Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dewasa ini kita dapat lihat banyak kursus dan seminar saham tumbuh bagai cendawan di seluruh pelusuk tanah air. Ia bukan hanya dijalankan oleh mereka-mereka yang berlesen dalam industri tetapi juga dijalankan oleh trader-trader saham di negara ini. Pengisiannya pula pelbagai. Dari yang asas kepada yang yang advance. Harganya juga tidak sama. Dari yang percuma kepada yang beribu ringgit.
Apapun perkembangan ini adalah satu perkembangan yang baik kepada industri pelaburan saham dan sekiranya ia berterusan maka semakin ramailah orang awam di luar sana yang akan celik matanya mengenali pelaburan saham di Bursa Malaysia ini. Kecelikan ini penting kerana kaum bukan bumiputera telah menggunakan pelaburan saham kini sebagai cara meningkatkan ekonomi mereka sejak sekian lama dan kalau dibuat perbandingan orang kita telah lama ketinggalan.
Perkembangan ini juga telah menyebabkan kenaikan peratusan pelabur-pelabur runcit dalam pasaran dan dewasa ini ia telah melebihi peratusan pelaburan pelabur asing di Bursa Malaysia. Terus terang ini merupakan satu perkembangan yang baik tapi harus diingat bila semua orang sudah memasuki pasaran maka pasaran akan menjadi tepu jadi ia merupakan petanda untuk kita keluar.
Persoalan yang ingin FY utarakan di sini ialah :
Adakah kemasukan beramai-ramai pelabur-pelabur runcit ini membawa keuntungan kepada mereka atau sebaliknya membawa kepada kerugian?
Adakah kita berjaya meningkatkan ekonomi ummah atau sebaliknya menguncupkannya?
FY bertanyakan soalan ini kerana dari kacamata FY kebanyakan pelabur-pelabur baru ini membeli saham-saham berharga murah, small cap dan penny stock dan kebanyakan saham-saham ini bukanlah saham-saham yang punya kedudukan kewangan yang baik. Kategori saham-saham ini pula sering sahaja di permainkan oleh para PDT, Day Trader, Contra Players serta Market Maker yang lebih arif dan pandai memanipulasi harga-harga saham ini. Yang jadi mangsa ialah para Newbie atau Beginner yang baru sahaja menjejakkan kaki dalam pasaran saham.
Dalam hal ini mencari ilmu saham yang betul dengan mentor yang berpengalaman dan berkelayakan adalah satu kemestian sebenarnya.
Anda boleh mendapatkan ilmu saham baik melalui blog, ebook, kursus, seminar saham dan sebagainya tapi saranan FY carilah yang betul. Carilah yang mereka-mereka yang benar-benar dapat membantu. Buatlah penyiasatan akan latar belakang mereka. Ini kerana mendapatkan ilmu menjana keuntungan melabur di Bursa Malaysia ini bukanlah mudah.
Itu sahaja pesanan FY buat kali ini. Ketahuilah ini pesanan dari seorang sahabat yang telah jatuh bangun dalam Bursa Malaysia selama 17 tahun. Mungkin ada satu dua pesanan FY ini baik untuk anda andai anda membuka pintu hati untuk memahami.
Di kesempatan ini FY ingin menjemput anda di selatan tanah air untuk menyertai Seminar Super Investor yang akan datang ialah di Blue Wave Hotel Johor Bahru pada 24 Mei 2014 dan mereka yang di Sabah dan Sarawak bertempat di Oceania Hotel Kota Kinabalu pada 21 Jun 2014.
Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran. Kepada yang dah rugi melabur saham, kepada yang dah pernah pergi seminar beribu ringgit tetapi masih tidak dapat menjana keuntungan jemputlah hadir.
Sekian dulu buat kali ini.
FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan kami ;
- Seminar Super Investor
- Di Johor Bahru 24 Mei
- Di Kota Kinabalu 21 Jun
- Seminar SuperTech Investor
- Di Shah Alam 17 Mei
- Seminar SuperTrader
- Membuka akaun CDS
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.
No comments:
Post a Comment