RAHSIA MENJANA KEUNTUNGAN DI BURSA
MALAYSIA
Ada 3 langkah utama ;
1.
MENGELAKKAN KERUGIAN
Bagi
yang sudah memulakan pelaburan di Bursa Malaysia tetapi mengalami kerugian. Jadi
janganlah risau dan putus asa. Cuba analisa kenapa dan bagaimana kerugian itu boleh
terjadi. Apakah strategi yang anda gunapakai. Adakah anda hanya mendengar tip
remisier, kawan, saudara malah pemandu Dato’. Apakah asas pembelian anda.
Berapa besar modal anda dan berapa lamakah jangkamasa pelaburan anda?
Acapkali
kerugian terjadi kerana :-
- Tiada ilmu pelaburan. Beli saham main ikut rasa sahaja.Para pelabur silap memilih saham. Memilih saham cap ayam yang tidak berharga.
- Memilih saham Warrant yang akan tamat tempoh dll.Membeli saham pada masa yang salah. Membeli pada masa orang lain menjual. Membeli saham yang trend harganya sedang menurun. Membeli ketika Bursa sedang “bearish.”
- Membeli secara kontra dan tidak punya modal untuk membayar dan menyimpan saham yang dibeli itu dengan harapan boleh mendapatkan keuntungan atas angin misalannya.
- Dan pelbagai sebab lagi.
Dalam
hal ini sekiranya anda dapat mengatasi faktor pertama ini maka InsyaAllah anda
boleh bergerak ke hadapan…
2.MEMELIHARA MODAL
Faktor
kedua dalam usaha untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham ialah untuk
memelihara modal. Katalah kita meletakkan modal untuk memulakan kedai runcit
tetapi kita tidak menjaga kedai runcit tersebut maka pastinya lambat laun kedai
itu akan bungkus dan anda akan kerugian. Begitu juga dalam pasaran saham. Kalau
kita membeli saham, maka kita perlulah memerhatikan pergerakan harga saham
tersebut. Janganlah membeli saham dan kemudian membiarkannya begitu sahaja
lebih-lebih lagi anda seorang Trader saham jangkamasa pendek. Keputusan yang
cepat dan pantas untuk mengambil untung dan cut loss adalah penting bagi tujuan
pemeliharaan modal.
Bagi
Investor pula beberapa strategi seperti strategi “dollar cost averaging” juga strategi “not putting all eggs in one basket” iaitu dengan membeli
saham-saham dari industri yang berlainan bagi tujuan “spreading the risk” mahupun strategi-strategi lain yang boleh
mengurangkan risiko. Kaedah lain ialah dengan melakukan hedging iaitu dengan melabur dalam intrumen pelaburan yang lain
seperti Futures dan Derivatif dengan mengambil strategi pelaburan yang
berlawanan.
3.
MENJANA KEUNTUNGAN
Setelah
mengambil langkah mengelakkan kerugian dan memelihara modal maka tak ada apa
lagi yang perlu anda risaukan. Ini kerana over
time (dengan factor masa) modal yang anda laburkan itu akan menjana
keuntungan. Mana taknya pelaburan anda akan berkembang kerana anda telah
berjaya mengelakkan kerugian dan memelihara modal. Betul tak? Ini kerana
pasaran modal akan terus-terus berkembang, syarikat yang tersenarai semakin
lama semakin membesar dan ekonomi semakin lama semakin pesat maka pastinya
keuntungan bakal menjadi milik anda.
Cuba
lihat harga rumah. Dulu rumah teres dua tingkat di tahun 80an ia cuma berharga RM30,000.00,
90an ia menjadi RM60,000.00, 2000an ia menjadi RM200,000.00 sekarang ia telah
meningkat hingga ke RM500,000.00 malah lebih lagi. Jadi samalah seperti pasaran
saham, andai anda membeli saham yang betul dan bagus pastinya keuntungan bakal
menjadi milik anda. Kuasa modal, masa
serta pilihan saham yang betul akan memungkinkan semua ini. Sekiranya anda
membeli 1000 unit saham Public Bank pada tahun 1967 dan sekiranya anda masih
belum menjualnya hingga kini maka anda akan menjadi seorang jutawan.
Disamping itu juga dalam jangkamasa terdekat ini FY akan menjalankan ;
- Woksyop BTX Online Trader dengan harga promosi RM50.00 sahaja akan dijalankan pada hari Sabtu 30 Ogos bertempat di ThotBox, Damansara Intan. Hubungi Zuhri Zain 012 6290407 untuk tujuan pendaftaran.
- Seminar Super Investor bersamaFY pula akan diadakan pada 13 September ini. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.
Selain itu FY sedang menyiapkan buku-buku Ebook Pelaburan Saham untuk kemudahan anda semua tak berapa lama lagi. InsyaAllah.
Sekian dahulu buat kali ini.
Wasalam...
FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan kami ;
- Woksyop BTX - Online Trader
- http://www.faizalyusup.net/2014/07/woksyop-trading-made-easy.html
- Personal Coaching
- Hubungi FY 016 6667430 untuk temujanji
- Seminar Super Investor
- http://www.faizalyusup.net/2014/02/kelebihan-seminar-saham-super-investor.html
- Seminar SuperTech Investor
- http://www.faizalyusup.net/2014/02/jemputan-ke-kursus-supertech-investor.html
- Seminar SuperTrader
- http://www.faizalyusup.net/2014/01/jemputan-ke-seminar-supertrader.html
- Membuka akaun CDS
- http://www.faizalyusup.net/2014/01/garis-panduan-membuka-akaun-cds-dan.html
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- http://www.faizalyusup.net/2014/08/keuntungan-konsisten-di-bursa-malaysia.html
- Membaik pulih portfolio saham
- http://www.faizalyusup.net/2014/05/perkhidmatan-membaik-pulih-portfolio.html
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
- http://www.faizalyusup.net/2012/12/ebook-super-investor-ipo-miti-tulisan-fy.html
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.
No comments:
Post a Comment