Assalamualaikum... Kita bertemu lagi.
Dewasa ini terdapat banyak kursus,
bengkel, woksyop, personal coaching dan seminar mengenai pelaburan saham di
negara ini. Sebenarnya perkara ini tak pernah berlaku dalam sejarah industri
pelaburan saham sebelum ini. Biarpun ia satu perkembangan yang baik yang mana
ia meningkatkan pembabitan pelabur runcit dalam pasaran namun berhati-hatilah
kerana sesuatu yang baru punya banyak kelemahan. Ini kerana dewasa ini banyak
juga sifu-sifu saham ini yang tidak berlesen, tidak berkelayakan dan masih
kurang pengalaman dalam pasaran saham ini. Jadi apa yang FY takuti ialah
ajaran-ajaran sesat yang boleh merugikan anda. Tujuan kita melabur saham ialah
untuk mengembangkan ekonomi dan bukan sebaliknya yang membawa kepada kerugian
dan kemuncupan ekonomi.
Pada FY carilah Sifu dengan
syarat-syarat berikut ;
Dari segi pengalaman sebaiknya sifu-sifu
ini punya pengalaman paling kurang 10 tahun dalam pasaran. Sebabnya ialah
paling kurangpun dia pernah melalui satu kemeruduman ekonomi dan dia survive. Pengalaman ini membantu mereka
untuk memberikan perhatian akan tanda-tanda kejatuhan pasaran.
Dari segi kelayakan, carilah sifu yang
punya Diploma atau Ijazah dalam bidang Analisa Pelaburan, Ekonomi, Kewangan,
Accountancy atau lebih baik lagi mereka punya kelayakan seperti MSTA, CFP, CFA
atau apa-apa yang berkaitan dengan pelaburan saham ini. Harus diingat
pengetahuan teori sahaja tidak memadai tanpa pengalaman praktikal. Ilmu tanpa
amal tak akan membawa kita kemana-mana sebenarnya.
Dari segi lesen, carilah sifu yang punya
lesen Dealer’s Representative, Futures, Investment Advisor, Fund Management
atau yang berkaitan dengannya. Anda boleh melayari laman web Securities
Commission untuk memeriksa status lesen mereka.
FY berpesan sekali lagi kerana memasuki
industri pelaburan saham ini bukanlah mudah. Ia memerlukan pengalaman dan
pengetahuan yang kitu sebelum kita boleh menjana keuntungan darinya. Ingatlah
lebih 80% pelabur mengalami kerugian bilamana mereka memasuki industri ini.
Kerugian demi kerugian ini lambat laun akan meletihkan, mengganggu emosi dan
akhirnya anda akan putus asa dan meninggalkan pasaran. Inilah yang biasa FY
tengok selama ini.
Sekian dulu. Selamat menjadi pelabur
yang bijak dan berhemah!
FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan
kami ;
- Seminar Super Investor akan diadakan pada 1 Mac 2014
- Seminar SuperTech Investor akan diadakan pada 15 Mac 2014
- Seminar SuperTrader
- Membuka akaun CDS
- Membuka akaun Online
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO
di MITI
FOLLOW FY di Twitter –
twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook -
www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE
di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel
TERKINI mengenai pelaburan saham.
No comments:
Post a Comment