Sunday, August 23, 2015

HARGA SAHAM JATUH, APA YANG BOLEH SAYA BUAT?

APA YANG PATUT DILAKUKAN SEKIRANYA SAYA MEMEGANG SAHAM FGV, UMWOG, MALAKOFF, ICON DLL PADA MASA INI?

Assalamualaikum...

Pasaran saham Bursa Malaysia menyambung kejatuhannya serendah 1541 mata pagi ini sejajar dengan kejatuhan nilai RM ke paras RM4.25 bagi setiap USD1.00 ditambah pula dengan kejatuhan Dow Jones dengan berita kejatuhan ekonomi China akan menarik jatuh ekonomi seluruh dunia. 

Dalam hal ini apakah yang perlu pelabur lakukan sekiranya mereka memegang saham itu dan ini dan pada masa sekarang ia telah jatuh dan paper lossnya berjumlah beribu ringgit.

Dalam hal ini antara perkara yang perlu kita ketahui ialah ;

Bagaimanakah Kedudukan Kewangan Syarikat Yang Kita Laburkan Itu.

Cuba selidik kedudukan kewangan syarikat. Sekiranya syarikat tersebut masih lagi menjana keuntungan yang stabil maka tak ada apa yang perlu dirisaukan kerana FY percaya kejatuhan harga saham syarikat tersebut bersifat sementara dan lambat laun ia akan kembali naik sejajar dengan pemulihan pasaran saham secara keseluruhannya.

Sekiranya syarikat itu menunjukkan kerugian demi kerugian maka sesuatu harus dilakukan. Saranan FY jual dan gantikannya dengan saham-saham yang baik. Ia umpama menggantikan kuda tua yang tak bermaya dengan kuda muda yang lebih cergas dan gagah.

*Semasa memilih untuk membeli satu-satu saham seharusnya kita tidak membeli saham-saham yang mengalami kerugian. Membeli saham-saham rugi begini pasti akan membawa kepada penurunan harga sahamnya kelak. Pemilihan saham-saham baik ini FY kongsikan dalam Sesi Personal Coaching yang FY jalankan hampir setiap hari di pejabat. Hubungi Ramzi 0173730513 untuk menempah slot sesi personal coaching anda.

Adakah Ia Jatuh Kerana Tema Pasaran Semasa?

Maksudnya di sini, kejatuhan nilai RM, kejatuhan harga komoditi kelapa sawit, minyak mentah dan sebagainya menyebabkan perolehan syarikat-syarikat ini terjejas dan secara langsung menyebabkan harga-harga sahamnya terjejas.

Apa yang pasti secara keseluruhannya pada tahun 2012 bila mulanya kejatuhan harga komoditi kelapa sawit maka semua saham-saham perladangan kelapa sawit ini turut terjejas. Ia jatuh dan terus jatuh dan ini termasuklah saham Felda Global Ventures (FGV).


Namun demikian tak perlu risau kerana ia satu putaran dan FY percaya andai diberi masa maka saham-saham ini akan naik kembali dengan kenaikan harga-harga komoditi yang berkaitan. Perkara yang sama FY jangkakan buat saham-saham berkaitan minyak mentah juga. Syarikat yang kuat seperti Petronas, Sapura Kencana, Dayang, UMWOG dan sebagainya semuanya merasakan tekanannya. Untuk pengetahuan anda boleh dikatakan semua segmen dalam proses pengeluaran minyak mentah sekarang mengalami masalah dengan penurunan harga minyak mentah dunia. Breakeven pengeluaran di Malaysia ialah lebih kurang USD60. Jadi pada harga sekarang ia merugikan mereka. Inilah antara sebab kenapa Petronas menutup dan memberhentikan operasi sebahagian dari rig pengeluaran minyak mereka. FY yakin pada ketika ini pemilik-pemilik syarikat ini sedang berusaha berhempas pulas untuk memastikan syarikat terus-terusan maju dan membawa keuntungan.


Adakah Saham Tersebut Memberikan Pulangan Dalam Bentuk Dividen?

Andainya saham-saham yang anda pegang itu masih memberikan pulangan dividen, itu petanda yang baik untuk anda terus menyimpan saham-saham tersebut. Ini kerana strategi pelaburan saham pendapatan begini akan lemabat laun membawa pulangan modal kepada anda. Saham FGV, Gas Malaysia, Malakoff ada memberikan dividen setiap tahun, jadi menyimpan saham-saham begini taklah menjadi masalah kerana lama kelamaan ia akan menguntungkan anda.

Masalah yang FY nampak yang sering dilakukan pelabur ialah dalam kemahiran MEMILIH saham-saham yang seharusnya dipegang dan disimpan. Hanya menggunakan analisa teknikal dalam menjalankan urusan penjualan dan pembelian saham tanpa melihat dan menyelidik kedudukan kewangan syarikat bukanlah satu kaedah yang betul dalam pelaburan begitu juga membeli saham-saham cap ayam iaitu saham-saham yang mana syarikatnya rugi pastinya lambat laun akan merugikan kita.

Sebenarnya banyak lagi faktor yang perlu kita ambil kira dalam rangka kerja pemilihan saham sebelum pembelian sesuatu saham itu dibuat. Ia terlalu panjang untuk FY kongsikan dalam tulisan-tulisan bisu ini. Valuation, Tema Pasaran Semasa, Perbandingan antara Industri, Perbandingan dalam sektor, Kedudukan Kewangan, Kategori Instrumen, Kategori participants, Supply and Demand, Market Player, Asset Allocation, Risk Reward Ratio dan banyak lagi. Jadi cara yang terbaik untuk anda pelajarinya ialah dengan menghadiri sesi personal coaching yang FY adakan di pejabat FY di Petaling Jaya. Dalam sesi sehari itu teknik pemilihan saham yang betul dan menguntungkan akan FY utarakan.

Kepada pelabur baru dan lama yang ingin belajar dengan FY tentang kaedah melabur saham yang betul jemput datang ke seminar saham Super Investor yang akan FY jalankan pada hari Sabtu 12 September di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur. Hubungi Puan Azila Ismail di talian 016 664 1755 untuk tujuan pendaftaran. Cepat, kerana tempat duduk adalah terhad!   

Sekian dulu.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
016 6667430

Download Ebook Investlah karya FY setebal 134 mukasurat dari bagi mendapatkan ilmu permulaan pelaburan saham anda secara percuma dengan melayari ;


Sesi Personal Coaching Train The SuperTrader bersama FY diadakan pada ;

SETIAP HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang
Bertempat di Kenanga Investment Bank Berhad 
Petaling Jaya Branch 
Tingkat 1 
Bangunan Quattro West
Lorong Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Bersebelahan PJ Hilton

Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang lama...

Lunch disediakan.

Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.

Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelabur yang bijak dan berhemah.

HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham 
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham 
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader

No comments: