Sunday, August 4, 2013

MEMBONGKAR RAHSIA MENJANA KEUNTUNGAN DI BURSA MALAYSIA BAH 2

Assalamualaikum serta salam ceria di hujung minggu yang indah ini.

Kepada yang beragama Islam, bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita. Dalam bulan yang mulia ini FY harap ia merupakan bulan yang mana kita dapat menjalankan ibadah dengan pengisian sebaiknya.

Di sini sekali lagi FY sertakan portfolio salah seorang pelanggan FY bagi portfolio pelaburan bulan Julai 2013. Pelanggan ini juga merupakan salah seorang peserta seminar Super Investor yang pernah FY jalankan.

Sebenarnya ada banyak seminar di luar sana. Ada yang genuine / benar malangnya banyak yang tak genuine. Banyak yang tak punya isi tapi menjalankan seminar hanya dengan tujuan mengaut keuntungan. Namun ini adalah kisah biasa di akhir zaman ini. Kepada anda di luar sana FY sarankan agar anda berhati-hati agar tidak terjebak dan membuang duit yang begitu sukar dicari kepada penganjur seminar-seminar yang sebegini.

Pada FY biarlah kita ambil kurang dari apa yang kita berikan, InsyaAllah selebihnya akan dikira Allah sebagai amal jariah daripada kita mengambil yang bukan hak iaitu mengambil lebih dari apa yang kita berikan. Caj seminar mahal tapi isinya begitu basic. Nasihat ini juga FY panjangkan kepada penulis buku mahupun Ebook. Janganlah buat begitu, Ia sebenarnya menjadikan diri kita sama dengan seorang pencuri.

Kemudian banyak juga penganjur skim cepat kaya di luar sana dengan pelbagai bentuk dan rupa yang menjanjikan pelbagai janji-janji manis namun akhirnya duit tuan-puan yang melayang. Pelaburan saham di Bursa Malaysia yang disahkan kerajaan tak pula dicuba, pelaburan yang tak sah pula yang kita utamakan. FY harap tuan-puan berhati-hati dan pastikan kesahihan pelaburan tersebut sebelum mengambil tindakan mengeluarkan duit dari wallet untuk melabur.

Di sini sekali lagi FY sertakan portfolio saham salah seorang pelanggan FY dalam pelaburan di Bursa Malaysia. Alhamdulillah dalam bulan Feb hingga kini pasaran saham berada dalam keadaan yang sihat dan ini memudahkan penjanaan keuntungan dari pelaburan saham ini. Harapan FY agar pasaran akan terus sihat dimasa-masa mendatang. Pada FY pasaran yang sihat ialah bilamana volume dagangan pasaran berada pada purata 1.5 billion saham sehari.

Portfolio salah seorang pelanggan FY untuk bulan Juali 2013
Kepada anda di luar sana yang ingin mendapatkan pendapatan pasif (Pendapatan Pasif - Menggunakan duit untuk menjana pendapatan) sebegini anda bolehlah membuka akaun saham CDS dengan FY di Kenanga Investment Bank Berhad dan InsyaAllah FY boleh membimbing anda dalam memulakan portfolio pelaburan saham anda. 

Anda boleh datang ke pejabat FY letaknya di Bangunan Quattro West bersebelahan Petaling Jaya Hilton andai anda ingin membuka akaun tersebut 

atau 

Anda juga boleh SMS nama dan alamat penuh kepada En Yasin di talian 019 334 6570 bagi mendapatkan borang bagi membuka akaun tersebut.

Selain menyarankan tuan-puan membuka akuan saham dengan FY, FY juga menyarankan tuan-puan belajar melabur saham dan menjadi pelabur atau trader yang bijak melalui seminar-seminar yang FY anjurkan. Seminar Super Investor akan diadakan pada Sabtu 7 September 2013. Personal Coaching Advance Technical Analysis pada hari Ahad 8 September dan Seminar Super Trader yang akan menyusul nanti. Semua seminar dan kursus ini disusun dengan matlamat akhirnya membawa pendapatan pasif kepada pihak anda. 


Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran.
Add kami di Facebook - www.facebook.com/SeminarSuperInvestor 
untuk mengetahui mengenai seminar dan program yang kami jalankan.
Atau anda boleh subscribe blog www.faizalyusup.net untuk mengetahui perkembangan terkini pelaburan saham di Bursa Malaysia. 

Sebenarnya masih ramai yang melabur dan mengalami kerugian dan masih ramai yang tak yakin dengan apa yang FY paparkan. Jadi di sini sekali lagi FY ingin mengambil sedikit kesempatan untuk mengatakan yang apa yang anda lihat dan baca ini benar dan FY boleh buktikan tanpa masalah. FY hanya ingin membantu dalam merealisasikan impian untuk meningkatkan ekonomi ummah.

Kepada mereka yang tak puas hati dengan FY dengan cara FY, dengan apapun juga sempena Hari Raya Aidilfitri ini FY minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kerana FY tak ada niat nak menyinggung mana-mana pihak sekalipun. Orang kata tak kenal maka tak cinta, saranan FY bukalah hati ambillah masa untuk mengenali, fokus kepada kebaikan dan jangan sesekali fokus kepada keburukan kerana ia akan hanya membawa kepada kerosakan.

FY juga akan menganjurkan Seminar Promosi selama Sehari yang dinamakan Seminar Motivasi Anda Yang Baru secara percuma siap dengan jamuan makan dan minum InsyaAllah pada bulan Oktober nanti. Kepada yang berminat untuk hadir anda bolehlah SMS nama penuh dan alamat emel kepada Puan Azila di talian 012 2511755 untuk mendaftar. Ia PERCUMA!

Apapun semoga ada manfaat dalam artikel kali ini dan semoga ia membuka mata hati anda di luar sana untuk menilai kebenarannya. InsyaAllah.

Sekian. FY mengundur diri.

FY




Thursday, August 1, 2013

Harga Indikatif UMW OG - RM2.80

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dow Jones naik ke peringkat yang tertinggi ditutup pada 15628.02 naik 128.48 mata dan InsyaAllah ia akan membawa kepada sentimen positif kepada Bursa Malaysia dalam jangkamasa yang terdekat ini.

Disini FY ingin memaklumkan bahawa harga indikatif untuk IPO UMW OG ialah RM2.80.

Seminar Super Investor seterusnya ialah pada hari Sabtu 7 September 2013. Yuran yang dikenakan ialah RM490.00. Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar untuk menjadi pelabur bijak!

Personal Coaching Advance Technical Analysis pula akan diadakan pada hari Ahad 8 September 2013.
Hubungi Zuhri Zain adi talian 012 629 0407 untuk mendaftar.

FY juga merancang untuk mengadakan Seminar Motivasi Anda Yang Baru InsyaAllah pada hari Sabtu 12 Oktober 2013 nanti. SMS nama dan emel anda kepada Puan Azila Ismail di talian 0122511755 sekiranya anda berminat untuk menyertainya. Ia PERCUMA! Makanan juga disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk berubah menjadi anda yang baru!

Sekian dulu.

FY



Monday, July 22, 2013

IPO MITI - WESTPORTS HOLDINGS BERHAD


IPO MITI - WESTPORTS HOLDINGS BERHAD



a) Jumlah Saham Khas : 392,150,000 unit
b) Harga Par : RM 0.10 seunit
c) Harga Tawaran : Akan dimaklumkan kemudian
d) Aktiviti Utama Syarikat : Westports Holdings Berhad is the operator of Westports. The Company handles containers and conventional cargo and also provides a wide range of port services, including marine services, rental services and other ancillary services. The Company is currently the leading terminal operator in Port Klang with 69% market share in container volume throughput in 2012.
e) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama
f) Bank Penasihat : Maybank Invesment Bank Berhad
g) Tarikh Tutup Pendaftaran Minat Untuk Melanggan : 30 Julai 2013 (Selasa) jam 5.00 petang.


Untuk melanggan saham peruntukkan khas bumiputera di MITI ada mestilah mempunyai akaun CDS. Kepada pelabur yang belum mempunyai akaun CDS anda bolehlah menghubungi FY di talian 016 666 7430 untuk membukanya.

Kepada pelanggan FY yang memerlukan borang permohonan serta cover letter hantarkan emel kepada greng70@yahoo.com. FY akan menghantarkan soft copy dokumen tersebut kepada pihak anda.

Harap maklum.

FY



PS - FY akan mengadakan seminar saham Super Investor seterusnya pada 7 September 2013 di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.

Sunday, July 14, 2013

Membuka Rahsia Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam Sejahtera...

Hari ini FY ingin bercerita sedikit.

Setakat ini FY telahpun punya 17 tahun pengalaman dalam industri saham ini dan bila dicampur dengan diploma Analisa Pelaburan dari UiTM dan Ijazah Analisa Pelaburan dari Unversity of Nebraska di Lincoln USA menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 23 tahun.

Pelbagai yang telah FY pelajari dari semua ini baik dari segi teori mahupun dari segi praktikal pengalaman dalam memahami dan dalam usaha untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham. Itu tak dikira betapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung demi untuk mempelajarinya.

Di awal penglibatan sebagai seorang remisier terus terang ramai juga pelanggan FY yang mengalami kerugian. Pada masa itu pelabur ada modal tapi tak tahu saham apa yang ingin dilaburkan. FY juga belum mahir dan hanya mengikut apa yang mereka mahu beli. Acapkali juga saranan saham yang FY buat menuju ke laut lantas merugikan pelanggan mahupun FY sendiri.

Namun demikian FY belajar dan terus belajar dari kesilapan itu dan tahukah anda dewasa ini keadaan telah jauh berubah. Bila kita tidak berputus asa mencari akhirnya dengan izin Allah Taala segalanya berubah. Alhamdulillah Dewasa ini FY telahpun ditemukan dengan ilmu yang memadai untuk FY menjana keuntungan buat diri mahupun buat ramai pelanggan yang melabur dengan FY.

Sekarang FY jauh lebih matang dan tidak lagi membuat keputusan pelaburan yang teruk yang merugikan. Dewasa ini InsyaAllah keuntungan akan datang kalau tak cepat ia akan mengambil sedikit masa. Ia hanya memerlukan sedikit kesabaran.

Berikut ini FY sertakan jadual keuntungan bulan Mei lalu salah seorang pelanggan FY baik dari akaun tradingnya mahupun dari akaun marginnya. Pelabur ini sering datang dan memberikan testimoninya dalam seminar-seminar saham yang FY jalankan. Datanglah ke Seminar Super Investor sekiranya anda ingin bertemu dengannya.




Beliau mendapat keuntungan melebihi RM36,000.00 pada bulan tersebut dan terus-terusan menjana keuntungan untuk bulan Jun sehingga kini.  

Akhirnya semua yang FY pelajari serta pengalaman dalam Bursa Malaysia ini berbaloi. Ini kerana FY akan dapat membantu meningkatkan ekonomi ummah dengannya. Terus terang FY telahpun dikurniakan ilmu untuk mendidik anda menjadi pelabur saham yang berhemah malah ilmu untuk membantu anda menjadi trader saham yang bijak. FY juga boleh membimbing dan memberi garis panduan kepada para pelabur yang membuka akaun sahamnya dengan FY.

Apa lagi yang anda tunggu? Belajarlah ilmu pelaburan saham, bukalah akaun saham anda dengan FY, InsyaAllah anda akan dapat meningkatkan ekonomi keluarga dengan pendapatan pasif yang anda terima dari pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Cuma ada perkara yang harus anda ingat. Jari manusia tak sama panjang, maka rezeki kita tak sama. Ada yang lebih rezekinya, ada yang banyak rezekinya ada yang cepat rezekinya namun demikian ada yang sebaliknya.

InsyaAllah sekiranya Bursa Malaysia sihat dengan momentum menaik dan volume pasaran harian melebihi 1.5 Bilion setiap hari maka ia akan menjadi agak mudah untuk menjana keuntungan darinya.

Begitulah ceritanya.

Harapan FY satu hari nanti akan dapat dana modal yang bernilai jutaan ringgit untuk dikendalikan. FY yakin FY boleh membantu mengembangkan dana tersebut dengan ilmu pengetahuan yang ada ini. Kepada anda yang diluar sana yang membaca artikel ini dan anda ingin mencari kepastian dengan apa yang FY nyatakan di sini, FY mengalu-alukan kehadiran anda dan FY yakin FY boleh membuktikan apa yang FY tulis dalam artikel ini.

Sekian dulu buat kali ini. Wassalam

FY

Monday, July 8, 2013

IPO MITI UMW OG dan SOLID AUTOMOTIVE BERHAD

Assalam dan Salam Sejahtera.

Terdapat dua tawaran peruntukan saham khas Bumiputera di MITI iaitu -

IPO MITI UMW OIL & GAS CORPORATION BERHAD

a) Jumlah Saham Khas : 248,630,000 unit
b) Harga Par : RM 0.50 seunit
c) Harga Tawaran : Akan dimaklumkan kemudian
d) Aktiviti Utama Syarikat :
UMW-OG is a Malaysia-based multinational provider of drilling and oilfield services for the upstream sector of the oil and gas industry. UMW-OG is the first Malaysian owner and operator of jack-up drilling rigs in Malaysia.
e) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama
f) Bank Penasihat :
- CIMB Investment Bank Berhad
- Maybank Invesment Bank Berhad
g) Tarikh Tutup Pendaftaran Minat Untuk Melanggan : 16 Julai 2013 (Selasa) jam 12.00 tengahari.

IPO MITI SOLID AUTOMOTIVE BERHAD

a) Jumlah Saham Khas : 15,000,000 unit
b) Harga Par : RM 0.50 seunit
c) Harga Indikatif : Hubungi FY .
d) Aktiviti Utama  Syarikat :
Trading and distribution of automotive parts  and components as well as remanufacturing of automotive alternators and starters for the passenger and commercial vehicle.
e) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama
f) Bank Penasihat : - ALLIANCE INVESTMENT BANK BERHAD
g) Tarikh Tutup Pendaftaran Minat Untuk Melanggan :  19 Julai 2013 (Jumaat) jam 12.00 tengahari.

Sekiranya ada berminat untuk memohon saham-saham ini email FY di greng70@yahoo.com untuk mendapatkan cover letter serta borang permohonannnya.

Sekiranya anda belum mempunyai akaun CDS dengan FY, adalah dinasihatkan untuk membuka akaun tersebut untuk kemudahan di masa hadapan.

FY

Thursday, July 4, 2013

Seminar Saham Super Investor Penuh!

PENGUMUMAN ; SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR BERSAMA FY PADA HARI SABTU 6 JULAI 2013 DI BANGUNAN GETAH ASLI TELAHPUN PENUH DAN DITUTUP PENYERTAANNYA. HARAP MAKLUM DAN HARAP MAAF.

FY.