Assalamualaikum.
Kali ini FY mengambil keputusan untuk menulis artikel yang mengisahkan tentang perbezaan antara menggunakan perkhidmatan Remisier VS Online Trading.
PERBEZAAN BROKERAGE
REMISIER
Bila menggunakan perkhidmatan remisier
standard brokerage yang dikenakan ialah pada kadar 0.7% dengan minima RM40.00.
Bagi transaksi saham melebihi RM100,000.00 selalunya brokerage yang dikenakan
ialah 0.3%.
ONLINE
Brokerage yang dikenakan ialah 0.42%
dengan minima RM28.00. Namun demikian ada syarikat yang menurunkan brokerage
ini serendah RM10.00 yang mana sebenarnya ia melanggar undang-undang yang
ditetapkan pihak Bursa Malaysia namun demikian sebenarnya syarikat tersebut
yang waived atau menanggung selebihnya bagi pihak pelanggannya.
Namun demikian dari segi Clearing Fees
dan Stamp Duty ia tetap sama. Clearing Fees adalah 0.03% dan Stamp Duty
Kerajaan ialah RM1 bagi setiap RM1,000.00 bagi setiap transaksi.
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
REMISIER
Bila menggunakan perkhidmatan Remisier,
kita bukan hanya boleh bertanya tentang banyak perkara yang mungkin tidak kita
ketahui dalam pasaran, pada masa yang sama kita juga boleh meminta bantuan
dengan mereka dalam permohonan IPO, permohonan IPO di MITI, Private Placement, Share
Financing, Crossing Deals, Married Deals, Buying In dan pelbagai lagi. Ada
sesetengah remisier yang berkelayakan boleh juga memberikan nasihat dan saranan
saham-saham yang baik untuk dibuat pelaburan. Namun harus diingat bukan semua
remisier boleh berbuat demikian.
ONLINE
Bila menggunakan perkhidmatan online, kelebihan
utamanya ialah kita bakal mendapat kadar brokerage yang rendah bagi setiap
transaksi yang kita lakukan. Namun demikian selalunya kita tak tahu dan tak
dapat nak bertanya tentang itu ini. sesetengah akaun CDS Online Trading ini
pula merupakan akaun CDS Nominee yang tidak boleh digunakan untuk permohonan
IPO dan sebagainya. Ia hanya dikhaskan untuk trading sahaja.
Dari pemerhatian FY banyak pelabur baru
yang melakukan kesilapan bila menjual dan membeli saham secara online kerana
mereka masih baru tak tak punya ilmu mengenainya. Contoh kesilapan yang pernah
FY nampak ialah ;
Kesilapan lot pembelian samaada lot
kecil 100 unit dengan lot besar 1000 unit.
Kesilapan kaunter pembelian, ingin beli
kaunter A terbeli kaunter B.
Kesilapan hendak membeli tetapi terjual
dan begitulah sebaliknya.
Kesilapan membeli saham OR dan saham
Warrant yang bakal lupus mahupun saham-saham yang bakal dinyahsenaraikan.
Kesilapan-kesilapan ini sebenarnya hanya
membawa kepada KERUGIAN.
Nota kecil ;
Oleh sebab tak punya Remisier mahupun
Dealer untuk bertanya maka banyak persoalan itu akan sampai kepada FY. Buka
akaun Online atau akaun Trading di tempat lain tapi tanya pada FY. Hehe.
Saranan FY, buka sahaja akaun saham dengan FY, kalau tanyapun FY boleh jawab
dengan senang hati. InsyaAllah.
SARANAN FY
Kepada pelabur baru anda umpama bayi
yang baru lahir dan tak tahu apa-apa mengenai dunia. Jadi anda perlukan ibubapa
untuk menjaga dan memelihara anda. Jadi di sini, FY tidak menyarankan anda menggunakan
perkhidmatan Online melainkan anda bertatih dan meminta bantuan Remisier anda
sehinggalah anda punya keyakinan untuk berjalan dan berlari. Dalam ertikata
lain anda sesuai menjalankan urusniaga online bila anda telah punya ilmu
trading di Bursa Malaysia ini.
Remisier yang hebat adalah remisier yang
boleh mengajar dan mendidik anda sehingga ada boleh berdiri di atas kaki
sendiri dalam menjalankan urusniaga Trading di Bursa Malaysia. Bagi mereka yang
tidak punya masa untuk menjadi seorang trader maka menjadi seorang Investor
adalah lebih baik. Minta bantuan Remisier anda untuk membantu dalam pemilihan
kaunter yang baik untuk dibuat pelaburan.
Ingatlah kerjaya seorang Remisier ini
adalah kerjaya professional jadi caj 0.7% yang dikenakan adalah caj yang patut
bagi khidmat nasihat mereka. Pada FY menggunakan perkhidmatan Remisier yang
membawa keuntungan adalah lebih baik dari menggunakan perkhidmatan Online yang murah
tetapi merugikan.
Kesimpulannya tak kesahlah samaada anda
ingin menggunakan perkhidmatan Remisier mahupun Online kerana di penghujung cerita
keuntungan yang dijana dari pasaran merupakan perkara utama.
Sekian sahaja buat kali ini.
FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan
kami ;
- Seminar Super Investor akan diadakan pada 1 Mac 2014
- Seminar SuperTech Investor akan diadakan pada 15 Feb 2014
- Seminar SuperTrader
- Membuka akaun CDS
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO
di MITI
FOLLOW FY di Twitter –
twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook -
www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan
saham.
No comments:
Post a Comment