Jadi dari penyata inilah mereka membuat keputusan samaada untuk terus menyimpan saham tersebut atau menjualnya. Kalau penyata kewangan itu menujukkan keuntungan yang baik maka ia menunjukkan yang syarikat itu bagus jadi mereka akan menyimpan saham-saham ini untuk satu jangkamasa yang lebih lama lagi.

Strategi Pelaburan

Bagi trader, strategi kebiasaannya ialah buy high sell even higher. Mereka membeli dengan menggunakan analisa teknikal menggunakan carta dan selalunya membeli pada masa harga saham itu menunjukkan yang ia akan breakout.

Bagi Investor pula setelah membuat analisa asas, analisa kewangan dan pelbagai analisa yang lain akan saham yang akan dibeli, mereka akan sabar menanti bilamana harga saham itu jatuh. Mereka menggunakan kaedah buy low, sell high. Mereka ini selalunya mengunakan kaedah membeli at “support” iaitu bilamana harga saham yang ingin dibeli itu berada dalam keadaan oversold atau terlebih jual. Kaedah ini sebenarnya jauh lebih selamat dan bakal membawa keuntungan dalam jangkamasa panjang.

Keuntungan seorang Trader dalam jangkamasa 3 bulan selah seorang  pelanggan FY.
Risiko

Dari sudut risiko pula, risikonya adalah lebih tinggi bagi seorang yang menggunakan strategi trader kalau dibandingkan dengan mereka yang menggunakan strategi investor. High risk high return kata orang namun demikian high risk high loss juga perlu kita letakkan dalam fikiran.

Apapun tepuk dada tanya selera. Bagi kebanyakan kita sebagai manusia. Kita punya fitrah yang tak sabar. Jadi kita mahukan keuntungan yang cepat, keuntungan yang banyak dengan modal yang kecil dan sebagainya. Namun hakikatnya strategi ini lebih tinggi kebarangkaliannya untuk kita rugi daripada untung. FY telah berada dalam pasaran saham ini cukup lama untuk memahami apatah lagi menyampaikan pesanan sepatah dua kata kepada anda.

Andai anda ingin menjadi seorang trader, saranan FY carilah ilmunya, belajar dari mentor yang betul, dapatkan pengalaman, buat back testing beratus kali bagi mendapatkan setting yang betul untuk digunapakai kerana permainan ini buka untuk newbie, beginner mahupun amatur kerana ia merupakan mainan trader-trader yang expert.

Kemudian dewasa ini ada pula golongan PDT. Golongan Trader Intraday yang membeli dan menjual atau menjual dahulu dan membeli kemudian pada hari yang sama. Itu cerita lain.

Apapun ada lagi beberapa faktor yang membezakan antara Trader dan Investor ini contohnya bagaimanakah mereka memilih kaunter dan sebagainya tapi untuk mengetahuinya datanglah ke seminar Super Investor yang FY jalankan dari masa ke semasa. Layari www.seminarsaham.com.my bagi mengetahui tarikh seminar yang akan datang.

FY yakin kepada anda yang telah pergi seminar-seminar saham di luar sana, aspek ini juga tidak diterangkan kepada anda walhal ini merupakan salah satu aspek yang penting yang perlu anda tahu sebagai pelabur saham.

Keuntungan yang dijana oleh seorang Investor pelanggan FY. RM462K belum ditambah dengan dividen-dividen yang telah diterima.
Kalau anda tak dapat datang seminar FY, saranan FY belilah buku-buku Ebook Super Investor yang FY tulis.  Ini kerana banyak perkongsian yang berguna untuk anda bagi mengetahui rahsia-rahsia pelaburan di Bursa Malaysia ada di dalamnya.

Sekian buat kali ini.

FY

016 666 7430 

No comments: