Assalamualaikum dan salam ceria... Hidup kena cool, hati kena mulia...
Dalam artikel kali ini FY akan menulis mengenai langkah-langkah membuka akaun Online kepada para pelabur yang ingin menjadi investor atau trader di Bursa Malaysia. Garis panduan ini adalah untuk para pelanggan Kenanga Investment Bank namun demikian untuk broker yang lain FY yakin yang pendaftaran akaun online tersebut lebih kurang sahaja langkah-langkahnya.
Sebelum sampai ke fasa membuka akaun online ini, akaun CDS dan Trading mestilah dibuka terlebih dahulu dan cara membuka akaun CDS dan Trading telah FY terangkan dalam artikel yang boleh anda cari di dalam blog ini. Dalam borang akaun Trading tersebut anda perlu tandakan pada ruang Akaun Online dan pastikan anda sertakan alamat Email.
Bilamana anda telah menerima surat dari Bursa Malaysia yang mana di dalamnya terdapat no CDS anda juga surat dari Kenanga Investment Bank yang menyatakan No akaun Trading anda maka anda bolehlah seterusnya mengambil langkah untuk membuka akaun Online ini.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut ;
- Gunakan Search Engine Internet Explorer dan cari www.kentrade.com.my dan anda akan bertemu dengan paparan berikut ;
- Tekan pada butang - First Time Login - lalu anda akan dibawa pula ke paparan yang berikut ini ;
- Baca Terms and Conditions ini dan kemudian tandakan pada ruang CONFIRMATION.
- Tandakan samaada anda seorang EXISTING CLIENT bagi pelabur yang sudah mendapat surat yang FY nyatakan tadi atau pada butang I AM NOT A CLIENT sekiranya anda ingin mendapatkan FREE TRIAL software ini selama 90 hari.
- Kemudian tekan pada butang REGISTER lantas anda akan dibawa ke paparan yang berikut ini ;
- Disini anda perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan. Ini adalah paparan bagi pelabur yang telah mempunyai akaun CDS dan Trading dengan Kenanga Investment Bank. Anda perlu masukkan semua maklumat termasuklah PASSWORD, TRADING PIN dan sebagainya. Jangan lupa tulis password dan trading pin ini bagi mengelakkan anda terlupa.
- Kemudian tekan pada butang SUBMIT. Anda seterusnya akan sampai ke paparan yang berikut ini.
- Di sini anda perlu tekan pada butang TRADING HALL dan pilih ENGLISH STOCK PRICE lantas anda akan sampai ke paparan yang berikut ;
Inilah paparan saham-saham yang didagangkan di Bursa Malaysia baik pada papan utama mahupun pada papan ACE.
Di sini anda hanya boleh melihat pergerakan harga saham-saham yang didagangkan dan sekiranya anda ingin memulakan pembelian dan penjualan maka apa yang perlu anda lakukan ialah untuk menghubungi Kentrade Helpdesk 1800-88-2274 untuk pengaktifan Account Summary dan Portfolio.
Mereka akan mengaktifkannya dan di sini nanti anda akan mendapat butang BUY dan SELL untuk memulakan transaksi pertama anda.
Bagaimanapun untuk mendapatkan LIMIT untuk membeli anda perlu masukkan modal terlebih dahulu, kalau tidak LIMIT anda adalah 0. Tiada apa yang boleh dibeli tanpa LIMIT ini.
Hubungi FY di talian 016 666 7430 sekiranya anda ingin memasukkan duit modal permulaan pembelian saham anda.
Itu sahaja buat kali ini. InsyaAllah ada kesempatan FY akan menulis lagi.
FY
Remisier
Kenanga
Investment Bank Berhad
Naib
Presiden
Persatuan
Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan kami ;
- Seminar Super Investor akan diadakan pada 1 Mac 2014
- Seminar
SuperTech Investor akan diadakan pada 15 Feb 2014
- Seminar
SuperTrader
- Membuka
akaun CDS
- Memulakan
portfolio pelaburan saham
- Ebook
- Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Follow FY
di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
Add FY di
Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
Like Page
FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
1 comment:
panduan melabur di Kenanga Investor Berhad boleh juga dibaca di sini kenanga investment
Post a Comment