Wednesday, August 5, 2015

MELABUR DI BURSA MALAYSIA DENGAN MODAL YANG KECIL


POKET KEBANYAKAN PELABUR BUMIPUTERA BELUM CUKUP DALAM

Assalamualaikum... Salam Sejahtera...

Setelah hampir 20 tahun FY menceburkan diri dalam pelaburan saham ini banyak perkara yang FY nampak dari segi perkembangan ekonomi rakyat negara ini. Kalau dibuat perbandingan ianya selamat untuk dinyatakan yang kekuatan ekonomi bukan Bumiputera rata-rata 3 kali ganda lebih kukuh kalau dibandingkan dengan orang kita. Setiap seringgit yang kita ada mereka punya tiga ringgit. 1:3.

Dalam banyak segi, mereka mampu membeli kereta mewah, mampu membeli hartanah yang begitu tinggi harganya dewasa ini pada ketika orang kita tercungap-cungap untuk mencukupkan perbelanjaan bulanan. Kebanyakan perniagaan dikuasai pihak mereka dan orang kita bolehlah dikatakan hanya baru bermula dan bertatih.

20 tahun dahulu rakyat kebanyakan hanya mampu membeli motor kapcai yang berharga RM3000.00, 10 tahun dahulu dah boleh pakai RXZ yang berharga RM5000.00 ke RM7000.00, dewasa ini ramai juga yang mampu membeli motor berharga antara RM20,000.00 ke RM30,000.00. Kereta yang dipakai juga lebih mahal dan lebih canggih. Ini jelas menunjukkan peningkatan ekonomi orang kita.

Pun begitu kalau dibuat perbandingan kita masih jauh ketinggalan. Di waktu kita sibuk dengan memenuhi keperluan kehidupan, mereka telah melangkah jauh, jauh memasuki bidang perniagaan dan pelaburan. Apa juga yang boleh mendatangkan keuntungan kewangan pasti mereka akan berada di situ. Di waktu mereka membeli saham, hartanah dan mengembangkan perniagaan kita pula sibuk membeli barang-barang yang semakin lama semakin susut nilainya. Geng superbike, geng kereta, geng basikal mahal, geng kamera mahal dan sebagainya terdiri dari orang kita. Upgrade dan menambah aksesori basikal, motor dan kereta yang hanya menguncupkan ekonomi juga dilakukan oleh orang kita.

Dalam bidang saham, lebih 80 peratus syarikat yang disenaraikan ialah syarikat bukan Bumiputera. Substantial shareholders dalam saham-saham yang tersenarai juga merupakan hak milik mereka. Setiap kali IPO baru keluar, permohonan mereka 3 kali ganda lebih besar dari pemohonan pihak kita. Poket yang dalam membolehkan mereka menjadi pelabur jangkamasa panjang. Membolehkan mereka meletakkan modal di mana-mana sahaja peluang pelaburan itu terbuka. Inilah kelebihan mereka.

Semua ini jelas menunjukkan yang poket kebanyakan mereka jauh lebih dalam dari poket orang kita. Poket yang cetek menyebabkan peluang pelaburan mahupun peluang perniagaan yang ada menjadi sempit. 

Jadi apa yang boleh kita lakukan dengan poket yang cetek ini?

Dalam pelaburan IPO FY selalu sarankan supaya pelabur kita menjalankan startegi hit n run. Pohon dan jual hari pertama. Dapatkan kembali kecairan untuk mendapatan IPO yang seterusnya. Kita tak mahu modal kita yang kecil itu terbenam dalam saham-saham seperti FGV dan ICON yang mengambil masa begitu lama dan merugikan.

Dengan modal yang kecil ini FY sarankan elakkan bermain saham secara kontra atau menjadi trader jangkamasa pendek yang mana risiko kehilangan modal sangat tinggi.

Dengan modal pelaburan yang kecil ini juga, kita beli dan simpan saham-saham pendapatan seperti SCICOM, DIGI, MAXIS, BURSA, GAS MALAYSIA atau mana-mana saham sekalipun yang memberikan pulangan dividen yang stabil sepanjang tahun. Strategi pelaburan ini adalah strategi yang baik untuk pelabur yang poketnya cetek.

Atau beli saham-saham yang bepotensi, saham seperti MITRA, MYEG dan PESTECH yang mana pengarah syarikatnya pandai dan tahu cara untuk menjalankan corporate execise bagi menggandakan nilai saham mereka.

Dalam perniagaan pula, mulakan perniagaan tanpa memerlukan kita menyewa pejabat, cari perniagaan online yang mana modal permulaannya rendah sedangkan potensi keuntungannya besar, cari perniagaan perkhidmatan yang murah dan mudah untuk dimulakan.
  
Itu sahaja dalam kesempatan kali ini.

Andai anda berminat untuk mulakan pelaburan saham, InsyaAllah FY boleh kongsikan sedikit sebanyak ilmunya. Hubungi FY di talian 0166667430. InsyaAllah FY akan cuba bantu.

FY
0166667430



No comments: