CORPORATE MONEY GAME DALAM PASARAN SAHAM
Assalamualaikum...
Pasaran yang sebegini
menyebabkan FY punya banyak masa untuk menulis. Menulis beberapa pengisian
pelaburan saham di Bursa Malaysia yang mungkin boleh membawa manfaat kepada
pembacanya. Kalau beberapa hari lalu FY menulis mengenai beberapa saranan untuk
menarik minat pelabur ke dalam pasaran saham serta kaedah untuk merancakkannya.
Semalam FY menulis pula tentang beberapa fakta penting yang perlu diketahui
mengenai kejatuhan pasaran saham dan adakah sejarah 1998 akan berulang.
Nampaknya penulisan ini menarik minat ramai pelabur untuk membacanya.
Alhamdulillah.
Mungkin ada yang diluar sana
yang tertanya-tanya siapakah yang untung dalam pasaran saham yang sebegini dan
kenapa Bursa Malaysia, pihak berwajib, FY dan sebagainya berusaha
bersungguh-sungguh untuk menarik minat pelabur ke dalam pasaran saham?
Sedangkan risiko kerugian begitu tinggi. Mungkin juga FY menarik minat pelabur
hanya kerana FY akan mendapat komisyen setiap kali urusniaga jual beli
dijalankan.
Apakah yang ada dalam pasaran
saham hingga menyebabkan kita mesti melabur dan menjadi seorang pelabur saham?
Baiklah, artikel kali ini akan
FY terangkan mengenainya.
Sebenarnya dalam sesebuah
perniagaan kita terpaksa berhempas pulas menggunakan segala sumber baik modal,
pekerja, bahan mentah, promosi jualan dan mengunakan segala aset yang ada untuk
menjana keuntungan kepada pihak syarikat. Katalah kita punya syarikat yang
bagus dan keuntungan bersih tahunan yang kita perolehi ialah 30%. Secara kiraan
mudah kita bakal mendapatkan lebih kurang keuntungan 100% dalam masa tiga tahun
perniagaan tersebut dijalankan. Sekali ganda dalam 3 tahun. Namun demikian
keuntungan 30% ini merupakan satu target yang tinggi sebenarnya.
Namun demikian kalau kita
lihat kepada carta MYEG yang FY sertakan ini dalam masa dua tahun, ye dua tahun
sahaja iaitu antara tahun penghujung tahun 2013 hingga ke penghujung tahun 2014
harga saham MYEG naik dari RM0.77 ke RM4.38 atau kenaikan sebanyak 468.83% atau
4.68 kali ganda atau 234% dalam masa setahun. Syarikat ini hanya untung sekitar
45% setahun atau 90% dalam masa dua tahun tetapi pergerakan harga sahamnya sebanyak
meningkat 468.83%.
Dalam ertikata lain adalah
lebih mudah untuk syarikat ini menggandakan duit dalam pasaran saham kalau
dibandingkan dengan menjalankan perniagaan.
Inilah kelebihan apa yang
dinamakan Corporate Money Game. Duit lebih senang dicetak dengan gandaan yang
lebih tinggi dalam pasaran saham kalau dibandingkan dengan menjalankan
perniagaan secara realitinya.
Biar FY ambil satu lagi
contoh.
Anda menjalankan syarikat
property developer. Tanah dalam lingkungan 3 hektar akan anda develop menjadi
Hotel, Office suites dan sebagainya yang akan membawa GDV dalam RM700 juta dan
keuntungan sebanyak RM300 juta setelah ditolak kos tanah dan pembinaan. Projek
mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan. Jadi setahun mengikut kiraan mudah
ialah pulangan sebanyak 21.42% atau 42.85% dalam masa dua tahun. Banyak yang
perlu dilakukan dan dihadapi bagi merealisasikan keuntungan yang telah
diforecast itu. Sebarang permasalahan, kenaikan harga bahan mentah dan
kelewatan akan hanya menurunkan keuntungan yang telah diandaikan itu.
Kelebihan capital money game
ini dapat dilihat dalam carta ini. Anda akan dapat melihat yang harga saham syarikat
MITRA ini naik sebanyak 140.96% dalam masa setahun dari RM0.83 sehingga RM2.00
atau 281.92% dalam masa dua tahun bagi membuat perbandingan. Bukankah lebih
mudah untuk menggandakan duit dalam pasaran saham kalau dibandingkan dengan
menjalankan perniagaan secara realitinya?
Sekali lagi FY tegaskan
mengikut kiraan yang FY jalankan RM390 yang anda letak melabur 100 unit saham
syarikat MITRA ini akan membawa keuntungan melebihi RM9090.00 (kerana FY tidak
mencampurkan dengan pulangan dalam bentuk dividen) dalam masa 5 tahun atau
2330.76% atau 466.15% setahun. Bolehkah perniagaan membawa pulangan sebanyak 23
kali ganda dalam masa 5 tahun? Pastinya tidak. Ia hanya boleh dilakukan dalam
pasaran saham.
Sebenarnya banyak lagi
saham-saham sebegini yang memberikan pulangan dividen, yang menjalankan
pelbagai corporate exercise, bonus issues, placements, rights issues, warrant
issues dan sebagainya yang membawa pulangan yang begitu tinggi hingga pemilik
dan pelaburnya boleh menjadi jutawan. Contohnya kalau anda menyimpan saham PUBLIC
BANK sejak tahun 1967 sebanyak 1000 unit ia akan berganda menjadi RM2.1 juta
dalam masa 42 tahun.
Adakah pelabur jangkamasa
panjang berikut ini risau dengan kejatuhan harga saham pada ketika ini? Selagi
syarikat SCICOM tidak punya masalah dan terus maju dalam perniagaannya maka
selama itulah dia akan memegang saham syarikat ini. Dividen tahun demi tahun
yang diberikan oleh syarikat ini bakal lama kelamaan memberikan pulangan modal
kepada beliau dan dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan saham ini menjadi
percuma bagi dirinya. Ini contoh pelabur yang poketnya dalam dan inilah yang FY
ingin lihat berlaku kepada pelabur-pelabur dalam negara ini di masa-masa yang
mendatang. Apa yang penting ialah untuk memilih saham syarikat yang bagus,
kukuh dan berpotensi untuk maju. Kemajuan syarikat akan menggandakan kenaikan
harga saham-sahamnya.
Malangnya kebanyakan pelabur
lebih suka melabur dalam saham murah, saham cap ayam yang tidak berpotensi dalam
jangkamasa pendek yang akhirnya merugikan diri sendiri. Kaedah pemilihan saham yang
FY paparan sebegini ada FY kongsikan dalam Personal Caching Saham yang FY
adakan hampir setiap hari di pejabat FY dengan yuran sebanyak RM900 sehari.
Berminat hubungi Abdullah Ramzi di talian 017 3730513 untuk menempah slot anda.
Dalam isu ini satu persoalan ingin FY utarakan kepada anda.
Siapakah yang pandai dan mahir menjalankan semua corporate exercise dalam
pasaran Bursa Malaysia ini dan tahu cara bagaimana untuk menggandakan modal
hingga berlipat kali ganda hingga menjadikan mereka jutawan malah billionair?
Siapa?
Orang kita?
Inilah sebabnya Bursa
Malaysia, kerajaan, FY dan mereka yang faham akan berusaha sedaya upaya untuk
membawa anda masuk ke dalam pasaran saham. Untuk menjadi pelabur dalam
saham-saham sebegini. Sekali lagi malangnya poket kita belum cukup dalam untuk
melabur dalam jangkamasa panjang, kita melabur sebagai trader yang inginkan
pulangan cepat jangkamasa pendek lantas terdedah kepada risiko kenaikan dan
penurunan harga pasaran. Orang kita belum cukup pengalaman dan kepintaran untuk
menyenaraikan saham syarikat kita apatah lagi menjalankan corporate exercise
sebegini. Tanpa pengetahuan ini kita akan lambat laun ketinggalan jauh dalam
bidang ekonomi kalau dibandingkan dengan orang bukan Bumiputera.
Ingatlah Corporate Money Game
ini amat penting dan merupakan jalan yang paling mudah untuk menggandakan
kekayaan dan ini tidak dapat dilakukan dengan menjalankan apa juga aktiviti
perniagaan di luar sana.
Inilah golongan yang pasti menjana keuntungan dalam pasaran Bursa Malaysia!
Inilah golongan yang pasti menjana keuntungan dalam pasaran Bursa Malaysia!
Kepada pelabur baru dan lama
yang ingin belajar dengan FY tentang kaedah melabur saham yang betul jemput
datang ke seminar saham Super Investor yang akan FY jalankan pada hari Sabtu 12
September di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur. Hubungi Puan Azila
Ismail di talian 016 664 1755 untuk tujuan pendaftaran. Cepat, kerana tempat
duduk adalah terhad!
Sekian dulu.
Faizal Yusup aka
FY
Remisier
Kenanga
Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan
Remisier Bumiputera Malaysia
016 6667430
No comments:
Post a Comment