Assalamualaikum...
Nampaknya agak lama
juga FY tidak menulis dalam blog ini. Bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri
juga telah berlalu. Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan di dalamnya
terdapat banyak kebaikan dan ganjaran. Jadi investment ke arah akhirat itu
pastinya lebih baik FY rasa dari kita sibuk memikirkan tentang pelaburan dunia.
Apapun ia telah berlalu, semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan
Ramadhan yang akan datang, InsyaAllah.
Memandangkan FY
punya anak seramai 6 orang, Isteri seorang je yer... hehe... Jadi FY mengambil
masa membuat persiapan berhari raya, kemudian FY mengambil cuti seminggu untuk
berhari raya dan hari ini FY telah kembali ke tempat kerja menyambung cerita.
Kepada para pelabur yang menantikan artikel FY harap maaf kerana mengambil masa
yang agak lama untuk menulis dalam blog yang danh mula berhabuk ini. Jangan
risau FY tak lupa dan akan selalu menulis dari masa ke semasa bila mana masa
mengizinkan.
Dalam kesempatan
ini FY ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari anda semua sekiranya
sepanjang penulisan mahupun perkenalan FY ada melakukan sebarang kesilapan
tuturkata, olahan bahasa yang menyinggung dan sebagainya baik di alam maya
mahupun di alam nyata. Terus terang FY tak pernah berniat untuk berbuat
demikian.
Baiklah kita
sambung catatan pelaburan saham kita.
Nampaknya dewasa
ini sentimen peperangan di Gaza mahupun kisah tragedi yang menimpa MH17 yang
ditembak jatuh masih tidak mengejutkan pasaran Bursa Malaysia malah pasaran
terus bertahan sehingga ke hari ini dengan kecairan dan volume yang
memberansangkan. Ia jelas menunjukkan yang Bursa Malaysia masih kukuh. Malah
kejatuhan Dow Jones setelah kenyataan Alan Greenspan disertakan dengan boikot
produk Amerika dan Israel juga tidak menjejaskan prestasi Bursa Malaysia.
Ini jelas
menunjukkan yang Bursa Malaysia masih kukuh dan “resiliant”.
Pelaburan dalam
saham terbitan baru IPO seperti Boustead Plantation, Econpile, Icon Offshore,
Heng Huat, Tanah Makmur, Sasbadi masih membuahkan hasil dan keuntungan pada
hari ia disenaraikan dalam ertikata lain kalau saham tersebut dijual pada hari
penyenaraian maka ia pasti akan membawa keuntungan. Sekali lagi ini adalah
petanda kecairan yang banyak dalam pasaran. Malah ada IPO ini yang naik
melebihi harga sasarannya seperti saham Tanah Makmur dan Econpile.
FY percaya
pelaburan ke dalam saham SPAC Oil and Gas keempat selepas Hibiscus, Cliq dan
Sona iaitu IPO Reach Energy yang ditutup permohonan IPO Awamnya semalam bakal
membuahkan hasil yang sama iaitu keuntungan pada hari penyenaraiannya.
Permintaan terhadap saham-saham IPO dewasa ini begitu tinggi melebihi penawarannya.
Jadi usaha untuk mendapatkannya semakin sukar.
Apapun ini semua
petanda kemeriahan pasaran Bursa Malaysia dan ia secara tak langsung membawa
keuntungan kepada ramai pelabur runcit. ( Kepada yang masih rugi jumpa FY yer...
Mungkin pertukaran strategi pelaburan mahupun portfolio pelaburan perlu
dijalankan. )
Siang tadi kenaikan
saham SUMATEC dengan rumors yang ia akan keluar dari status PN17 tak lama lagi
membawa keuntungan kepada ramai juga pelanggan FY. Keuntungan sebanyak lebih 65%
dalam jangkamasa kurang 3 bulan adalah satu pelaburan yang berbaloi dan
menguntungkan.
Mungkin ada yang
berkata FY tunjuk keuntungan tapi tak tunjukpun kerugian. Jawapan FY mudah
sahaja. Kita takkan rugi dalam pelaburan saham kalau kita punya kekuatan untuk
bertahan dan menyimpan saham yang kita beli itu. Apa yang penting ialah kita
kenalah beli saham yang baik, kukuh kedudukan kewangannya dan pada masa timing masuk yang betul.
Dalam contoh yang
FY ambil di sini anda boleh lihat yang ZELAN yang FY beli ini pada harga 34 sen
pada 29 Mei 2013 jatuh sehingga 18.5 sen dan kerugian hanya akan berlaku andai FY
menjualnya namun demikian selepas lebih setahun memegangnya ia ditutup pada
harga 36 sen siang tadi lantas ia membawa keuntungan.
Persoalannya adakah
kita sanggup menunggu dan punya kekuatan untuk menyimpannya sebegitu lama?
Atau adakah kita
punya kekuatan untuk cut loss dan menggantikannya dengan saham yang lain?
Dua-dua persoalan
ini juga dalah persoalan yang sukar dijawab oleh ramai pelabur. Ramai yang
menyimpan saham yang salah lantas saham-saham tersebut semakin menurun hingga
ia dinyahsenaraikan. Long Term Investment namanya. Sebenarnya ada sesetengah saham
yang boleh disimpan dan ada sesetangah saham lain yang perlu kita tukar. Tukar
kuda yang lemah kepada kuda yang kuat.
Nanti FY akan
tunjukkan satu portfolio yang pelanggan FY dan FY buktikan yang pelaburan saham
memang boleh membawa keuntungan andai kita tahu rahsianya. Nantikan artikel
tersebut okay!
Dalam jangkamasa
terdekat ini FY akan menjalankan ;
- · Woksyop BTX Online Trader dengan harga promosi RM50.00 sahaja dalam seminggu dua ini di ThotBox, Damansara Intan.
- · Seminar SuperTrader pada 23 Ogos 2014 di Grand Blue Wave Hotel Johor Bahru.
- · Seminar Super Investor pula September nanti.
Disamping itu juga
FY sedang menyiapkan buku-buku Ebook Pelaburan Saham untuk kemudahan anda semua
tak berapa lama lagi. InsyaAllah.
Sekian dahulu buat
kali ini.
Wasalam...
FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan kami ;
- Woksyop BTX - Online
Trader
- Personal Coaching
- Seminar Super Investor
- Seminar SuperTech Investor
- Seminar SuperTrader
- Membuka akaun CDS
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- Membaik pulih portfolio saham
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.
No comments:
Post a Comment