Assalamulaikum... Kita bertemu lagi...
Banyak juga komen yang FY terima mengenai surat terbuka kepada PM yang FY tulis tempohari. Majoriti menyokong FY dan mengatakan yang ianya adalah satu cadangan yang bernas namun demikian ada sebahagian kecil yang tidak setuju mahupun memberikan cadangan lain.
Banyak juga komen yang FY terima mengenai surat terbuka kepada PM yang FY tulis tempohari. Majoriti menyokong FY dan mengatakan yang ianya adalah satu cadangan yang bernas namun demikian ada sebahagian kecil yang tidak setuju mahupun memberikan cadangan lain.
Kepada yang menyokong usaha FY ini FY ucapkan jutaan terima kasih dan harap dapat terus memberi sokongan dengan memanjangkan surat tersebut dengan sharing ke laman media social, emel, blog dan lain dengan harapan ia sampai ke objektifnya.
Setakat ini seramai 18000+ pengunjung telah membacanya dan FY telah mendapat jawapan ringkas dari Kementerian Kewangan mengenainya.
Bagi yang menimbulkan persoalan di bawah ini FY sediakan jawapannya ;
PERSOALAN 1
Mereka yang tidak setuju mengatakan yang objektif meningkatkan ekonomi Bumiputera takkan dapat dicapai kerana bilamana mereka mendapat saham tersebut mereka terus sahaja menjualnya kepada pihak bukan bumiputera tatkala ia disenaraikan.
JAWAPAN FY
Pertamanya surat itu bukan khusus untuk meningkatkan ekonomi Bumiputera sahaja tetapi ia secara amnya bertujuan membantu semua pelabur tak kira bangsa dalam negara ini.
Keduanya kalau kita lihat secara demografinya serta kedudukan status kewangan orang kita tidak dinafikan yang ekonomi kita jauh lebih rendah daripada ekonomi golongan bukan bumiputera. Dalam penggajian, gaji mereka lebih tinggi kalau kita buat perbandingan dan golongan bukan bumiputera pula lebih dahulu dan lebih ramai terlibat dalam sector perniagaan. Kalau kita lihat pada sejarah pembentukan negara ini, sistem bahagi dan perintah atau segregate and rule telah menyebabkan sector ekonomi dan perniagaan dipelopori oleh bangsa Cina dan mereka tinggal di bandar-bandar sedangkan orang kita duduk di kampung-kampung. Mereka mempunyai bank-bank lebih 20 tahun sebelum kita punya bank kita yang pertama. Public Bank, Ban Hin lee Bank, Chung Khiaw Bank dan banyak lagi jauh sebelum kita membuka Bank Bumiputera.
Cuba perhatikan siapa yang berniaga di pasaraya-pasaraya besar di bandar-bandar dan siapa pula yang berniaga di uptown-uptown lewat malam? Siapa yang mampu membeli properties yang semakin mahal sekarang? Siapa pula yang memegang saham-saham majority dalam syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia? Golongan Bumiputera ke?
Jadi di sini bolehlah dikatakan poket mereka jauh lebih dalam, tabungan mereka lebih banyak jadi ini membolehkan mereka mempunyai lebih banyak modal untuk membuat pelaburan jangkamasa panjang.
Apa yang perting dalam saranan FY itu ialah kalaupun mereka menjual saham tersebut dalam jangkamasa pendek, hakikatnya ia masih menguntungkan mereka. Lama kelamaan FY yakin yang kita akan dapat meningkatkan pendapatan, seterusnya tabungan dan pelaburan. Ia hanya memerlukan masa sesuai dengan perkembangan dalam benang tamadun sesebuah bangsa.
Fahamilah 20 ke 30 tahun dahulu bapa dan datuk kita masih tinggal di rumah-rumah kayu di kampung-kampung dengan status kedudukan ekonomi yang kecil. Silap-silap masih ada yang berada dalam kedudukan ekonomi yang sama sehingga kini. Berikan sedikit masa, InsyaAllah lambat laun lebih ramai yang akan membuat pelaburan saham jangkamasa panjang.
PERSOALAN 2
Ada yang mengatakan lebih baik masuk pasaran terbuka dan boleh dapat keuntungan berlipat kali ganda.
JAWAPAN FY
Sebenarnya ada pelbagai pendekatan, strategi dan lorong untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham. Biar FY huraikan antaranya ;
PRIMARY MARKET
IPO Awam
IPO di MITI (Untuk Bumiputera)
Private Placement (Untuk High Networth Clients)
Pendekatan untuk menjana keuntungan dalam Primary Market ini adalah jauh lebih mudah dan sesuai untuk beginner atau newbie dalam pasaran saham. Ia merupakan pintu masuk seseorang pelabur dalam pasaran saham sebelum dia membuat persiapan untuk masuk dalam pasaran terbuka.
SECONDARY MARKET
Common Shares
Warrant
Call Warrant
Reits
SPAC
Dan lain-lain.
Pendekatan untuk menjana keuntungan dalam Secondary Market sebenarnya adalah lebih sukar kerana ia memerlukan ilmu yang banyak dan mendalam. Bagi Common Shares kita kena tahu Macro and Micro Economy, Fundamental Analysis, Financial Analysis juga Technical Analysis kemudian mengetahui apakah objektif, jangkamasa dan strategi pelaburan kita. Adakah kita seorang Investor atau Trader jangkamasa pendek dan berapa pula jumlah modal permulaan yang ingin kita laburkan.
Untuk pelaburan Warrant pula kita kena ketahui bilakah maturity date, Conversion Price adakah ia In the money, out of the money atau at the money dan sebagainya.
Call Warrant pula ialah structured financial instrument yang diterbitkan oleh pihak ketiga. Maka kenalah kaji terma dan syaratnya sebelum kita membuat pelaburan di dalamnya.
Begitu jugalah dengan pelaburan REITS, APAC, BON, SUKUK, ETF dan sebagainya dalam pasaran terbuka Bursa Malaysia ini.
FY sudah melabur dalam pasaran terbuka selama lebih 20 tahun dan nampak perubahan yang berlaku dalam Bursa Malaysia sejak dari itu. Lagipun memang kelayakan FY baik diploma dan ijazah adalah dalam bidang Pasaran Modal ini. Jadi FY rasa tak perlulah FY huraikan dengan lebih panjang lagi. Jemput datang seminar FY nanti FY kongsikan cara melabur dalam pasaran terbuka ini.
Bagi persoalan usaha meningkatkan ekonomi Bumiputera melalui pegangan ekuiti dalam Dasar Ekonomi Baru pula. Di bawah ini FY sertakan keratan akhbarnya ;
Lesen lama dengan KLSE |
Lesen baru dengan Bursa Malaysia |
HARI INI DALAM SEJARAH
28 APR 1997
SEBUAH SYARIKAT LAGI MUNCUL CEMERLANG DI BSKL
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) - Sebuah lagi syarikat, Computer Systems Advisers (M) Bhd, mencapai prestasi cemerlang pada kemunculan pertamanya di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) hari ini.
Harga tawaran awalnya sebanyak RM2.80 sesaham di papan kedua melonjak kepada tahap tertinggi RM9.95 sebelum ditutup pada RM7.85.
NOTA FY – Keuntungan sebanyak RM7.15 atau 255.36%. Pada masa itu boleh dikatakan semua saham yang disenaraikan akan naik berlipat kali ganda bila ia tersenarai di KLSE.
KOMEN PELABUR IPO SEBELUM TAHUN 1997
Sebenarnya yang menjadi remisier adalah suami saya dan saya cuma membantu beliau sepanjang karier beliau didalam bidang tersebut. Satu lagi jangan tanya banyak sangat perkara-perkara yang berkaitan dengan teknikal kerana Kepakaran suami saya adalah berkenaan saham-saham tawaran awam permulaan (IPO) dan saham-saham yang diperolehi secara `pink form’.
Di dalam Bursa Malaysia tidak ada perkara yang boleh dianalisa dengan tepat, banyak faktor yang mempengaruhi naik turun harga. Sekiranya penganalisis-penganalisis ini dapat menganalisa dengan tepat, mereka sebenarnya tidak menjadi penganalisis sebaliknya menjadi seorang JUTAWAN.
Bagi mereka yang baru ingin bermula, saya rasa saham-saham IPO adalah yang paling sesuai, menguntungkan dan tidak mempunyai risiko. Sepanjang ingatan saya tidak ada saham-saham IPO dibuka dibawah harga tawaran kecuali satu yang saya ingat iaitu saham Seacorp Shcroder yang dibuka dibawah harga tawaran. (Sebelum kejatuhan pasaran pada tahun 1997)
Saham-saham IPO ini sebenarnya telah menarik ramai pelabur khasnya daripada Kelantan menyertainya. Mereka-mereka yang terlibat secara serius dengan saham-saham IPO ini telah ramai menjadi jutawan. Salah seorang yang saya kagumi adalah seorang peniaga warung kedai kopi di Kelantan yang pada asalnya hanya mempunyai sebuah basikal akhirnya menjadi seorang jutawan dengan menaiki Mercedes model terbaru hasil daripada saham-saham IPO. Saya juga sebenarnya terlibat secara langsung dengan saham-saham IPO ini. Dengan hasil daripada saham-saham IPO inilah suami saya menyara kehidupan kami sekeluarga semasa beliau menghabiskan master degreenya.
Saya dengar Saudara Saifulsham (www.saifulsham.com) juga pernah terlibat secara langsung dengan saham-saham IPO ini. Boleh juga beliau memberikan pengalamannya. Sekiranya beliau berasal daripada Kelantan, sudah tentu beliau mengenali peniaga warung kedai kopi daripada Kg. Laut yang akhirnya menjadi jutawan hasil daripada saham-saham IPO tersebut.
Untuk pengetahuan, suami saya juga berasal daripada Kelantan (Chabang Empat, Tok Mek Ngah). Jutawan Kg. Laut tersebut adalah Haji Roni (nama ikut i/c - Md. Rasid). Beliau adalah salah seorang client saya selain daripada Wan Aznan (Anak Wan Hussin Kedai Emas) dan ramai lagi.
Inilah antara jutawan-jutawan hasil daripada saham-saham IPO.
Berkenaan saham-saham IPO sekarang memanglah slow sedikit semenjak 1997. Tetapi masih ada lagi IPO-IPO baru yang disenaraikan walaupun tidak serancak dahulu. Margin keuntungan juga agak mengecil kerana harga tawaran yang dikawal oleh Suruhanjaya sekuriti (SC).
Nota FY – Bukan hanya kerana harga tawarannya dikawal tetapi factor utamanya ialah kerana perubahan struktur pembahagian IPO disebabkan kejatuhan pasaran saham pada tahun 1997 itu.
Bagi pelabur lama yang sudah memasuki pasaran sebelum tahun 1997 FY pasti mereka masih ingat lagi kemeriahan saham-saham IPO ini bilamana ia disenaraikan yang membawa keuntungan berlipat kali ganda.
Jadi kepada pelabur baru yang tidak berada di situ FY harap janganlah menimbulkan pelbagai persoalan kenapa dan bagaimana kerana hakikatnya anda tidak berada di situ pada masa itu.
Ini sahaja ruang dan kesempatan yang ada kali ini.
Wassalam.
FY
0166667430
Remisier
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Link perkhidmatan kami ;
- Woksyop BTX - Online Trader
- http://www.faizalyusup.net/2014/07/woksyop-trading-made-easy.html
- Personal Coaching
- Hubungi FY 016 6667430 untuk temujanji
- Seminar Super Investor
- http://www.faizalyusup.net/2014/02/kelebihan-seminar-saham-super-investor.html
- Seminar SuperTech Investor
- http://www.faizalyusup.net/2014/02/jemputan-ke-kursus-supertech-investor.html
- Seminar SuperTrader
- http://www.faizalyusup.net/2014/01/jemputan-ke-seminar-supertrader.html
- Membuka akaun CDS
- http://www.faizalyusup.net/2014/01/garis-panduan-membuka-akaun-cds-dan.html
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- http://www.faizalyusup.net/2014/08/keuntungan-konsisten-di-bursa-malaysia.html
- Membaik pulih portfolio saham
- http://www.faizalyusup.net/2014/05/perkhidmatan-membaik-pulih-portfolio.html
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
- http://www.faizalyusup.net/2012/12/ebook-super-investor-ipo-miti-tulisan-fy.html
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.
No comments:
Post a Comment