KENAPA SIFU SAHAM SENYAP BILA
PASARAN SAHAM JATUH?
Assalamualaikum...
Inilah soalan cepumas yang
sering ditanya pelabur bilamana pasaran merudum.
Jawapannya mudah.
Oleh sebab keuntungan dalam
pasaran saham hanya boleh dilakukan sehala dengan membeli pada harga murah dan
menjualnya pada harga tinggi jadi kepakaran para sifu saham ialah untuk
memberikan garis panduan bilamana market bullish atau trending up iaitu bila
pasaran ada momentum dan menuju ke atas. Dalam pasaran saham kita tak boleh short
the market yang membawa maksud kita tak boleh jual pada harga yang tinggi dan
menjualnya pada harga yang rendah. Hanya dalam pasaran Forex, Futures dan Derivative
kita boleh berbuat demikian tetapi timbul pula persoalan status syariah dalam
hal ini. Mana ada perniagaan yang kita boleh jual dahulu dan beli kemudian.
Kita menjual barang yang kita tak ada yang mana ia salah di sisi ugama Islam.
Kalaupun para sifu saham ingin
menyarankan pembelian instrumen Put seperti yang kita nampak dalam Bursa
Malaysia yang bermula dengan FBMKLCI itu. Maka disini perkara yang sama menjadi
persoalan. Tiada instrumen Put dalam Bursa Malaysia yang berstatus Syariah.
Pasaran pula bila dia menurun,
dia menurun boleh dikatakan secara keseluruhan, jadi tidak banyak yang boleh
dikatakan mahupun disarankan dalam hal ini. Sifu TA pastinya mengajar untuk cut
loss tapi kalau pasaran terus-terusan merudum berapa kali yang kita boleh cut
loss. Eventually, modal yang ada juga akan habis.
Sifu FA pula akan menyarankan
kita buat averaging down, sekali lagi kalau pasaran terus-terusan merudum FY pasati
modal kita sebagai pelabur runcit lambat laun ini akan kehausan juga.
Jadi apa yang boleh Sifu saham
buat pada masa ini? Diam sahajalah, menanti pasaran kembali pulih sebelum
memberikan saranan saham-saham secara selektif yang baik bila pasaran mula
bergerak naik.
FY pula dalam masa pasaran
beginilah FY punya banyak masa untuk menulis dan menerangkan itu ini mengenai
pasaran saham kepada anda semua. Ini kerana bilamana pasaran panas maka masa FY
juga menjadi terhad kerana terpaksa menumpu sepenuh perhatian kepada pasaran.
Harap artikel ini menjawab
soalan anda yang bertanya. Buat masa ini apa kata kita luangkan masa menimba
ilmu pelaburan untuk menjadikan kita pelabur yang lebih baik?
Kepada pelabur baru dan lama yang ingin belajar dengan FY
tentang kaedah melabur saham yang betul jemput datang ke seminar saham Super
Investor yang akan FY jalankan pada hari Sabtu 12 September di Bangunan Lembaga
Getah Asli Kuala Lumpur. Hubungi Puan Azila Ismail di talian 016 664 1755 untuk
tujuan pendaftaran. Cepat, kerana tempat duduk adalah terhad!
Sekian dulu.
FY
Remisier
Kenanga
Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan
Remisier Bumiputera Malaysia
016 6667430
Download Ebook Investlah karya FY setebal 134 mukasurat dari bagi
mendapatkan ilmu permulaan pelaburan saham anda secara percuma dengan melayari
;
No comments:
Post a Comment