Thursday, August 20, 2015

KENAPA BURSA MALAYSIA JATUH?

KONSPIRASI YANG MENJATUHKAN PASARAN SAHAM
SALAH SIAPA PASARAN SAHAM JATUH?

1998 – Bermula dengan serangan penyangak matawang menjatuhkan nilai RM hingga paras RM4.88 bagi setiap USD1 secara langsung menyebabkan kejatuhan pasaran saham melebihi 95% dari paras tertingginya dengan alasan risiko ekonomi dan risiko politik membawa keuntungan yang berlipat kali ganda kepada mereka. Adakah sejarah ini akan berulang lagi?

Pada FY semua ini adalah Konspirasi Barat dengan niat jahat dengan satu tujuan – untuk mendapat keuntungan kewangan yang besar. Sifat tamak haloba mereka menguasai hingga tidak mempedulikan nilai-nilai kemanusiaan.

Mereka mengspekulasi matawang dan menurunkannya, penurunan yang tidak wajar kalau dibandingkan dengan asas kekuatan ekonomi sebenar sesebuah negara, dalam hal ini mereka memiskinkan kita dari luar. Mereka tak peduli, pada mereka, mereka akan lakukan apa sahaja asal ia membawa keuntungan kepada mereka. Russia yang boleh mencabar mereka juga terkena tempiasnya dengan spekulasi matawang hingga ia jatuh menjunam dengan begitu teruk sekali.

Kalau difikirkan mereka mencetak duit dengan banyaknya untuk tujuan stimulus, lambakan duit tersebut membolehkan mereka punya kekuatan untuk membeli itu  ini di dunia. Malaysia pula tidak berbuat demikian. Secara logiknya lambakan duit USD tersebut sepatutnya menjadikan duit mereka duit pokok pisang yang tak berharga tapi sebaliknya penyangak matawang boleh mempermain, menjatuhkan nilai matawang lain dan secara tak langsung memperkukuhkan matawang USD. Malaysia yang tidak mencetak duit secara besar-besaran dengan jumlah duit yang terhad pula yang semakin lama semakin kurang nilainya. Bukankah ini sesuatu yang pelik?

Mereka tahu bahawa harga minyak mentah yang tinggi akan membawa keuntungan dan kekayaan kepada negara-negara yang punya bahan mentah ini terutamanya negara-negara Islam jadi menjatuhkan harga minyak mentah ini pasti akan menyusahkan. Secara kasarnya harga breakeven pengeluaran minyak mentah di negara ini adalah sekitar USD60. Pada harga bawah USD50 ini semua segmen dan dalam industri minyak mentah ini terjejas hingga Petronas pun terpaksa menutup beberapa rig pengeluaran minyak mentahnya. Saham-saham bersasaskan minyak menjunam. Sehingga kini mana-mana portfolio saham yang memegang saham-saham berkaitan minyak pasti akan merugikan dan boleh dikatakan semua portfolio saham ada menyimpan saham-saham minyak ini. Selagi harga minyak mentah tidak melepasi USD60 maka ia akan menjadi sukar buat industri ini.

Mereka menjatuhkan harga komoditi Kelapa Sawit kerana kenaikannya akan hanya membawa kekayaan kepada rantau ini, rantau yang merupakan lubuk penanaman kelapa sawit. Keadaan ini menyebabkan harga saham-saham perladangan kelapa sawit merudum. Semasa ia naik dahulu boleh dikatakan semua orang mahu membeli tanah-tanah perladangan untuk mengusahakan penanaman kelapa sawit, kisah penciptaan Bio Diesel dari kelapa sawit sibuk diperkatakan. Namun sekarang dengan keadaan harga komoditi kelapa sawit sekarang ianya ternyata sukar bagi peladang-peladang kelapa sawit ini. Saham-saham kelapa sawit juga ke laut harganya. Pemegang saham FGV contohnya hanya mengeleng kepala.

Komoditi yang lain juga mengalami nasib yang sama. Mana logiknya pada masa populasi dunia bertambah setiap hari, harga barang semakin naik kerana permintaan yang bertambah serta penawaran yang semakin berkurang, harga komoditi boleh turun? Lebih-lebih lagi komoditi minyak mentah yang bersifat terhad dan no renewable. Mana logiknya?

Pasaran saham yang jatuh bersifat makro dan di luar kawalan kita. Mereka menjatuhkan nilai matawang dengan memberikan pelbagai pandangan negatif tentang keadaan ekonomi dan politik negara bagi menyokong tindakan mereka itu. Keadaan ini secara selarinya menyebabkan kejatuhan pasaran saham secara keseluruhannya. Kalau boleh mereka mahu pasaran saham jatuh sehingga di bawah 300 mata sepertimana yang berlaku di tahun 1998 dahulu kerana dengan itu mereka boleh membeli dan menjana keuntungan yang banyak. Mereka mahu nilai matawang jatuh dengan teruk supaya bila mereka cover short position mereka, mereka akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda.

FY harap para pelabur Institusi tempatan tidak panik dan menjual pegangan mereka dalam pasaran yang boleh menyebabkan harga saham merudum dengan teruknya. Siapakah yang akan menjaga kedaulatan negara ini kalau kita mengalah dan menyerah kepada mereka?

Agreement TPPA juga memihak kepada mereka, mereka ingin menguasai dunia dari segi ekonomi dengan perjanjian-perjanian yang berat sebelah ini. IMF, PBB malah NATO dan semua badan-badan induk ini boleh dikatakan dibawah telunjuk mereka yang boleh digunakan untuk kepentingan mereka.

Andai diberi kekuasaan itu di tangan FY pastinya FY akan mengawal semua ini upaya semua orang mendapat manfaat. Pasti FY mahu pasaran saham yang baik, berintegriti, dinamik dan menguntungkan semua pelabur. Tapi inilah dunia dimana ketamakan, gila kuasa, harta, pangkat, nama dan sebagainya menguasai. Semua ini di luar kawalan kita kerana kita terlalu kerdil. Apa yang kita ada hanya doa, doa semoga Allah Taala memelihara kita dari segala malapetaka.


Kepada pelabur baru dan lama yang ingin belajar dengan FY tentang kaedah melabur saham yang betul jemput datang ke seminar saham Super Investor yang akan FY jalankan pada hari Sabtu 12 September di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur. Hubungi Puan Azila Ismail di talian 016 664 1755 untuk tujuan pendaftaran. Cepat, kerana tempat duduk adalah terhad!   


Sekian dulu.

Faizal Yusup aka FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

016 6667430

No comments: