Tuesday, August 18, 2015

PINTU MASUK MELABUR SAHAM

PINTU MASUK PELABUR DAN PEDAGANG
INVESTORS AND TRADERS ENTRY POINT

Assalamualaikum...

Pasaran saham Bursa Malaysia nampaknya bertahan dua tiga hari ini selepas margin call tempohari. Support 1500 mata nampaknya masih utuh dan belum diuji. Apapun pada FY ia akan bergantung kepada kedudukan RM. Andai ia terus menurun maka Bursa akan ikut turun.

Apapun dalam tahun-tahun kebelakangan ini dengan ekonomi yang menekan, ramai yang keluar dari kebiasaan untuk cuba mencari pendapatan sampingan dan ini termasuklah memasuki pasaran saham Bursa Malaysia. Dewasa ini nampaknya tedapat peningkatan yang ketara dalam penyertaan pelabur runcit lebih-lebih lagi melalui online.

Dari mana mereka belajar, bagaimana mereka belajar, berapakah jumlah modal, adakah mereka trader jangkamasa pendek atau adakah mereka pelabur jangkamasa panjang, apakah strategi pelaburan mereka dan pelbagai persoalan lagi bermain di minda dan yang paling penting adakah mereka untung dan berjaya menjana keuntungan?


Melihatkan kepada carta harian KLCI ini secara kasarnya FY pasti dalam jangkamasa 3 bulan ini amatlah sukar untuk menjana keuntungan dari Bursa Malaysia kerana trend pasaran yang menurun. Dalam Bursa Malaysia keuntungan hanya boleh dijana bilamana KLCI berada dalam trend yang menaik. Oleh itu pastinya sukar untuk intraday trader, scalpers, contra players, position traders yang dagangannya hanya untuk jangkamasa pendek menjana keuntungan dalam pasaran saham yang merudum ini.

Lain ceritanya pula bagi pelabur jangka masa panjang yang memegang saham sejak tahun 2009 hingg ke 2011. Pada masa ini pada kedudukan KLCI 1570 mata FY pasti mereka masih lagi untung.

Siapakah yang untung dan siapakah yang rugi dalam pasaran saham ini? Siapakah mereka dan bagaimana mereka memasuki pasaran dan apakah pula strategi pelaburan mereka?

Sebenarnya terdapat banyak pintu masuk dalam Bursa Malaysia ini antaranya;

·         Ada yang masuk terus tanpa ilmu dengan membuka akaun saham dan terus sahaja membeli saham. Kita bole belajar as we go katanya.
·         Ada yang mengikut kawan, pergi seminar, baca blog dan terus membuka akaun saham dan terus membeli saham.
·         Ada yang bermula kerana mendapat Pink Form kerana syarikat tempat kerja mereka bakal disenaraikan mahupun dengan ESOS yang ditawarkan pihak syarikat kepada mereka.
·         Ada yang mula dengan berjinak-jinak dengan pembelian IPO dan IPO di MITI kerana membaca blog dan ebook FY pada awalnya.
·         Ada juga yang lebih advance yang terus sahaja belajar Analisa Teknikal menganalisa carta pergerakan harga dalam seminar-seminar lantas memulakan dagangan saham sebagai trader.
·         Ada juga yang lebih prudent yang menggunakan Analisa Fundamnetal dan Financial untuk membeli saham-saham di Bursa Malaysia.
·         Ada juga yang bermula dengan menggunakan Analisa Fundamental, Financial dan Technical dalam strategi pelaburan saham mereka dan
·         Ada juga yang masuk sebagai salah seorang business owner yang mana saham syarikat mereka disenaraikan di Bursa Malaysia.

Anda salah seorang dari kategori yang FY nyatakan itu? Persoalannya adakah anda mengalami kerugian atau menjana keuntungan dalam strategi yang digunapakai?

Dalam hal ini sekiranya anda masuk ke dalam pasaran Saham Bursa Malaysia tanpa ilmu maka sudah pasti kerugian yang bakal menanti anda. Jadi anda pasti perlukan ilmu, perlu didikan, perlu mentor untuk mengajar anda bagaimana untuk melabur dan menjana keuntungan darinya. Buka akaun CDS dan terus terjun ke dalam pasaran saham bukanlah satu langkah yang bijak.

Kalau anda masuk dengan belajar Analisa Teknikal menganalisa carta mahupun menggunakan software menjadi short term trader dengan tujuan untuk menjana keuntungan setiap hari, dalam keadaan pasaran begini FY yakin kebarangkalian untuk menjana keuntungan amatlah tipis. Menjadi trader memerlukan modal yang besar, memerlukan komitmen, anda perlu berada di depan skrin komputer setiap masa. Risiko kerugian amat tinggi bila trend pasaran tidak memihak kepada kita. Dalam pasaran yang sebegini apa jurus, apa software pun tak membantu untuk kita buat duit dalam pasaran. Kemasukan sebagai trader yang belajar menggunakan kaedah Analisa Teknikal ini dikira advance level, kerana terus memasuki pasaran terbuka, tidak memasuki pasaran IPO atau pasaran Primary terlebih dahulu. Namun ramai yang berbuat demikian kerana kebanyakan seminar yang ada mengajak mereka memasuki pasaran dengan cara yang demikian. Lagipun kebanyakan yang masuk dengan cara ini punya latar belakang pelaburan forex, komoditi dan derivatif yang lebih sophisticated. Untuk pengetahuan anda pelbuar forex, komoditi dan derivatif jauh lebih advance dari pasaran saham dan jauh lebih tinggi risikonya.

Ada juga yang berlatarkan Financial Background memasuki pasaran dengan cara yang lebih prudent. Mereka memasuki pasaran dengan membuat analisa asas dan analisa kewangan dengan teliti. Selalunya mereka ini merupakan pelabur yang berhati-hati dalam menjalankan urusniaga saham mereka. Mereka bukan pelabur high risk. Mereka akan memilih saham-saham yang berpotensi tinggi, punya kedudukan kewangan yang kukuh, memberi pulangan dividen dan yang peling penting undervalue. Terus terang dalam jangkamasa panjang pelabur sebegini akan meraih keuntungan dalam pasaran saham.

Kemudian ada yang memasuki pasaran dengan permohonan IPO, Pink Form atau ESOS. Bila ia berjaya menjana keuntungan barulah mereka berani untuk mengambil langkah yang kedua untuk membeli saham-saham dalam pasaran tersedia. 

Company owner adalah mereka yang memasuki pasaran terus dengan keuntungan. Mereka hanya membayar par value harga saham tetapi pelabur lain perlu membayar harga tawaran bagi mendapatkan saham-saham tersebut. Contohnya Owner saham Malakoff cuma membayar RM0.20 untuk unit saham pegangan mereka tetapi kita perlu membayar RM1.80 bagi setiap unit saham yang sama. Penyenaraian unlocks nilai saham tersebut berlipat kali ganda.

Sebenarnya setakat ini dari pengalaman FY dalam pasaran saham, hanya mereka yang melabur dalam pasaran IPO, pelabur jangkamasa panjang, pelabur fundamental, business owner, mereka yang terlibat dalam corporate money game sahaja yang FY nampak dapat menjana keuntungan yang besar dalam pasaran saham. Kepada yang ingin mendapatkan keuntungan yang cepat dengan modal yang kecil bakal menghadapi kesukaran disebabkan risiko pasaran yang bearish sebegini. Risiko pasaran bearish sebegini tidak melibatkan long term investor kerana pandangan mereka jauh dan tindakan jual beli mereka bergantung kepada kedudukan syarikat yang mereka pegang itu.

Atas sebab itulah saranan FY sebagai pelabur baru, janganlah tergesa-gesa untuk memasuki pasaran, belajar dahulu, ambil langkah-langkah ini.

Buka akaun CDS sebagai persediaan awal kerana kita takkan dapat membeli saham tanpanya. Hubungi En Yasin di talin 019 3346570 untk membuka akaun ini tak kira di mana anda berada. Kosnya cuma RM10.60.

Langkah seterusnya belajar melabur dengan cara yang betul secara keseluruhan, belajar pelaburan saham-saham IPO datanglah ke seminar saham Super Investors yang FY jalankan dari masa ke semasa dan yang terdekat pada 12 September ini. Hubungi Puan Azila Ismail di talian 016 6641755 untuk mendaftar. Untuk pengetahuan anda FY merupakan salah seorang speaker yang ditauliah pihak Suruhanjaya Sekuriti untuk tujuan ini.

Kemudian barulah belajar analisa teknikal bagi membantu mendapatkan signal jual beli melalui penganalisaan carta pergerakan harga. Pengetahuan Analisa Teknikal ini amat berharga untuk digunakan bila trend pasaran menaik nanti. Pihak kami juga ada mengadakan woksyop Analisa Teknikal ini dari masa ke semasa. Hubungi Zuhri Zain MSTA di talian 012 6290407 untuk mengetahui tarikh kursus yang terdekat.

Seterusnya belajarlah pemilihan saham yang betul dengan pelbagai kaedah dan analisa supaya anda melabur dalam saham yang kukuh dan berpotensi tinggi untuk naik harganya. Untuk ini datanglah belajar personal coaching saham yang FY jalankan di pejabat FY. Hubungi Ramzi di talian 017 3730513 untuk menempah slot anda.  

Di sini anda telah equipped dan bersedia untuk memasuki pasaran terbuka tanpa masalah. Terpulanglah samaada anda ingin menjadi trader, investor, IPO Investor atau sebagainya kerana di tahap ini anda akan punya pengetahuan khusus mengenai pasaran Bursa Malaysia.

Terus terang dari pemerhatian FY pelabur yang untung bukan hanya melabur dalam pasaran terbuka dalam jangkamasa panjang tetapi mereka juga melabur dalam pasaran IPO. Mereka mengambil setiap peluang pelaburan yang tersedia dalam Bursa Malaysia ini tetapi dengan cara yang berhemah dan penuh dengan kesabaran.

Sekiranya anda telah terlajak ke depan tetapi masih mengalami kerugian, apakata anda undur kembali dan mulakan kembali dengan langkah-langkah yang telah FY huraikan tadi. Mulakan langkah anda dengan menyertai Seminar Super Investors 12 September ini.

Sekian dulu.

Faizal Yusup aka FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

016 6667430

No comments: