Monday, February 10, 2014

TIP MEMILIH SAHAM YANG BAGUS DAN MENGUNTUNGKAN DI BURSA MALAYSIA

Assalamualaikum...

Dalam artikel kali ini pula FY akan berkongsi tetang bagaimana untuk secara ringkas memilih saham yang boleh membawa keuntungan. Sebenarnya banyak analisa yang perlu dilakukan sebelum membeli sesuatu saham itu tapi di sini FY meringkaskannya bagi kemudahan pelabur baru dalam pasaran.

Perkara penting yang anda perlu tahu ialah bukan semua saham itu sama. Analoginya sama sahaja kalau kita ingin membeli bawang, Kita perlu memilih mana satu yang baik danberkualiti dan bukannya yang busuk begitu juga dalam pelaburan saham kita perlu memilih yang mana satu yang baik dan yang boleh membawa keuntungan kepada kita.

BUAT PENYELIDIKAN

Ada pelbagai penyelidikan yang boleh kita buat baik dari sudut Ekonomi Makro, Ekonomi Mikro, Industri, Sektor juga dalam syarikat itu sendiri. Analisa Asas, Analisa Kewangan, Analisa Teknikal melalui carta pergerakan harga juga perlu dilakukan. Dalam hal ini kita juga perlu tahu keadaan ekonomi semasa dan apakah impaknya kepada harga saham yang bakal kita beli itu. Kita perlu tahu siapa pengarah-pengarah dalam syarikat tersebut, kedudukan kewangan, kedudukan hutang, berita terkini, rumors yang kedengaran dan sebagainya. Dari segi analisa teknikal pula kita perlu tahu akan stock behavior atau peragai pergerakan saham tersebut masa serta harga yang sesuai untuk membeli saham tersebut dan banyak lagi.

PERHATIKAN KEUNTUNGAN SYARIKAT

Pada FY perkara utama dalam pemilihan itu ialah samaada saham syarikat yang kita beli itu UNTUNG atau RUGI. Pilihlah saham yang punya kedudukan kewangan yang kukuh. Perhatikan EPS atau Earning Per Share serta PE Rationya. Kedua-dua petunjuk ini amat penting untuk kita buat perbandingkan antara syarikat. Kalau ada kesempatan mungkin FY akan huraikan mengenainya dalam artikel-artikel yang mendatang. Anda juga boleh datang ke seminar SuperInvestor yang FY anjurkan untuk mempelajari semua ini.

Dalam hal ini elakkan sahaja saham yang mengalami kerugian. Ini kerana terdapat banyak lagi saham-saham syarikat-syarikat yang untung yang boleh kita beli dan buat pelaburan. Saham-saham yang rugi ini FY namakannya saham Cap Ayam. Biarpun ia masih disenaraikan namun ia bukanlah syarikat yang bagus. Sesetengah syarikat ini telahmasuk dalam senarai PN 17 atau Practice Note 13 yang mana ada kemungkinan ia merupakan saham yang bakal bankrap dan dinyahsenaraikan. Jadi berhati-hatilah.

Analoginya mudah. Kalau kita ke pasar malam pandai pula kita memilih buah oren yang baik dan cantik. Tidak pula kita pilih yang tidak elok dan busuk. Namun kenapa dalam pasaran saham kita beli saham yang tak elok dan busuk? Masalah bagi kebanyakan pelabur ialah dia tak punya ilmu memilih saham yang elok dan cantik. Memilih saham yang tidak elok dan busuk hanya akan membawa kepada kerugian sebenarnya.

PERHATIKAN TEMA PASARAN

Sebenarnya ada banyak Tema dalam pasaran dan pasaran juga selalunya bergerak berdasarkan temanya. Tema Air, Tema GLC, Tema Getah, Tema Kayu Balak, Tema Oil and Gas, Tema Plantations, Tema Penny Stocks, Tema Blue Chips dan pelbagai lagi.

Tema Air akan melibatkan saham seperti Puncak, KPS, Jaks, Salcon dan sebagainya, Tema Getah pula melibatkan saham Harta, Supermx, Kossan, Rubberx, Adventa, IRCB dan yang lain dalam industri yang sama. Begitu jugalah yang lainnya.

Semasa Gempa Bumi di Kobe Jepun dimana banyak rumah-rumah yang diperbuat dari kayu dihanyutkan air maka kaunter-kaunter kayu balak seperti Jaya Tiasa dan Ta Ann akan meningkat naik kerana keperluannya yang meningkat. Semasa penularan penyakit berjangkit seperti H1N1 kedengaran pula maka harga syarikat-syarikat berkaitan getah pula yang naik kerana peningkatan jualan sarung tangan getah serta alat-alat yang berkaitan. Untuk pengetahuan anda Malaysia adalah pengeksport terbesar sarung tangan getah di dunia.

Mengetahui tema dan berada di hadapan wave atau ombak pasti akan membawa keuntungan kepada anda.

CARI FAIR VALUE

Analoginya di sini ialah untuk kita membeli kereta Mercedes pada harga kereta Kancil dan bukan sebaliknya membeli kereta Kancil tetapi pada harga kereta Mercedes. Maksudnya di sini ialah kita kena pastikan saham yang dibeli itu undervalue atau di bawah nilai.

Bagaimana untuk kita tahu yang harganya di bawah nilai dan sebagainya? Mudah sahaja, anda cuma perlu ke website I3Investor, di sana nanti anda cuma perlu mencari Fair value atau Target Price yang telah dianalisakan oleh penyelidik-penyelidik berkelayakan dari syarikat-syarikat Broker. Namun demikian harus diingat tidak semua saham diambil untuk tujuan penganalisaan. Selalunya hanya syarikat yang bagus yang bakal dianalisa.

NEWS DAN RUMORS

Buy on Rumor and Sell on News / Fact adalah antara perkara yang perlu diketahui di Bursa Malaysia. Selalunya bila saham itu masih dalam rumors maka membelinya merupakan satu tindakan yang baik, ini kerana bila beritanya keluar dalam akhbar dan sebagainya maka acapkali harga saham itu akan turun kerana pelabur yang membeli semasa ia berada dalam rumors kan mengambil peluang untuk menjualnya. Pun begitu impak berita yang bagus akan kelihatan di masa-masa mendatang dengan kenaikan harga saham-saham tersebut bilamana ia dibeli oleh institusi-institusi pelaburan kerana faktanya.

PEMBENTUKAN WATCHLIST

Langkah seterusya ialah pembentukan watchlist atau senarai saham-saham yang baik yang telah dianalisa. Saham-saham yang ingin anda buat pelaburan. Lagi banyak yang anda tahu mengenai sesuatu saham itu adalah lebih baik. Jadi ambillah masa untuk menyelidik dan mengenali saham-saham yang ada. Lambat laun anda akan tahu yang mana yang baik dan boleh dipilih untuk dimasukkan dalam senarai saham pilihan anda.

Ianya terpulanglah kepada anda samaada untuk membuat senarai 10, 20, 50 mahupun 100 sekalipun. Apa yang penting ialah untuk anda mengenali setiap saham-saham tersebut. Setelah itu anda boleh menggunakan watchlist ini untuk membeli dan menjual saham tersebut. Beli bila harganya rendah dan jual bila harganya mahal dan kaedah ini dinamakan Channeling. Pada FY ia adalah salah satu kaedah yang baik untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham. 

SIGNAL PEMBELIAN DAN PENJUALAN

Sekarang setelah anda punya senarai saham-saham yang baik dan kukuh persoalan yang tinggal ialah bila masa yang paling sesuai untuk membelinya serta apakah harga yang paling sesuai untuk berbuat demikian.

Disini pengetahuan dalam aspek analisa teknikal diperlukan. Pembacaan dan penganalisaan petunjuk atau indicator dalam carta-carta pergerakan harga saham akan dapat membantu ada mengenal behavior atau perangai saham-saham dalam watchlist yang telah kita bentuk terdahulu dari ini.   

Kebiasaannya strategi seorang Investor ialah untuk membeli pada Support sedangkan strategi seorang Trader ialah untuk membeli ketika Breakout. Seorang Trader selalunya punya strategi cut loss dan menjual saham tersebut sekiranya ia turun ke tahap-tahap tertentu. Mereka juga punya strategi Risk vs Reward dan sebagainya. Malangnya bagi yang tak punya ilmu ini maka strategi main agak-agak dan main tembaklah yang bakal digunakan.

SIMULASI

Sebelum terjun ke dalam dunia pelaburan ini mungkin melakukan simulasi terlebih dahulu adalah strategi yang baik. Ambil masa membeli dan menjual saham secara simulasi selama beberapa bulan. Buat back testing saham-saham yang anda beli itu untuk melihat apakah kesilapan yang perlu diperbaiki. Selepas mendapat teknik dan strategi yang sesuai dengan diri anda jadi anda telah siap sedia untuk memulakan pelaburan di Bursa Malaysia.

Ingatlah pelaburan saham ini bukanlah mudah dan ia mengambil masa untuk difahami dan dipelajari sebelum anda boleh menjana keuntungan darinya secara konsisten.

Sekian dahulu untuk kali ini. InsyaAllah FY akan sambung dengan tip-tip yang lain pula. InsyaAllah. Terimakasih kerana sudi meluangkan masa membaca. Semoga ia membawa manfaat kepada anda.  

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor akan diadakan pada 1 Mac 2014
  • Seminar SuperTech Investor akan diadakan pada 15 Feb 2014
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.


No comments: