ADAKAH BURSA MALAYSIA AKAN JATUH SEPERTIMANA TAHUN 1998 DAHULU? PART 2
Baiklah kalau tadi FY menjelaskan perihal kejatuhan pasaran saham dari sudut yang makro, kali ini dalam sudut yang mikro pula.
Sebenarnya Bursa Malaysia pada tahun 1998 umpama seorang remaja berumur 18 tahun yang masih belum matang dan banyak melakukan kesilapan namun demikian sekarang pada tahun 2015 umurnya telah meningkat ke 35 tahun. Menjadi seorang jauh lebih dewasa. Persoalan FY di sini adakah seorang yang dewasa melakukan kesilapan yang serupa dengan semasa dia berumur 18 tahun? Pastinya tidak.
Dahulu pada tahun 1998 pasaran BSKL menggunakan sistem SCORE yang mana sistem ini tak punya control measures yang utuh. Ini kerana leverage pada ketika itu sangat tinggi. Maknanya kalau kita letak RM10,000.00 kita boleh membeli sehingga RM100,000.00 sepuluh kali ganda dari modal yang kita letakkan malah lebih dari itu. Dewasa ini dengan sistem BFE paling kuatpun hanya 3 kali ganda. Leverage yang tinggi itu membawa kepada bubble dalam pasaran lantas menyebabkan kejatuhan yang teruk bila ia bubblu ini meletup. Inilah yang terjadi di Singapura tahun lepas kepada beberapa saham penny stock yang naik mendadak kemudian merudum dengan secara mendadak juga. Ini kerana para remisiernya diberikan leverage sehingga antara 30 ke 50 kali ganda dari modal yang mereka ada. Perkara yang sama terjadi kepada Bursa-Bursa di China pada ketika ini.
Leverage sebegini jugalah yang menjadi penyebab kejatuhan ekonomi USA pada tahun 207 dahulu disebabkan oleh krisis Sub Prime. Memberikan pinjaman berpuluh kali ganda dari modal yang ada. Namun ini tidak berlaku di negara ini. Akaun margin financing mana-mana bank sekalipun tidak berani untuk memberikan gandaan 3 kali sekalipun. Jadi bagi kebanyakan pelabur yang memasuki pasaran hakikatnya mereka punya duit untuk membeli dan menyimpan saham-saham yang dipegang itu. Kalaupun rugi mereka mampu membayarnya. Ini jelas menunjukkan yang pasaran saham Bursa Malaysia adalah lebih matang, lebih kuat ketahanannya ketika ini.
Dalam pembankan juga serupa CTOS dan CCRIS menyebabkan Personal Non Performing Loan menjadi kecil dan menunjukkan peratusan yang jauh lebih rendah kalau dibandingkan dahulu. Dalam ertikata mereka yang meminjam berkemungkinan besar akan membayar hutang-piutang mereka itu baik individu mahupun syarikat.
Selain itu Bursa Malaysia juga telah meletakkan pelbagai control measures dengan sistem yang lebih baik, tindakan UMA bagi saham yang naik atau turun secara mendadak, pendidikan pelaburan dengan adanya Bursa Market Place, Kursus dan Seminar bagi mematangkan pelabur, short circuit andai pasaran jatuh mendadak, rules dan regulation yang lebih mantap dan pelbagai lagi. Short Sell yang dibenarkan bagi saham-saham terpilih pada tahun 90an dahulu juga sudah tidak lagi dibenarkan. Semua ini bagi memelihara integrity Bursa Malaysia dan bertindak menjaga kepentingan pesertanya baik Institusi, pelabur runcit dan sebagainya.
Kalau dahulu pelabur menggunakan skrip saham yang mudah dimanipulasikan namun sekarang ia scriptless dalam CDS dan ini menghilangkan faktor kebocoran. Kalau dahulu settlement period begitu lama sehingga 7 hari sekarang ia menjadi hanya 3 hari. Ini mengurangkan pemain kontra secara mendadak kerana tempohmasa yang pendek menyukarkan mereka untuk menjana keuntungan dalam Bursa.
Kalau dahulu di tahun 1998 cuma terdapat lebih kurang 600 kaunter namun sekarang ia telah 3 kali ganda banyaknya dengan produk-produk baru seperti ETF, SPAC, RIETS, Call Warrants dan banyak lagi yang diperkenalkan. Ini jelas menunjukkan kematangan Bursa Malaysia.
Dahulu Fund Managers institusi tempatan juga tidak secanggih sekarang. Dahulu apabila pelabur saing menjual, mereka juga akan turut menjual, namun sekarang ia sebaliknya, bila pelabur asing menjual mereka pula akan membelinya. Ini boleh dilihat pada statistik di Bursa Malaysia dewasa ini. Kelihatan nett seller institusi asing tetapi nett buyer bagi pelabur institusi tempatan. Penjualan yang dijalankan oleh Institusi asing dapat diserap oleh Institusi tempatan tanpa masalah.
Statistik ini juga menunjukkan penyertaan pelabur asing adalah sekitar 30%, pelabur runcit 20% dan selebihnya ialah penyertaan pelabur Institusi tempatan melebihi 50% setiap hari. Oleh yang demikian, ia menunjukkan yang ia cukup kukuh dan kemungkinan untuk ia jatuh sehingga 200 mata amatlah tipis. EPF contohnya dengan regulation yang ketat menyukarkan untuk ia melabur dananya ke luar negara jadi duit simpanan pekerja yang beratus billion itu tidak ke tempat lain melainkan kebanyakannya dilaburkan di Bursa Malaysia. Begitu juga dengan LTAT, PNB, Khazanah, Agensi Unit Amanah juga Insuran akan melaburkan dana pelabur dalam Bursa Malaysia juga. Atas sebab itulah sekali lagi FY tegaskan kemungkinan pasaran saham jatuh sepertimana 1998 dahulu amatlah tipis.
Seterusnya kalau dibandingkan dengan Bursa serantau, Bursa Malaysia merupakan Bursa yang Defensif kerana negara ini dirahmati dengan sumber bahan mentah yang banyak tidak seperti Hong Kong, Taiwan dan Singapura. Negara ini juga punya sistem Pembankan dan pasaran modal yang baik. Negara ini juga punya sistem politik yang agak stabil dan tidak huru hara dengan demonstrasi jalanan yang boleh menggulingkan kerajaan sepertimana Thailand, Filipina dan Indonesia. Negara ini juga boleh dikatakan bebas dari bencana alam kerana ia tidak terletak di atas di atas landasan Tectonic Plate yang punya gunung berapi dan kemungkinan gempa bumi. Negara ini juga bebas dari tsunami kerana kedudukannya yang strategik di muka bumi. Kedudukan ini juga membolehkan Kuala Lumpur menjadi hub ekonomi serantau juga hub ekonomi Islamik dengan produk-produk syariah yang bersifat universal dan diakui dunia.
Bursa Malaysia ini defensif kerana banyak syarikat di negara ini yang menjalankan perniagaan memberikan dividen yang stabil dan tinggi dan ini amat baik kepada pelabur kalau dibandingkan dengan Bursa-bursa lain di dunia. Kita boleh mendapatkan dividen yang lebih tinggi dari simpanan fixed deposit di Bank bagi sesetengah kaunter di Bursa Malaysia dan ini pastinya menguntungkan pelabur dalam jangkamasa panjang.
Tahukah anda, anda tidak akan mendapat sebarang pulangan sekiranya anda menyimpan duit dalam bank di Jepun?
Semua faktor dan fakta yang FY nyatakan ini kuat mengatakan yang Bursa Malaysia cukup utuh. Jadi janganlah risau, kejatuhan ini memberi peluang untuk kita membeli saham-saham kukuh secara selektif dan dalam jangkamasa panjang akan menguntungkan anda. FY percaya reversal kepada Ringgit Malaysia dan harga komoditi, selesainya isu politik dan beberapa faktor lain akan mengembalikan keceriaan kepada para pelabur di Bursa Malaysia.
Lagipun tak ada apa yang perlu dirisaukan kerana secara faktanya Bear Market mengambil masa antara 6 bulan hingga 2 tahun setengah dan secara puratanya selama 9.3 bulan. Tungguuuu...
Lagipun tak ada apa yang perlu dirisaukan kerana secara faktanya Bear Market mengambil masa antara 6 bulan hingga 2 tahun setengah dan secara puratanya selama 9.3 bulan. Tungguuuu...
Itu sahaja buat kali ini. Selepas ini InsyaAllah FY akan menulis mengenai pintu masuk pelabur runcit ke dalam Bursa Malaysia dan bagaimana kesilapan memilih pintu masuk ini bakal mengundang kerugian.
Kepada pelabur baru dan lama yang ingin belajar dengan FY tentang kaedah melabur saham yang betul jemput datang ke seminar saham Super Investor yangkan FY jalankan pada hari Sabtu 12 September di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur. Hubungi Puan Azila Ismail di talian 016 664 1755 untuk tujuan pendaftaran. Cepat, kerana tempat duduk adalah terhad!
Sekian dulu.
Faizal Yusup aka FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
016 6667430
No comments:
Post a Comment