Monday, May 26, 2014

MEMBAIKPULIH PORTFOLIO SAHAM YANG RUGI

Assalamualaikum...

Seminar Super Investor bersama FY mula bertapak di Johor Bahru bilamana ia dijalankan dengan jayanya Sabtu lalu 24 Mei 2014. InsyaAllah FY akan ke Kota Kinabalu Sabah pada 21 Jun ini di Oceania Hotel. Semua persiapan telahpun dibuat. Jadi para pelabur di Sabah dijemput hadir.

Semasa dalam seminar di Johor Bahru tempohari, para peserta terkejut dengan pengisian, kandungan dan pengisian pelaburan yang FY sampaikan. Kata mereka ia jauh lebih berbaloi dari seminar-seminar yang mahal yang pernah mereka pergi. Ada yang sudah menghabiskan lebih RM10,000.00 berseminar tetapi isinya sedikit. Kemudian ada yang menyangka yang FY belajar dari sana, ada juga yang menyangka FY merupakan anak murid mereka... Adoiyai...

Terus terang dalam industri ini kami kenal antara satu sama lain. Kami kenal siapa berlesen dan siapa yang tidak. Kami kenal siapa orang baru yang menjalankan seminar dan sebagainya. Industri ini kecil sahaja sebenarnya.

Sebenarnya senang sahaja untuk mengetahui mana yang bagus. Remisier atau Mentor yang bagus pastinya akan dapat membantu memberikan tip-tip panduan yang membolehkan anda menjana keuntungan juga tip-tip yang boleh membantu anda mengelakkan kerugian. Kalau mentor anda menggalakkan pembelian saham secara kontra, menyarankan pembelian kaunter-kaunter cap ayam atau kaunter-kaunter yang mana syarikatnya mengalami kerugian contohnya saham MAS, maka pastinya ia akan merugikan anda.

Pada FY memilih dan membeli saham-saham yang kuat dan utuh kedudukan kewangannya adalah disarankan. Kaunter-kaunter yang mana syarikatnya rugi akan dielakkan. Ini kerana ada banyak lagi kaunter yang bagus yang boleh kita pilih dan beli. Cuba buat Financial Analysis dalam portfolio saham-saham yang anda beli dan yang and pegang sekarang. Adakah syarikat yang ada buat pelaburan itu untung atau rugi. Tak perlulah FY huraikan. Saham kecil-kecil atau saham Penny yang anda pegang sejak sekian lama itu kebanyakannya adalah saham cap ayam yang mengalami kerugian. Betul tak?

Tak apalah. Ini saranan FY, FY juga umpama mekanik kereta yang membaik pulih sebarang kerosakan yang kereta anda alami dan dalam hal ini FY juga boleh membaik pulih portfolio saham anda baik yang sakit mahupun yang tenat. Dalam hal ini tidak seperti membaik pulih kereta ia memerlukan MASA. InsyaAllah portfolio anda akan kembali normal, pulih dan akhirnya kembali menguntungkan.

Jadi, jangan biarkan portfolio saham anda itu mereput dan akhirnya ia menjadi kosong! Bukalah akaun dengan FY di Kenanga Investment Bank, tranferkan saham-saham tersebut dan InsyaAllah akan FY gantikan dengan saham-saham yang baik, kukuh dan berpotensi. Saham-saham yang akan naik harganya dan meng”cover” kerugian yang anda alami dahulu.

Cuba lihat contoh portfolio yang FY sertakan dibawah ini.



Pelanggan FY ini untung dalam pelaburan IPO GAS MALAYSIA dan UMWOG namun demikian rugi teruk dalam pelaburan IPO AAX. Untung dan modal GAS MALAYSIA dan UMWOG telah dia bawa keluar. Kemudian dia meminta bantuan FY untuk memulihkan kerugian AAX itu. Dia punya 100,000 unit saham AAX iaitu dengan kemasukan modal sebanyak RM125,000. FY menjualnya pada dan kemudian menggantikannya dengan saham PROTASCO, FITTERS dan seterusnya dengan saham SCICOM sepertimana yang anda boleh lihat sekarang punya floating profit sebanyak RM9,100.00. Kedudukan portfolionya sekarang ialah pada RM139,100.00 itu tidak dicampur dengan baki duit sebanyak RM7,523.11 dalam akaun Tradingnya. Dari kerugian kepada keuntungan sebanyak lebih 17%.

Kalau dicampur dengan kerugiannya maka sebenarnya peratus keuntungannya adalah jauh lebih tinggi.

Tugas FY ialah untuk membantu pelanggan meningkatkan ekonomi keluarganya dan seterusnya ekonomi ummah secara keseluruhannya dan bukan sebaliknya MENGUNCUPKAN ekonomi ummah.

Oleh yang demikian, jika anda punya portfolio saham yang tenat, saranan FY jangan biarkan sahaja. Bawa portfolio tersebut kepada FY dan InsyaAllah FY akan cuba membaik pulih portfolio tersebut dan kembali membawa keuntungan kepada anda.  

Berbalik kepada isu seminar tadi, mungkin kerana Seminar Super Investor kecil sahaja kalau dibandingkan dengan seminar yang besar di luar sana tetapi anda harus ketahui yang Seminar Super Investor punya isi kandungan yang menyeluruh dan mendalam. Ini kerana FY telah begitu lama dalam industri dan InsyaAllah FY tahu akan selok beloknya. Jadi pilihlah seminar dan mentor yang betul bagi memastikan portfolio pelaburan anda membawa keuntungan.

Anda boleh belajar dengan membaca buku dan blog, anda boleh menghabiskan duit yang banyak untuk berseminar dan sebagainya demi mencari ilmu saham, anda boleh membuka akaun dan memulakan dagangan di Bursa Malaysia, kalau portfolio anda untung FY ucapkan tahniah! Namun demikian kalau ia rugi sekarang anda tahu anda boleh mencari FY untuk membantu membaik pulih portfolio anda. Jadi janganlah risau.

Oh Ya, kalau tak keberatan cuba tanya mentor anda samaada dia punya perkhidmatan sebegini atau tidak? Untuk pengetahuan anda perkhidmatan membaik pulih portfolio saham ini adalah perkhidmatan yang pertama seumpamanya di negara ini. 

Buat pelabur di Malaysia Timur, nantikan kehadiran FY di Kota Kinabalu 21 Jun nanti. Daftar segera sebelum tempat duduk habis. Daftar di www.seminarsaham.com.my. Kita jumpa di sana yer. 

Sekian dulu buat kali ini.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Di Kota Kinabalu 21 Jun
  • Seminar SuperTech Investor
  • Di Shah Alam 21 Jun
  • Seminar SuperTrader
  • Di Johor Bahru 7 Jun
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Membaik pulih portfolio saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.



1 comment:

Unknown said...

Seminar yang diperlukan oleh setiap pelabur.
Http://www.sahaminvestment.com