Assalamualaikum, Salam Ceria...
Keputusan IPO di MITI – BOUSTEAD
PLANTATION BERHAD telah keluar dan jumlah saham maksima yang diperuntukkan
ialah sebanyak 19500 unit saham pada harga indikatif RM1.60.
Contoh Client FY yang mendapat peruntukan saham IPO di MITI |
Sebanyak 125,196,500 unit saham
diperuntukkan di MITI.
Ia dijadualkan disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 26 Jun 2014
nanti.
Bagi Seven Eleven pula IPO di MITI telah
diperuntukkan jadi yang terakhir yang tinggal hanyalah peruntukkan kepada
pelabur awam. Sebanyak 36 juta saham diperuntukkan di sini.
Bagi permohonan di MITI oleh sebab ia
tak punya status syariah jadi kebanyakan pelabur Institusi Bumiputera ( Tier 1,
Tier 2 dan Tier 3) tidak memohonnya jadi kebanyakan peruntukkan saham di MITI
ini ditawarkan kepada pelabur individu. Atas sebab ini para pelabur yang
memohon saham Seven Eleven mendapat peruntukan saham yang banyak. Yang memohon
sejuta unit pun bakal mendapat sejuta unit saham dari pihak MITI.
Ini tidak pula berlaku dalam kes
Boustead Plantation, kebanyakan peruntukan ditawarkan kepada Institusi
Bumiputera jadi, peruntukan saham ini kepada pelabur individu menjadi sedikit.
Hanya maksima 19500 unit untuk setiap seorang.
Pemohonan IPO Awam Seven Eleven pula ditutup
pada 16 Mei 2014 lalu dan keputusan untuk pelabur Bumiputera yang memohon
adalah seperti berikut ;
Di sini jelas menunjukkan terdapat hanya
3786 permohonan kalau dibandingkan dengan purata 15000 permohonan kebiasaannya.
Kemungkinan besar ia disebabkan kaunter ini tidak punya status syariah.
Bagi permohonan bukan bumiputera juga FY
nampak perkara yang sama. Hanya lebih kurang 15000 permohonan kalau dibandingkan
dengan lebih 50000 permohonan kebiasaannya. Mungkin ia disebabkan oleh
valuation IPO Seven Eleven ini yang agak tinggi.
Untuk pengetahuan anda Seven Eleven pula bakal disenaraikan di papan utama
Bursa Malaysia pada 30 Mei 2014 nanti.
Apapun sekiranya anda ingin tahu cara menjana
pendapatan melalui pelaburan IPO di MITI, IPO Awam dan pelbagai lagi rahsia
menjana keuntungan dengan melabur di Bursa Malaysia jemputlah datang seminar Super
Investor bersama FY. FY akan berada di Hotel Grand Blue Wave Johor Bahru Sabtu
ini.
FY lahir di Kampung Istana, Batu Pahat, Johor
dan kampung FY ialah di Segamat. Tiba masanya untuk FY kembali ke Johor ibarat
sirih pulang ke gagang. Kepada sahabat-sahabat para pelabur di Johor, jemputlah
datang. InsyaAllah FY akan kongsikan rahsia-rahsia pelaburan saham di Bursa
Malaysia kepada anda.
Layari www.seminarsaham.com.my untuk
mendaftar.
Sekian dulu buat kali ini.
FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan kami ;
- Seminar Super Investor
- Di Johor Bahru 24 Mei
- Di Kota Kinabalu 21 Jun
- Seminar SuperTech Investor
- Seminar SuperTrader
- Membuka akaun CDS
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.
No comments:
Post a Comment