Monday, August 4, 2014

ASYIK UNTUNG DALAM PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Seperti yang FY janjikan malam ini FY berjengkang biji mata untuk menulis artikel ini buat tatapan anda semua. Adakah melabur saham boleh menguntungkan? Adakah pelabur menunjukkan keuntungan tetapi menyorokkan kerugian. Maka di sini FY ambil contoh salah satu portfolio saham yang FY pegang bagi menghuraikan persoalan ini.  

Carta berikut ini ialah kedudukan portfolio saham salah seorang pelanggan yang menggunakan khidmat FY sebagai Remisiernya.


Kalau anda lihat di sini kedudukan portfolio saham ini ialah pada RM44,950.00 setakat 4 Ogos 2014. Dan daripada portfolio ini anda dapat lihat yang ia mengalami kerugian dengan pembelian saham SCOMI dengan kerugian sebanyak RM150.00. Namun demikian kedudukan saham-saham yang lain menguntungkan dengan jumlah keuntungan sebanyak RM4200.00 setelah ditolak kerugian SCOMI tadi.

Dalam ertikata lain sekiranya pelabur ini menjual semua sahamnya dia masih mendapat keuntungan.

Pasti anda ingin bertanya kepada FY akan kedudukan saham-saham yang lain yang bertanda 0.00 itu bukan? Adakah dia untung atau adakah dia rugi membeli saham-saham tersebut? Saham seperti JCY, PESONA, LBALUM dan sebagainya. Oh ya! ASTRO tidak terkecuali.

Baiklah biar FY tunjukkan semua transaksi saham-saham tersebut.

SAHAM LBALUM - BELI RM0.605 JUAL RM0.72 - UNTUNG!
HARGA SEMASA 0.765
SAHAM IPO ASTRO - BELI RM3.00 JUAL RM3.02 - UNTUNG!
HARGA SEMASA RM3.31
SAHAM SCOMI BELI RM0.46 - BELUM JUAL
HARGA SEMASA RM0.445

SAHAM PESONA - BELI RM0.46 JUAL 0.485 - UNTUNG!
HARGA SEMASA RM0.62
SAHAM SKPRES - BELI RM0.34 JUAL 0.34 - PULANG MODAL
HARGA SEMASA 0.58
SAHAM KANGER BELI RM0.37 JUAL RM0.425 - UNTUNG !
HARGA SEMASA RM0.445
SAHAM JCY BELI RM0.60 JUAL RM0.745 - UNTUNG!
HARGA SEMASA RM0.72
SAHAM GOB BELI RM0.835 JUAL RM1.00 - UNTUNG
HARGA SEMASA RM1.10
IPO IHH BELI RM2.85 JUAL 3.18 - UNTUNG!
HARGA SEMASA RM4.74
Kesimpulannya daripada 15 pelaburan dalam portfolio saham ini hanya 1 yang saham yang jatuh tetapi belum lagi direalisasikan. Pun begitu kalaupun ia direalisaikan ia tetap akan membawa keuntungan secara keseluruhan. Apapun FY yakin yang saham SCOMI yang dibeli itu juga akan membawa keuntungan nanti. Saham tersebut akan dipgang sehingga ia menguntungkan nanti. Dalam hal ini FY cukup yakin yang semua pelaburan yang dijalankan dalam portfolio saham ini bakal membawa keuntungan kepada pelabur ini. 

Kalau anda lihat dalam portfolio ini saham Cap Ayam, saham yang digoreng tidak kelihatan, ini kerana FY hanya memilih saham-saham berjajaran kecil yang boleh dikatakan kukuh kedudukan kewangannya. Saham Blue Chips yang berjajaran tinggi juga tiada dalam portfolio ini memandangkan modal pelaburannya yang agak kecil. Lagipun saham berjajaran kecil sebegini memberikan laverage keuntungan yang jauh lebih tinggi.

Kemudian kalau anda lihat kebanyakan saham-saham yang FY pilih itu kalau disimpan akan membawa kepada keuntungan yang lebih banyak. Namun demikian dalam pelaburan saham kita tak akan dapat membeli saham pada harga yang terendah dan menjualnya pada harga yang tertinggi. Pada FY pemeliharaan modal dan seterusnya keuntungan kepada setiap pelaburan amat penting. 

Pada FY inilah strategi pelaburan saham yang terbaik. Membeli saham-saham bagus yang mana lambat laun harganya pasti akan naik dan ia bakal meningkatkan ekonomi pelaburnya. Keuntungan yang dijana di sini tidak termasuk saham keuntungan yang dijana dari Rights Issue mahupun Bonus Issue yang dilanggan ataupun dijual juga pendapatan dari dividen yang dibayar.

Kalau ada yang berkata ; Bila untung kita tunjuk, bila rugi kita simpan - Fikirlah kembali kata-kata itu. Ini kerana kalau betul cara, kalau cukup ilmu pelaburannya pasti keuntungan akan menjadi milik anda.

Persoalan adakah portfolio ini cut n paste? - Jemputlah datang ke pejabat FY dan FY akan buktikan kesahihannya.

Oleh itu carilah sifu, mentor, remisier, kursus saham, seminar saham yang terbaik yang mana akhirnya akan membawa keuntungan kepada pelaburan wang anda. Kalau anda masih rugi dalam pelaburan walaupun telah pergi seminar yang bernilai berpuluh ribu ringgit, walaupun diberi tip saham oleh para sifu saham namun masih merugikan anda. Fikir kembali.

FY bukan along... FY cuma nak tolong...

Dalam jangkamasa terdekat ini FY akan menjalankan ;

  • ·  Woksyop BTX Online Trader dengan harga promosi RM50.00 sahaja dalam seminggu dua ini di ThotBox, Damansara Intan.
  • ·  Seminar SuperTrader pada 23 Ogos 2014 di Grand Blue Wave Hotel Johor Bahru.
  • ·   Seminar Super Investor September nanti.


Disamping itu juga FY sedang menyiapkan buku-buku Ebook Pelaburan Saham untuk kemudahan anda semua tak berapa lama lagi. InsyaAllah.

Sekian dahulu buat kali ini.

Wasalam...

FY

012 654 0130
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


1 comment:

smartinvest101 said...

banyak maklumat yang saya dapat berkenaan dengan pelaburan saham, saham ipo dan lain-lain. Apapun, sama-sama kita buat duit dengan pasaran saham http://goo.gl/I2RYGj