Tuesday, August 4, 2015

Kenapa FY selesa tinggal di Malaysia berbanding di Jepun mahupun di negara-negara yang lain.

Kenapa FY selesa tinggal di Malaysia berbanding di Jepun mahupun di negara-negara yang lain.

1. Sebab ini adalah tanah tumpah darah FY
2. Ingin berkhidmat dan berbakti untuk menjadi Malaysia setanding dengan negara maju yang lain.
3. Hujan emas negeri orang, hujan batu di negara sendiri. Pastinya lebih baik di negara sendiri.
4. Orang sini cakap melayu jadi FY tak perlu belajar bahasa Jepun.
5. Jepun lebih dahulu bertamadun kalau dibandingkan Malaysia jadi memanglah mereka lebih maju dalam segala hal. Bukankah lebih baik kita bantu majukan negara kita sendiri dari memuji dan membantu memajukan negara orang lain. Daripada kita sibuk puji rumah orang lain cantik bukankah lebih baik kita bantu kemas rumah kita yang bersepah?
6. Saudara mara, sahabat handai, keluarga FY semua berada di Malaysia... Dapat peluk cium dan bantu dimana perlu. Nak peluk cium pakai whassap? Skype?
7. Kat Malaysia tak ada Tsunami dan gunung berapi... Nak tido pun aman jer...
8. Kalau nak kahwin pun senang sebab ramai orang Islam.
9. Kalau janji melayu best.. boleh lewat sikit datang... hidup macam robot jer ikut time.
10. Kat sini boleh jadi mat rempit! Kat Jepun mana boleh beb...
11. Kat sini Malaysia semua boleh!

12. Kat Jepun ramai orang bunuh diri! 
13. Kos sara hidup di Malaysia jauh lebih rendah. RM5.00 dapat sesisir pisang kat Jepun dapat sebijik jer.. kesiannnn
14. Kat Malaysia heaven makanan... Kat jepun dok makan makanan mentah jer.. Yewww!
15. Kat Malaysia boleh lepak kat mamak 24 jam brooo... Best giler!

16. Rumah kat Malaysia besar-besar kalau dibandingkan di Jepun.
17. Iklim Khatulistiwa membolehkan FY keluar rumah tanpa memikirkan nak pakai baju sejuk, ke baju panas dan sebagainya.
18. Azan kedengaran berkumandang di masjid, surau dan madrasah setiap kali masuk waktu solat.

Ahh! banyaklah kalau nak cerita...

Yang lain-lain letak sendirilah...

FY

No comments: