Thursday, May 8, 2014

BIODATA FAIZAL YUSUP @ FY YANG TERKINI


FAIZAL YUSUP @ FY

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai pengenalan kepada ebook ini, izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Faizal Yusup, Dalam bidang saham ini ramai yang mengenali saya dengan nama panggilan FY. Saya juga lebih senang membahasakan diri sebagai FY sebagai singkatan kepada Faizal Yusup.

Saya memulakan kerjaya menjaga portfolio institusi khususnya Morgan Grenfell sebagai Dealer’s Representative pada tahun 1996 di Kenanga Investment Bank Berhad. Untuk pengetahuan anda saya memiliki Diploma in Investment Analysis dari UITM Shah Alam juga BSc Finance dari University of Nebraska Lincoln, USA. Ilmu pengetahuan kewangan dan pelaburan ini amat penting dan menjadi asas yang mengukuhkan profesion saya sebagai Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad.

Disamping itu saya juga memiliki dua lesen Capital Market iaitu untuk transaksi Ekuiti juga Derivatif. Pada masa yang sama saya juga menjawat jawatan Naib Presiden dalam Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia.

Pada tahun 2005 saya mengambil keputusan memulakan penulisan blog www.faizalyusup.net dengan pengisian motivasi namun demikian pada tahun 2008 ia beralih menjadi blog pengisian pelaburan saham. Sekarang, blog ini merupakan blog yang paling tinggi trafiknya di alam maya dari aspek pengisian mengenai pelaburan saham dalam Bahasa Melayu. Pelbagai artikel saham yang berguna yang boleh anda baca dan ambil ilmunya dari sana secara percuma.

Seterusnya pada tahun 2012 saya mula keluar dan menjalankan Seminar Saham Super Investor bagi menyampaikan pengisian-pengisian pelaburan saham yang berkesan secara terus kepada para pelabur yang berminat untuk menceburi pelaburan saham di Bursa Malaysia ini. Seminar ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan sehingga kini ia masih lagi berjalan dari masa ke semasa. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.


Setelah lebih 17 tahun bergelumang dalam Bursa Malaysia ini, mengalami kejatuhan dan kenaikan, ia menjadikan saya lebih matang. Pelajaran dan pengalaman yang saya dapati darinya tidak ternilai lantas ia membolehkan saya menjana keuntungan dari pelaburan di Bursa Malaysia ini. Pengetahuan inilah yang sering saya kongsikan baik di blog, dalam seminar mahupun dalam buku-buku ebook yang diterbitkan. InsyaAllah, ia semua usaha ini akan dapat membantu anda menjana pendapatan tambahan melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Selain itu saya juga dijemput pihak MITI, sekolah, NGO dan institusi untuk menjalankan sesi ceramah pelaburan. Disamping itu juga saya menulis buku motivasi, peburan saham dan novel. Sehingga kini 11 buah buku telah diterbit dan dipasarkan.

Buku Berubah Sebelum Rebah karya FY terbita Alaf 21
Hubungi FY sekiranya anda punya sebarang persoalan mengenai pelaburan saham. InsyaAllah FY akan cuba menjawabnya.

Sekian dulu. 

FY
016 6667 430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

No comments: