Wednesday, August 19, 2015

17 TIP PELABURAN SAHAM YANG PERU ANDA TAHU

17 PESANAN FY DALAM PELABURAN SAHAM


1.   Carilah ilmu pelaburan saham yang betul sebelum terjun masuk ke dalam pasaran.
2.   Carilah mentor, carilah mentor, carilah mentor dan belajar darinya.
3.   Jangan jadikan Bursa Saham sebagai kasino untuk memperjudikan nasib dan menjalankan aktiviti spekulasi.
4.   Sebagai pelabur, buy on weakness atau buy on support, tak perlu kejar saham-saham yang telah berlari. Kelebihan pelaburan saham ialah harga boleh jatuh tidak seperti pelaburan hartanah. Kita hanya perlu bersabar.
5.   Gunakan akal dalam pelaburan dan jangan gunakan emosi.
6.   Carilah saham permata yang berpotensi yang boleh naik nilainya berlipat kali ganda kalau disimpan. Saham-saham inilah yang bakal membawa kekayaan kepada anda.
7.   Saham tidak naik dalam garisan lurus. Jual bila ia naik secara mendadak dan beli kembali bila harga kembali turun.
8.   Elakkan membeli saham-saham yang syarikatnya mengalami kerugian. Saham cap ayam begini akan akan hanya merugikan anda.
9.   Jangan letak semua telur dalam satu bakul.
10.                Jangan kedekut ilmu, kalau anda pelajari sesuatu dalam pasaran saham ini ajarkanlah kepada mereka yang tak tahu. Nanti kita akan jadi lebih tahu.
11.                Selepas setiap penurunan pasti ada kenaikan. Apa yang naik akan turun, apa yang turun akan naik, pasaran ibarat putaran roda yang tak pernah berhenti berputar.
12.                Ingatlah TA adalah weakest form dalam menganalisa pelaburan saham.
13.                Analogi pelaburan saham ialah untuk membeli kereta Mercedes pada harga kereta Kancil dan bukannya membeli kereta Kancil pada harga kereta Mercedes.
14.                Kalau kita melabur hartanah, amanah saham dan sebagainya kita sanggup menunggu selama setahun atau lebih untuk mendapatkan keuntungan tetapi kenapa tidak bila melabur saham?
15.                Pelaburan jangkamasa panjang akan dapat mengelakkan risiko turun naik harga saham di pasaran.
16.                Pengetahuan mengenai sentimen terkini dalam pasaran pasti akan membantu. Setiap sentimen boleh memberi impak positif atau sebaliknya terhadap portfolio saham yang kita pegang.
17.                Pelaburan dalam pasaran Primary Market - IPO sebenarnya boleh menjana keuntungan yang sangat baik. Pelaburan dalam pasaran tersedia (Secondary  Market) pula perlukan analisa yang teliti dan mendalam.


Kepada pelabur baru dan lama yang ingin belajar dengan FY tentang kaedah melabur saham yang betul jemput datang ke seminar saham Super Investor yang akan FY jalankan pada hari Sabtu 12 September di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur. Hubungi Puan Azila Ismail di talian 016 664 1755 untuk tujuan pendaftaran. Cepat, kerana tempat duduk adalah terhad!   

Sekian dulu.

Faizal Yusup aka FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

016 6667430

No comments: