Friday, August 15, 2014

IPO REACH ENERGY UNTUNG KE RUGI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rupanya ramai pelabur yang kurang faham mengenai penyenaraian IPO SPAC Reach Energy siang tadi.

Ada yang mengatakan yang pelabur-pelabur saham IPO Reach Energy ini mengalami kerugian namun hakikat yang sebenarnya tidaklah begitu sama sekali. Ini kerana memandangkan Mother Share Reach ini dibuka pada harga RM0.725 dan ia jatuh sehingga RM0.69 maka ramai yang menyangkakan ia dibuka dengan diskaun memandangkan harga IPOnya ialah RM0.75.

PENJELASAN FY

Mereka yang berjaya mendapatkan saham ini membelinya pada harga RM0.75 seunit tetapi ia datang dengan satu unit saham Warrant secara PERCUMA. Nisbahnya 1:1. Kalau anda dapat 10,000 units Mother Shares, maka anda juga akan mendapat 10,000 units saham anak atau Warrant.

Maknanya di sini andai harga saham ini dibuka pada RM0.725 jadi and perlu mencampurnya dengan harga saham Warrantnya juga iaitu RM0.285. Dalam kes ini ia adalah RM1.01.

Jumlah jualan Mother Share               RM0.725
Jumlah jualan Warrant                    + RM0.285
Jumlahnya ialah                               RM1.01

Harga IPO                                       RM0.75

Untung                                           RM0.26 sen atau 34.67% atau RM260.00

Setiap 1000 unit @ RM0.75 atau RM750.00 pelaburan anda akan mendapat untung kasar RM260.00.


Semasa harga ditutup semalam pada harga keseluruhan 93 sen ia masih punya premium sebanyak 18 sen dari harga tawaran IPO nya.

Malangnya dalam hal ini seperti yang FY sudah huraikan dalam surat terbuka kepada PM tempohari hanya 20 juta saham atau 2% daripada 1 Billion saham Reach Energy ini diperuntukkan kepada pelabur awam. Jadi dapatlah para pelabur yang bertuah seorang seciput keuntungan seorang. Bolehlah buat beli pampers anak.

Apapun dalam jangkamasa terdekat ini FY akan menjalankan ;

  • ·  Woksyop BTX Online Trader dengan harga promosi RM50.00 sahaja akan dijalankan pada hari Sabtu 30 Ogos bertempat di ThotBox, Damansara Intan. Hubungi Zuhri Zain 012 6290407 untuk tujuan pendaftaran.
  • ·  Seminar SuperTrader pada 23 Ogos 2014 di Grand Blue Wave Hotel Johor Bahru. Hubungi Mustapha Kamal 019 7775527 untuk mendaftar.
  • ·   Seminar Super Investor bersama FY akan dijalan 13 September nanti di bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur. Layari www.seminarsaham.com.my untuk pendaftaran tapi kalau tak sabar boleh buat temujanji personal coaching di pejabat FY. Terhad kepada 5 orang sahaja setiap sessi. 

Disamping itu juga FY sedang menyiapkan buku-buku Ebook Pelaburan Saham untuk kemudahan anda semua tak berapa lama lagi. InsyaAllah.

Sekian dahulu buat kali ini.

Wasalam...

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Woksyop BTX - Online Trader
  • http://www.faizalyusup.net/2014/07/woksyop-trading-made-easy.html
  • Personal Coaching
  • Hubungi FY 016 6667430 untuk temujanji
  • Seminar Super Investor
  • http://www.faizalyusup.net/2014/02/kelebihan-seminar-saham-super-investor.html
  • Seminar SuperTech Investor
  • http://www.faizalyusup.net/2014/02/jemputan-ke-kursus-supertech-investor.html
  • Seminar SuperTrader
  • http://www.faizalyusup.net/2014/01/jemputan-ke-seminar-supertrader.html
  • Membuka akaun CDS
  • http://www.faizalyusup.net/2014/01/garis-panduan-membuka-akaun-cds-dan.html
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • http://www.faizalyusup.net/2014/08/keuntungan-konsisten-di-bursa-malaysia.html
  • Membaik pulih portfolio saham
  • http://www.faizalyusup.net/2014/05/perkhidmatan-membaik-pulih-portfolio.html
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
  • http://www.faizalyusup.net/2012/12/ebook-super-investor-ipo-miti-tulisan-fy.html
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.