Thursday, August 13, 2015

RAHSIA MELABUR SAHAM TERBITAN AWAM IPO


KEUNTUNGAN DARI MELABUR IPO

Kalau dilihat dari penyenaraian IPO untuk tahun 2015 ini, kita akan dapati yang setiap penyenaraian akan menguntungkan para pelaburnya serta fakta-fakta berikut;

Bioalpha Holdings Berhad
Harga Tawaran RM0.20
Harga tertinggi hari pertama RM0.33 - Untung 65%
Harga tertinggi pernah dicapai RM0.48 – Untung 140%
Harga semasa artikel ini ditulis RM0.265 – Untung 32.5%

Malakoff Corporation Berhad
Harga Tawaran RM1.80
Harga tertinggi hari pertama RM1.84 – Untung 2.22%
Harga tertinggi pernah dicapai RM1.91 – Untung 6.11%
Harga semasa artikel ini ditulis RM1.56 - Rugi 13.33%

Dolphin International Berhad
Harga Tawaran RM0.68
Harga tertinggi hari pertama RM0.79 – Untung 16.17%
Harga tertinggi pernah dicapai RM0.92 – Untung 35.29%
Harga semasa artikel ini ditulis RM0.74 – Untung 8.82%

Xin Hwa Holdings Berhad
Harga Tawaran RM0.78
Harga tertinggi hari pertama RM0.90 – Untung 15.38%
Harga tertinggi pernah dicapai RM1.46 – Untung 87.17%
Harga semasa artikel ini ditulis RM1.11 – Untung 42.30%

Sedania Innovators Berhad
Harga Tawaran RM0.38
Harga tertinggi hari pertama RM0.495 – Untung 30.26%
Harga tertinggi pernah dicapai RM0.66 – Untung 73.68%
Harga semasa artikel ini ditulis RM0.545 – Untung 43.42%

Sunway Construction Berhad
Harga Tawaran RM1.20
Harga tertinggi hari pertama RM1.32 - Untung 10%
Harga tertinggi pernah dicapai RM1.32 - Untung 10%
Harga semasa artikel ini ditulis RM1.16 – Rugi 3.33%

Ikhmas Jaya Group Berhad
Harga Tawaran RM0.57
Harga tertinggi hari pertama RM0.82 – Untung 43.85%
Harga tertinggi pernah dicapai RM0.835 – Untung 46.49%
Harga semasa artikel ini ditulis RM0.625 – Untung 9.64%

Kesimpulannya dalam kajian ini seadainya anda berjaya menjual pada harga tertinggi pada hari pertama penyenaraiannya maka kita boleh mendapat keuntungan maksima sebanyak 182.88% dengan 7 penyenaraian ini. Mungkin ini terlalu optimistik memandangkan tidak mungkin kita mendapat harga yang tertinggi mahupun mungkin kita tidak berjaya mendapatkannya. Katalah keuntungan separuh dari itupun maka ia akan menjadi 91.44% yang mana merupakan pulangan yang amat tinggi kalau dibandingkan dengan lain-lain instrumen kewangan dan pulangan ini hanya mengambil masa selama 7 bulan tanpa perlu menanti sehingga genap setahun.

Sekiranya kita dapat menjual saham-saham ini pada paras yang tertinggi pula maka kita boleh menjana keuntungan maksima sebanyak 398.74%!!!

Masalahnya ada pelabur yang mendapat saham, Malakoff dan Suncon tetapi tidak menjualnya hingga kini maka kerugianlah yang bakal mereka dapati disamping itu juga kita akan terlepas peluang untuk memohon dan membeli saham-saham IPO lain yang mendatang.

Seperti yang telah FY tulis dalam artikel Poket Pelabur Bumiputera Tidak Cukup Dalam maka pastinya kita takkan dapat memohon kesemua saham-saham yang bakal disenaraikan ini kelak.

Sekali lagi FY sarankan khususnya kepada pelabur IPO yang bermodal kecil, juallah hari pertama penyenaraian kerana dengan itu anda akan punya kecairan untuk mendapatkan saham-saham IPO yang mendatang. Percayalah dalam jangkamasa panjang keuntungan anda akan berlipat kali ganda.

Datanglah ke Seminar Super Investor yang FY anjurkan untuk belajar rahsia melabur dalam saham-saham IPO ini baik melalui IPO Awam, IPO di MITI ataupun dengan kaedah Private Placement atau belilah buku Rahsia menjana keuntungan melalui pelaburan saham IPO MITI yang telah FY terbitkan atau Ebook Rahsia menjana keuntungan melalui IPO Awam yang bakal FY terbitkan nanti.

Kepada yang berminat untuk sesi Personal Coaching Saham bersama FY bolehlah menghubungi En Ramzi di talian 017 373 0513 untuk menempah slot anda. Masih ada kekosongan untuk jadual minggu hadapan.

Download ebook saham bernilai RM100.00 karya FY secara PERCUMA di http://faizalyusup.my untuk memulakan langkah pertama belajar melabur saham di Bursa Malaysia.



Sekian dulu buat kali ini

FY
016 6667430

No comments: