Wednesday, August 12, 2015

PERATUAN REMISIER BUMIPUTERA DI SURUHANJAYA SEKURITI

Assalamualaikum...

Dalam artikel kali ini FY ingin menceritakan serba sedikit tentang tugas FY sebagai Naib Presiden dalam Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia.

Sebenarnya terdapat 3 persatuan Remisier di negara ini iaitu Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) iaitu persatuan remisier khusus untuk Bumiputera kemudian PERSAMA iaitu persatuan remisier yang boleh terbuka kepada semua remisier Bumiputera atau tidak dan PERIMSA iaitu persatuan Remisier yang ditubuhkan untuk remisier Sabah dan Sarawak.

Persatuan-persatuan ini ditubuhkan tak lain dan tak bukan ialah untuk menjaga kebajikan para remisier serta sebagai wadah perjuangan bagi memastikan kesinambungkan kerjaya remisier di alaf yang serba mencabar ini.

Pada 7 Ogos yang lalu kami telah dijemput pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam sesi dialog yang dinamakan Facilitating Growth, Maintaining Confidence. Dialog ini dijalankan setiap tahun dan merupakan perhubungan dua hala diantara Regulators dengan Industry participants dan dalam kes kami ini para Remisiers bersesuaian dengan Capital Market Masterplan 2 (CMP2). 

Gambar-gambar semasa FY dalam sesi dialog itu disertakan.







FY bersama Presiden PRIBUMI - En Md Hasrin Md Hassim

Sidang panel Suruhanjaya Sekuriti

Sesi-sesi dialog ini sebenarnya amat penting bagi tujuan penambahbaikkan industri pasaran modal secara keseluruhannya. Di sini luahan kami para remisier yang bukan hanya mewakili remisier tetapi juga para kepentingan para pelabur di Bursa Malaysia disampaikan. Penghujahan isu-isu berbangkit serta brainstorming isu-isu baru juga dibentangkan. Ada isu yang bersesuaian dan saling lengkap melengkapi namun demikian ada juga isu yang kami sebagai remisier terpaksa menerima undang-undang ketetapan pihak SC.

Apapun atas sebab confidentiality isu-isu itu tidak FY bangkitkan dalam blog ini.

Inilah antara tugas yang perlu FY laksanakan sebagai Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera. Untuk pengetahuan anda FY juga merupakan salah seorang speaker dari dua speaker Melayu untuk Roadshow InvestSmart yang dijalankan oleh phak SC bagi tujuan menarik pelabur runcit ke dalam pasaran saham Bursa Malaysia. Seorang lagi ialah Sifu saham Nazarry Rosli yang sering keluar RTM dan Astro Awani. 

InsyaAllah satu hari nanti sesi Roadshow ini akan sampai ke tempat anda.

Bersambung...

Faizal Yusup
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
0166667430



No comments: